Pages

Lepaq sahaja

Pada 19 december yang lepas, ni adalah pertama kali aku keluar kl, dan hanya meluangkan masa untuk melepak sahaja. sebelum nih aku keluar mst jalan-jalan memenatkan kaki... tapi minggu nih aku keluar sebab nak jumpa seorang gadis yang aku tak pernah lepak ngan dyer. sebelum nih jumpa pon mmg kejap gyler.



EikaBB and Eroul (aku)

aku keluar berkonsepkan simple and nice. with a black BOH short, baju belang2 yang x berapa nak belang, and some accessories. aku gerak hari ni dengan kakak aku. kebetulan dyer pon nk keluar kat tempat yang sama (Times Square and Bukit Bintang). so aku pon tumpang la skaki jimat sikit duit dari naik KTM yang kadang2 tuh rosak. hihihiii... :P

tujuan aku sebenranya keluar nak tengok competition KFC HOT RODS yang berlangsung di perkarangan Bangunan Yayasan (BB). tp akibat aku tengok jam dah pon macam lambat, jadi aku putuskan untuk melepak sahaja. aku berjumpa dengan Eroul Jr dengan Firul.



Eroul Jr.



Firul

pada mulanya aku ingat gadis yang aku ckp tu x dtg. rupanya dorg nga lepak kt starbuck TS. aku actually segan nak jumpe. lagi2 dengan kawan dyer. takut tak masuk kepala kan. hehehe... then biler jumpe, ktorg berkenalan.

agak lama lepak kat starbuck TS. borak-borak, melawak-lawak dan melayan kepala sengal masing-masing. then ktorg dicadangkan oleh Eroul Jr. untuk layan shisha. sebut shisha nih memang dah lame mase ktorg lepak. tapi nak gerak ke tempat shisha tuh, punya la lame sebab tak tau nak layan shisha blah mane. kalo nk g kt BB Bistro, si Ann ckp mesti penuh sebab ade event kt yayasan. tapi tak lama lepas tuh, kitorg decide, gerak gak la kat BB Bistro (BBB) tu.

mase nga jalan ke BB Bistro, boleh lak time tu hujan. pergh... aku da la pakai short, baju pon fit. meleyan gigil la aku. haha. sampai je kt BBB, tempat nampak macam penuh. tapi ade satu tempat tu kosong. cuma dekat dengan hujan plak. aku plak yang dok kt kawasan sebelah hujan turun (dihujung payung), berbulu gak la aku melayan hujan yang menitis kena aku. adoy...

kitorang layan shisha mcm bese. cuma kali ni orang BBB tuh buat tak kaw la. jadi aku tak layan sangat. aku just main-main ngn asap shisha tu je. agak tension gak la pada mulanya shisha tu langsung tak kua asap. panggil si Atan (nama diberi kepada pembuat shisha), dyer buat2 tak nampak plak. aku angin je. last2 dyer pon bg yang kaw2... thanx Atan! HAHA. kami berborak-borak, lagi sekali melawak dan melayan kepala sengal masing-masing dan aku pula kadanag-kadang melihat ke arah orang yang lalu lintas kerana shisha mase tuh tengah naik. hehehe...

masa tengah lepak2, tiba-tiba kawan kami lagi sorang Eiz pula muncul. namun dyer muncul tidak lama. kerana dyer nak jumpe kawan dyer lagi.



Eoul Jr. And Eiz

hr ni pelayan shisha paling banyak adalah Firul. hampeh kaw firul. aku kedua terbanyak. pastuh Eroul jr. Ann ngan Yana tak layan sangat. Baby tak taw la. heeee...
lepas lepak2, ktorg g beransur. before balik,
ktorg amik2 pix. aku ngn baby. and the gadis pon ade. ni pix the gadis:



EikaBB, Yana, Ann

Is It True That Woman Is A Trouble?

Rasa Suka Dan Duka Belum Pasti

Celik di pagi penuh cahaya,
Nafas segar sesegar pudina.
Hati berdegup rasa ceria,
Namun persoalan masih tertanya.

