mata berair berkata pedih.
mata kemerahan berkata usik.
semua kata hanya sebuah topeng,
topeng ilusi untuk manusia.
setiap hari ku jumpa wanita.
wanita yang berbagai ragam dan gaya.
setiap ia aku perhati gerak geri.
namun masih kurang sesuatu.
hati di dalam masih merana,
kurang kasih dari mereka.
tapi apa harus ku buat?
tabah menanti untuk terbaik.
perjalanan aku masih pudar,
inginkan kasih walau sedikit.
sudah ku jumpa ku sangka dia,
namun berbalas pedih di hati.
aku menunduk pedih lagi,
cuba menahan dari ditangis.
aku tahu ini ujian dari-Nya,
itu sahaja yang aku fikirkan.
diriku masih maraba,
meraba-raba kasih yang sebenar.
kuterus berdoa,
berharap kasih ku jumpa.