Aku mula mendalami serba sedikit tentang muzik ketika umur aku 12 tahun dimana aku hampir merekodkan beberapa lagu dibawah seorang komposer kumpulan 90-an. Aku telah melepasi sesi rekod kasar, namun tergendala akibat masalah yang tertentu.
Ketika itu aku mula cuba dengan perlahan untuk menulis lagu aku sendiri kerana di dalam fikiran aku, aku kagum dengan hidup mereka sebagai komposer. Ia bagaikan satu keunikan pada seseorang yang mempunyai minat dan kreativiti dalam seni ini.
Sejak dari itu, aku mula gemar melihat sekeliling aku dan cuba berkarya sedikit dalam fikiran aku. Agar tidak lupa, aku mencatat serba sedikit di dalam telefon bimbit aku. Ada kalanya aku mencuri masa seketika dimana yang sunyi, aku akan merekod rentak difikiran aku dengan menggunakan cara "humming".
Memang agak sukar, kerana untuk menulis lirik yang berkualiti, harus ada makna dan jalan ceritanya. Itu adalah cara aku menulis. Oleh sebab itu kebanyakkan lagu hasil tulisan aku, punyai cerita disebaliknya.
Lagu aku penuh dengan cerita tentang pengalaman aku. Yang majoritinya adalah dalam kisah percintaan. Ada yang bertanya, "kisah lagu itu ditulis untuk siapa? Gadis yang mana?". Aku tidak mampu menjelaskannya kerana itu adalah rahsia aku. Lagu aku adalah untuk mengongsi cerita dan pengalaman.
Cuma aku suka berkata begini:
"you tak tahu dan takkan pernah tahu yang kebanyakkan lagu i tulis adalah tentang you dan juga untuk you. Sebab i taknak kisah you dengan i dilupakan. Dan bila i tiada nanti, mungkin lagu ini boleh menceritakan segalanya. Tataplah gambar i yang terakhir, dan dengar lah suara i yang terakhir."
Memang ramai yang pelik dan ada yang membuat muka bila tahu hobi aku sebenarnya adalah begini. Biarpun apa orang nak kata, aku adalah aku. Aku tidak mengejar nama, cuma aku ingin bercerita, dan cerita aku cara begini
No comments:
Post a Comment