Apakah sebenar rasa di hati?
Adakah suka atau pun duka.
Fikiran terganggu separa hari,
Masih menunggu tentang semua.

Senyum terukir atas raut wajah,
benda yang ditunggu sudah tahu.
Sebak di dada masih dipapah,
Apakah ia duka ditunggu?

Lonely

I've been waiting for you....
I'm pretending

Do not know what to do.....
Something's missing,....
You ought to look back....
Through your life....

You've been hiding....
Never letting it shows.....
Always trying....
To make things under control.....
You've got it down....
And way on the way....
To the top....
But there's something that you....

FORGOT!!!....

What about love?....
Don't you want someone to care about you?....
What about love?....
Don't let it slip away.....
What about love?....
I only want to share them with you.....
You might need it someday.....

15th November 2009

HAPPY BIRTHDAY EROUL!!!!



EVENT BY ALPHA LIPID @ SUNWAY CONVENTION CENTER.



ATTENDING A PROGRAMME BY ALPHA LIPID AT SUNWAY CONVENTION CENTER.




KENDURI ADIK PAKCIK. BERTUAH DIA KAHWIN PADA TARIKH LAHIRKU. :D




EARLY IN THE MORNING. REMINDER WOKE ME UP! :D
Cara² Nak Cover Malu :~

1.Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari
perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang
ingat anda saje-saje buat lawak...

3.Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4.Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti
orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5.Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6.Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring
terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula...

7.Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh
bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Puisi Untuk Kasih

mata berair berkata pedih.
mata kemerahan berkata usik.
semua kata hanya sebuah topeng,
topeng ilusi untuk manusia.

setiap hari ku jumpa wanita.
wanita yang berbagai ragam dan gaya.
setiap ia aku perhati gerak geri.
namun masih kurang sesuatu.

hati di dalam masih merana,
kurang kasih dari mereka.
tapi apa harus ku buat?
tabah menanti untuk terbaik.

perjalanan aku masih pudar,
inginkan kasih walau sedikit.
sudah ku jumpa ku sangka dia,
namun berbalas pedih di hati.

aku menunduk pedih lagi,
cuba menahan dari ditangis.
aku tahu ini ujian dari-Nya,
itu sahaja yang aku fikirkan.

diriku masih maraba,
meraba-raba kasih yang sebenar.
kuterus berdoa,
berharap kasih ku jumpa.

