Pages

Cerita Semasa Kecil - Tidak Mengapa


dulu masa aku kecil, aku ada seoranag kawan baik. kitorang sering meluangkan masa bersama dengan bermain; PS1, bolasepak, lumba basikal, melepak, dll. keakraban kitorang sudah dilihat bagai adik-beradik oleh kawan-kawan yang lain. dimana aku ada, kat situlah ada dia. dimana ada dia, kat situlah ada aku. sampai kalau nak tuisyen pun kitorang bincang sekali. bila masa salah satu antara kitorang yang bosan, kitorang mesti cari antara satu sama lain untuk bergembira

sehingga ada satu hari, ketika aku sedang bosan, aku ingin mengajak dia keluar. secara kebetulan pula ketika aku keluar dari rumah, dia dah datang untuk ajak aku keluar pergi ke kedai membeli keropok (masa kecil... tu je lah yang tahu). jadi kitorang pun berjalan pergi ke kedai bersama sambil mula berbual kosong yang terlalu banyak tajuk dan ceritanya. ibarat filem yang tiada penamatnya. kitorang menggunakan jalan yang biasa digunakan oleh orang ramai.

sesudah membeli apa yang diinginkan, kami pun menuju pulang kerumah. dalam perjalanan pulang kerumah, dia mengajak aku pergi ke rumah dia untuk main game. Jadi aku pun tak kisah je sebab aku pun bosan kat rumah masa tu. Jadi kitorang pun berjalan mengikut jalan pintas supaya lebih cepat sampai, sambil meneruskan bual kosong kitorang dengan gelak tawa lagi.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tanpa sebarang tanda seperti hujan renyai-renyai. Kebetulan masa tu kitorang ada dekat depan rumah kosong (masa ni kawasan rumah aku masih baru, jadi banyak rumah kosong). Kitorang pun bergegas lari ke dalam rumah kosong tu untuk berteduh sementara tunggu hujan berhenti. kitorag pun sekali lagi terus menyambung semula perbualan kitorang smbil melihat langit yang asyik mendung saje. hujan lebat tadi terus mendatar tanpa ada sebarang tanda untuk berhenti.

setelah lama kitorang tunggu kat rumah kosong itu, kitorang pun membuat pilihan untuk meredah je hujan yang lebat tu. dalam perjalanan kitorang pulang dengan basah kuyup akibat efek dari air hujan tadi, tiba-tiba kitorang terserempak dengan satu longkang yang nak kata besar, masa kecil-kecil dulu besar lah. sekarang bila dah besar kalau tengok, dah tak besar kot. arus air dalam longkang itu sangat laju. kitorang rasa takutgila nak lintas sebab sebelum ni lintas masa takde air, tak takut. ni rasa takut sebab tengok air yang sangat deras itu lalu. dengan bunyi yang kuat dari arus tu, ditambah pulak dengan sisi-sisi longkang yang sedikit licin.

lebih kurang macam ni lah longkang tu


kalau kitorang nak patah balik guna jalan mula-mula kitorang lalu, ambil jarak yang jauh pulak. jadi akhirnya kitorang pun membuat keputusan untuk teruskan perjalanan kitorang dengan merentasi longkang itu dengan menggunakan teknit lompatan. tapi kitorang masih terdiam sebab memikirkan cara untuk lompat. tidak lama kemudian aku cuba lompat. dengan usaha dan keyakinan aku, aku berjaya lepas longkang tu. yang tinggal sekarang adalah kawan aku. dia agak tidak yakin. tapi aku terus memberi kata-kata untuk meyakinkan dia sambil menghulur tangan aku dari seberang.

dalam masa dia mencari jalan dan aku yang terus memberi kata keyakinan untuk dia, tiba-tiba dia tergelincir dari sisi longkang sana dan terjatuh dalam arus air yang deras tadi. aku tersentap lalu menjerit memanggil nama dia kuat-kuat sambil mengejar dia yang sedang mengikut arus itu. syukur kepada-Nya, dia sempat berpaut pada satu kayu besar yang tersangkut disitu. aku menghulurkan tangan aku dan cuba sedaya upaya menarik kawan aku dengan melawan arus yang deras.

sedang aku usaha dan bertahan untuk menarik dia, tiba-tiba aku terdengar satu seretan tayar kenderaan dari arah belakang aku. aku menoleh sedikit ternampak seorang pakcik turun dari kenderaan itu lalu terus bergegas kearah kitorang. pakcik itu membantu aku yang menahan tangan kawan aku tadi untuk naik keatas jalan. kawan aku terdiam. aku juga terdiam. lalu dia dibawa pulang kerumah oleh pakcik tadi. aku pula berjalan sendirian pulang dengan diri yang basahg kuyup.

sehari dia tak datang sekolah. esoknya disekolah baru dia datang, seperti biasa aku menyapa dia untuk bertanya khabar. namun dia tidak membalas sapaan aku. tiba-tiba dia menjauhkan diri dari aku. aku terdiam dan tertanya-tanya. kenapa tiba-tiba dia begini? tidak penah pulak sepanjang kitorang kawan, dia macam ni. jadi aku pun bersendiri dan bersama kawan yang lain.

sehingga satu hari, ada seorang rakan aku menceritakan kat aku tentang dia. pada malam setelah kejadian itu, mak dia tanya kat dia; bagaimana perkara ni boleh terjadi? dia menjawab, aku yang menolak dia dan membiarkan dia dibawa arus sehingga ada seorang pakcik membantu menarik dia keatas jalan. kemudian mak nya menyuruh dia jangan berkawan dengan aku lagi.

selepas mendengar penjelasan itu aku terus terdiam. sakit juga hati aku bila perkara sebenarnya tidak diceritakan. pelbagai rasa kecewa aku rasa sehingga aku berkata dalam hati, "bagaimana jikanya aku tiada kat situ? bagaimana jikanya aku tidak mengejar dia yang dibawa arus deras itu? dan bagaimana jikanya aku tidak mencapai tangannya dan bertahan agar dia tidak hanyut?".

kitorang terus tidak bertegur sapa sehingga kini. setiap kali jumpa, dia tidak memandang aku. inikan pula membalas lambaian aku. dia terus merendahkan aku. tidak tahu kenapa dan apa puncanya. aku masih ingat kisah itu sehingga kini kerana sakitnya hati ni bila dituduh begitu. betula kata orang; "buat baik tidak dipandang, buat jahat dikata-kata, buat baik ada yang dengki, buat jahat lagi dimaki"

No comments:

Post a Comment