Kita percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, mesti ada tujuan yang telah ditentukan oleh-Nya.
Dalam entri kali ni aku nak cerita pasal kawan aku dengan isteri dia yang mana isteri dia pun kawan aku jugak. Kawan masa belajar IPT dulu-dulu.
Cerita dia agak ringkas, cuma apa yang aku nak tekankan dalam cerita aku ni, mengenai susunan dan ketentuan yang telah ditentukan oleh-Nya untuk mereka berdua yang aku nampak.
Kawan aku yang lelaki ni, aku kenalkan dia dengan panggilan Ahmad, dan isteri dia, Siti. Ahmad dan Siti ni bukan nama sebenar dorang.
Kisah dia start masa aku belajar dulu, si Ahmad ni jenis yang boleh tahan perangai dia. Tapi kalau dengan awek2, perghhhh... tepuk tangan pun tak berbunyi! bukan main lembut lagi. Tapi tu lumrah lah dah kalau nama pun lelaki. Mesti lah nak berlembut dengan perempuan. Yang ni Siti ni pulak memang hot stuff orangnya. Jadi kegilaan kat satu batch masa tu termasuk sampai senior2 pun ada yang gilakan siti.
Dilajukan cerita, Ahmad pun terserempak macam mana ntah aku tak tahu, sampai kat rumah dia tanya kami kenal tak awek yang sekian-sekian (dia terangkan pasal Siti). Lama jugak kitorang fikir dan teka sebab pasal awek ni, kitorang pun nak tengok cantik dia macam mana yang diceritakan si Ahmad ni. Teka punya teka, sekali ada sorang ni kata dia tahu siapa yang dimaksudkan ahmad ni sebab dorang satu program.
Jadi sejak dari tu lah Ahmad mula rapatkan diri dengan Siti, search semua social network Siti. Zaman tu zaman Friendster, Myspace dengan Facebook. Twitter dan bagai2 ni tak terkenal lagi kat Malaysia. Ahmad ni pun mula lah add, kitorang sbg kawan ni pun ambil juga lah tahu dah nama pun kawan.
Dilajukan cerita lagi, dorang pun mula couple. Tapi sayangnya couple dorang tak lama sebab si Siti rupanya masih belum move on dengan ex dia. Yang si Ahmad ni pulak aku tengok dia punya tenang, tenang lah jugak, tapi dalam hati tu nampak macam tak ok. Ajak buat aktiviti bagai semua macam tak fokus. Last2 kecoh satu batch yang Siti dah putus dengan Ahmad.
Masa tu Ahmad ni pulak entah apa masalah dia berhenti study dengan ktorg. Dengar cerita dia masuk ke IPT lain dan dalam bidang yang sebenarnya dia nak. Kira masuk kat IPT kitorang ni mungkin sebab tak terima tawaran mana2 lagi. Fikir positif.
Dah lam jugak kitorang tak contact sebab dah tak belajar satu tempat kan, tapi ada jugak lah update sebab dah kawan dalam Facebook. Ada masa dia pun ada datang kat area kitorang ajak lepak. Tapi nampak macam biasa je. Dia pulak tak pernah tanya ktorang pasal Siti. Yang Siti pulak ktorang tengok dok sakan bercinta dengan laki lain, siap ada entah berapa kali konon frust bercinta.
Lajukan lagi cerita dalam lebih kurang hampir 7 tahun jugak lah, sedar2 tiba2 si Ahmad dengan Siti ni dah bersama balik dan nak kahwin. Pergh, dalam 7 tahun tu aku rasa aku tengok apa yang dorang update kat Twitter (masa ni dah terkenal dengan twitter), yang di Ahmad dengan awek2 yg pelbagai, yang si Siti pun sama.
Jadi sekrang dorang dah pun berkahwin dan kami yang kawan2 dorang pun tak sangka sebab dorang pernah couple 8 tahun lepas, dan putus. Sudahnya jadi suami isteri.
Apa yang aku nampak kat sini:
Tuhan sengaja putuskan mereka untuk mengenali lebih ramai jenis lelaki dan perempuan untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman buat dorang berdua ni. Lain orang, lain cara bercinta. Sebelum kahwin tu aku dah nampak yang dua2 kawan aku ni bercinta dalam pemikiran yang matang. Sengaja dipisahkan demi kabaikan, dan disatukan demi kebahagiaan.
Itu je cerita aku nak kongsikan buat masa ni.
STK