AKHIRNYA

Nama aku Khairul Aizuddin Ridza. Orang ramai memanggil aku Eroul. Hari ini keadaan sejuk mengelilingi aku lagi. Mungkin sepanjang musim ini adalah hari sejuk bagi diri aku. Satu pagi yang hening, angin bertiup sayu dari arah depan ku. Jaket yang ku pakai tanpa membutangi ia berkibaran ke arah belakang. Gugusan daun kering yang terkumpul ditepi berterbangan bersepah. Aku menoleh kea rah seseorang yang berdekatan dengannya. Seorang pakcik menepuk dahinya melihat daunan kering itu berterbangan. Dalam perjalanan aku untuk menghadiri sebuah upacara kedamaian antara puak Ae dan puak Bie.
Kedamaian ini tercapai juga setelah hampir setahun puak yang aku join iaitu puak Ae, berselisihan faham dengan puak Bie. Hari ini juga, aku bersama sepucuk pistol yang diberikan oleh abang aku sebagai pertahanan sekiranya berlaku sesuatu yang tak terduga semasa kedamaian. Tapi didalam hati aku, aku berharap perkara itu tidak akan berlaku, dan aku yakin semuanya berjalan lancar.
Setibanya aku ke lokasi yang telah ditetapkan, kelihatan beratus orang berbaju hitam berkumpul. Aku juga berbaju hitam. Ini bermakna, aku bersama mereka. Tiada orang awam di restoran mamak itu. Orang awam yang berhampiran hanya mampu melihat keadaan yang kemungkinan pelik bagi mereka dalam situasi begini. Aku terus menuju ke arah abang ku untuk mempertahankan dia.
Tidak lama kemudian, kedengaran berpuluh kereta tiba dengan pantas lalu meletakkan kenderaan empat roda itu di hadapan gerai yang kami berkumpul. Beratusan orang berbaju merah keluar pantas dari setiap kenderaan. Itu adalah puak Bie. Ada yang tinggi, besar, kecil, dan rendah. Aku melihat pada adik-beradik puak aku, aku tersengih. Standing dengan apa yang aku bawa.
Seseorang dari puak Bie berjalan dihadapan sekali. Bermuka bengis. Menghampiri meja yang telah disusun panjang. Aku dan adik-beradik yang lain bersedia untuk keselamatan abang aku yang sedang duduk menanti abang puak Bie. Saingan mata antara adik-beradik puak Ae dan Bie begitu tajam. Abang puak Bie duduk di hadapan abang puak Ae. Pekerja restoran dipanggil untuk memesan air. Air minum kopi ‘O’ dipesan oleh kedua-dua pihak. Setelah pesanan dibuat, maka bermulalah perbicaraan antara dua pihak.
Aku tidak dapat focus pada perbualan dan pergerakan sulit yang dilakukan kerana aku asyik memerhati adik-beradik puak Bie yang pernah hamper ku tamat akan riwayatnya kerana dengan sengaja memukul aku. Hamper 10 minit perbicaraan, tiba-tiba kedengaran hentakan meja yang begitu kuat. Aku yang sedang berlawan mata tersentak lalu melihat apa yang berlaku. Abang puak Bie begitu marah. Aku idak tahu apa yang berlaku. Piring cawan kopi ‘O’ diterbalikkan olehnya, mata aku terbeliak besar. Seseorang dari puak Bie menjerit dengan kuat, aku melihat kepada orang yang menjerit itu.
Tiba-tiba meja dihadapan abang puak Ae dan puak Bie terbalik. Suasana huru-hara berlaku begitu pantas. Aku hanya dapat menarik abang puak ku kebelakang untuk mempertahankannya dan sempat menyerang beberapa orang dari puak Bie yang cuba menyerang abang ku. Aku berlari bersama lagi tiga adik-beradik ku mengawasi abangku menuju ke kenderaan yang kami naiki. Sementara adik-beradik yang lain mempertahankan diri. Aku memandu kereta keluar dari lokasi tersebut. Keadaan yang begitu riuh dan sesak dengan ratusan orang menyukarkan aku untuk pandu keluar dari kawasan itu. Lalu aku membuka tingkap di bahagian ku, dan menyeluk sesuatu dari dalam jaket ku. Ku mengeluarkan sepucuk pistol yang diberikan oleh abang ku, dan melepaskan sedas tembakkan ke udara.
Keadaan huru-hara yang riuh terhenti seketika dan orang ramai berlari untuk menyelamatkan diri. Jalan yang sesak terus lengang selepas tembakkan aku. Lalu aku menekan minyak dan bergerak laju meninggalkan kawasan itu. Dalam perjalanan pulang, abang ku memesan kepada ku untuk berjaga-jaga. Aku menganggukkan kepala tanda aku mengerti pesanannya itu.
Setelah menghantar abang ku pulang, aku mendapat satu SMS kecemasan dari adik beradik ku. Aku bergegas menuju. Sebaik sahaja sampai ke lokasi, kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di atas jalanan yang basah. Aku menghentikan kenderaanku. Aku menghampiri lelaki itu, aku dalam perjalanan menuju kea rah lelaki tersebut, aku melihat sekeliling untuk mencari adik beradik ku. Namu tiada siapa yang dapat ku lihat. Hanya keluhan sakit dari lelaki itu. Setelah aku berada hamper dengan lelaki itu, aku mencangkung, lalu menarik bahu lelaki itu yang sedang meniarap. Sebaik sahaja aku menarik, aku tersentak. Satu tumbukan pantas menuju ke pipi aku. Aku terjatuh kebelakang. Rupanya lelaki itu adalah orang yang pernah memukul aku iaitu dari puak Bie.
Lalu lelaki itu bangun menghampiri aku yang terbaring. Sudut mata aku menangkap bayangan orang yang keluar dari satu sudut yang gelap. Aku menoleh padangan aku, aku melihat seorang adik beradik ku dipegang oleh beberapa orang puak Bie. Muka adik beradik ku dilumuri darah dengan parut calar-calar yang hamper mengelilingi seluruh mukanya. Aku menjerit namanya. Tanpa disedari, aku dipukul oleh lelaki tadi dengan sebatang kayu baseball. Aku terpusing meniarap. Didalam telinga aku, kedengaran tapak kakinya menghampiri aku. Bebelan lelaki itu hanya mengungkit kisah lama yang tidak dia puas hati. Aku cuba bangun. Tetapi belakang aku dipijak lelaki itu dengan kaki kanan sambil diletaknya kayu bet di atas kepala aku. Aku terdiam.
Di dalam hati aku, aku memikirkan apa yang harus aku lakukan. Aku memejam mata dan mengimbau perjuangan aku. Aku membayangkan keadaan lelaki itu. Tidak lama aku memejam mata, aku bertekad untuk membalas tidakkan mereka. Aku bertekad, apa yang akan terjadi, aku berserah pada-Nya. Aku memusingkan badan aku dengan pantas dan menahan kaki lelaki itu lalu aku menumbuk di bahagian belakang pelipat lututnya. Sebaik sahaja aku menumbuk pelipatnya, aku masih memegang kaki kanannya. Dalam keadaan masih berbaring, aku tidak ternanti-nanti, kaki kiriku menyepak pelipat kaki kirinya, lalu aku mengangkat kaki kanan ku dan membidas ia ke dada lelaki itu. Lelaki itu tumbang akibat hilang keseimbangan. Aku bangun laju dan menyentap bet dari tangan lelaki itu.
Ahli puak Bie yang lain cuba menyerang aku. Namun terhenti apabila aku terpaksa mengeluarkan pistol yang berada didalam jaket aku. Aku megacukan kearah setiap seorang. Dalam masa yang sama, lelaki tadi bangun dengan perlahan. Aku bertukar arah penglihatan berulang kali antara ahli puak Bie yang lain, dengan lelaki itu.
Tiba-tiba kami semua digegari oleh beberapa das tembakkan. Semua tertunduk. Aku pelik. Sedangkan aku tidak melepaskan tembakkan walaupun sedas. Aku melihat sekeliling. Seorang gadis menghampiri aku. Aku gementar kerana tidak ku kenal dari baying gadis itu. Dalam masa yang sama, aku bertambah runsing apabila sekeliling aku dan gadis itu menjadi kabur. Kini aku hanya melihat dirinya sahaja. Puak Bie tidak lagi aku kelihatan. Aku masih melihat gadis itu untuk mengesan pergerakkan jikalau aku mengenalinya.
Semakin dia menghampiri, aku dapat mengecam. Aku bagaikan mengenali pergerakkan gadis itu. Aku tergama apabila dia sudah hamper dengan aku. Dia memanggil aku dan berkata sesuatu. Aku tersentak. Mengapa dalam situasi begini, dia boleh berkata begitu? Tidak lama kemudian, aku tamat riwayat disana kerna gadis itu berkata “ADIN! Bangun! Dah pukul berapa ni!”. Rupanya aku didalam mimpi ku. Ibu ku datang mengejutkan dengan mengetuk pintu beberapa kali sebelum datang mengejutku. TQ

Nota CD

PERHATIAN:
Cerkon(cerita kontot) ini adalah kebetulan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Ini hanyalah adaptasi sebuah mimpi yang cambest ;-P


Di suatu pagi yang hening , Matahari memancarkan sinar UV ke arah sebuah hospital besar di daerah Wilayah Strawberi. Antara beribu tingkap yang terbina di sekeliling hospital itu, hanya sebuah tingkap sahaja yang sering tertutup sejak dari mula dihuni pesakit wad itu. Pesakit yang merupakan seorang gadis remaja dalam lingkungan 20 tahun tidak pernah mengalah untuk melawan sakit yang menimpanya itu. Sakit kanser yang dialaminya amat sukar untuk diubati. Pihak hospital telah berusaha untuk mengubatnya, namun tiada seorang pun yang berjaya sehingga dia diberitahu bahawa dia hanya mampu untuk hidup selama satu bulan. Berita itu tidak dapat diterimanya lalu menyebabkan dia sering mengalirkan air mata yang penuh bermakna untuk kali terakhir dia menangis.

Dia dibenarkan pulang ke rumah setelah diberitahu khabar sedih itu. Doctor menasihatinya agar mengurangkan keluar di siang hari kerana kesan dari sinaran UV matahari amat merbahayakannya. Ketika dalam perjalan pulang ke rumah, dia secara tidak sengaja terlihat sebuah kedai cakera padat yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, iaitu sebelum dia dimasukan ke hospital selama 15 bulan. Dia meminta kakaknya,yang selalu membawanya kemana sahaja sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu, untuk berhenti di kedai cakera padat itu. Dia yang sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke kedai, berjalan teragak-agak kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke kedai baru itu. Dia melihat sekeliling. Tanpa berkata apa-apa. Sehingga dia terserempak dengan seorang pelayan di kedai itu. Pelayan itu yang menuju ke arahnya lalu bertanyakan sesuatu kepadanya. Namun gadis itu terkaku. Beberapa saat kemudian, gadis itu mengambil cakera padat lagu yang berhampiran dengannya lalu menyerahkan ia kepada pelayan tersebut. Pelayan lelaki yang kacak itu tersenyum dan memberitahu bahawa dia suka akan lagu-lagu yang ada di cakera padat kompilasi lagu indie yang telah diambil oleh gadis itu. Gadis itu hanya mampu tersenyum malu ;-) . setelah dibelinya cakera padat itu, gadis itu melangkah keluar dari kedai itu dengan penuh gembira. Dia keluar sambil memeluk akan plastik yang mengandungi cakera padat itu. Dia dapat merasakan bahawa dia telah suka akan pelayan itu. Tetapi gadis itu enggan memberitahu perasaannya itu kerana ditakuti pelayan itu tidak membalasnya.

Apabila tiba dirumah, gadis itu terus menyimpan cakera padat yang dibelinya tadi kerana dia tidak mahu berasa sedih. Dia tahu bahawa dia tidak akan lama didunia yang sementara ini. Dia harus bergembira sahaja sepanjang hari. Sejak dari itu, setiap hari gadis itu pergi ke kedai cakera padat yang sama untuk membeli cakera padat supaya dia dapat berbual dengan pelayan lelaki yang kacak itu. Setelah sebulan dia meninggal dunia, kakaknya pula yang sering ke kedai itu atas permintaan gadis itu. Pelayan lelaki itu lalu bertanya kepada kakak gadis itu tentang adiknya. Kakak gadis itu memberitahu bahawa adiknya telah meninggal dunia dan membawa lelaki itu ke bilik adiknya itu. Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam bilik gadis itu, dia terkejut melihat cakera-cakera padat yang dibeli oleh gadis itu dari kedainya tidak dibuka. Lelaki itu menangis. Kakak gadis itu pelik lalu bertanyakan mengapa lelaki itu menangis?

Lelaki itu menjelaskan bahawa dia telah meniggalkan sepucuk surat cintanya yang penuh dengan puisi manis di setiap cakera padat yang dibeli oleh gadis itu supaya gadis itu tahu akan cintanya terhadap gadis itu amat teguh.