Pages
Unpredictable Day
Seperti yang aku pernah post di FB aku pada 2/3/11; "Dan bila ada hari kita perlu bergembira, itu lah hari Rabu :D", begitu indah bagi aku ayat itu bila pada hari tersebut aku telah ditegur dengan tidak sengaja bertemu setelah 2tahun 11bulan kami berpisah hubungan serta panggilan.
Ketika aku sedang berjalan seorangan di Plaza Sungei Wang, aku melalui dihadapan McDonald. Setiap kali aku melintasinya, aku akan mengingati pada seseorang yang bermakna bagi aku, kerana disitulah pertama kali kami bertemu, dan kali terakhir kami berjumpa. Aku berharap di hati agar dapat bertemunya lagi. Kerana dalam masa 2tahun aku single, ada juga masa aku cuba mencari dia di dalam FB serta dimana-mana yang aku tahu. Namun gagal. Ya, aku amat merinduinya.
Aku terus berjalan melintasi McDonald lalu naik ke tingkat 3 untuk menuju ke sebuah kedai muzik. Dalam perjalanan aku ke sana, tiba-tiba aku ditolak dari arah depan dimana ketika itu aku sedang menoleh ke kiri. Dalam masa aku merasa tolakkan itu ia mengingatkan aku pada seseorang yang hanya dia akan lakukan begitu untuk menegur aku.
Bila aku menoleh, aku terpaku. Aku bagaikan samar-samar melihat wajah seorang gadis didepan aku. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku menyambut salamnya dengan fikiran yang masih samar. Difikiran aku, aku bagaikan pernah bertemu sebelum ini. Bila dia berkata, aku mula teringat. Aku mengecam raut wajahnya. Kini dia sudah bertudung. Ayu kata hati aku. Dialah seseorang yang aku sentiasa ingat sebaik sahaja melintasi McDonald Plaza Sungei Wang. Dia telah berubah begitu drastik sekali.
Kami tidak sempat berbual lama. Yang aku tahu tentang dia adalah tempat kerjanya kini di Pavillion. Tidak lama itu dia meminta izin untuk beransur. Aku yang masih dalam terkejut mengikutkan sahaja kehendak dia tanpa banyak bertanya. Perasaan terkejut itu timbul kerana harapan aku untuk bertemunya kembali telah ditunaikan. Namun aku tidak tahu mengapa aku lupa untuk mengambil nombor telefonnya untuk berhubung. Aku termenung tanpa hala tuju sambil berjalan. Aku bagaikan seseorang yang telah kalah perjudian. Rasa begitu amat rugi! Dalam fikiran aku, hanya berkata "bilakah aku dapat jumpa dia lagi? Dan masa itu aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyambung semula persahabatan aku dan dia".
Aku meneruskan perjalanan aku dan menuju ke Pavillion untuk bertemu rakanku. Sekali lagi aku berharap agar aku dapat bertemunya kembali agar aku dapat meneruskan hubungan kami sebagai rakan yang telah terpisah begitu lama kembali seperti lalu. Di dalam hati aku, aku berkata; "adakah dia merasai apa yang aku rasa? Aku merasa seperti peluang yang telah aku temui, dibiarkan lepas dengan sengaja. Aku merinduinya". Bulu roma aku meremang rasa rindu. Hati aku sakit kerana rindu. Sakit itu kerana aku rugi!
Aku berjalan di sekitar Pavillion untuk bertemu rakanku sambil membiarkan mataku melilau ke sekeliling dengan harapan dapat melihat bayangnya lagi. Aku tidak akan membiarkan diri aku rugi lagi kerana sudah hampir 3tahun aku mencari dia. Dialah Siti Hakimah bt. Iberahim (Kim), merupakan pasangan paling lama aku pernah jalinkan. - Beavis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment