Pages

Double Park Myvi 2015

Assalamualaikum semua,

Post kali ni aku nak share benda yang aku baru tahu. Aku rasa ramai dah tahu cuma aku je yang tak tahu, apa-apa pun aku kongsi juga lah untuk mereka yang mungkin belum tahu dan akan tahu lepas baca post ni. hehehe...

Aku baru beli kereta Myvi 2015 dan ini kereta pertama aku, sejak pakai mana2 kereta member atau family, aku tak pernah tahu mengenai satu fungsi butang ni sebab tak pernah lagi aku guna sampai lah ada masa ni aku kena double park masa singgah rumah awek aku.

Masa ni lah aku baru tahu yang Myvi 2015 ni tak boleh nak cabut kunci walaupun dah alih gear ke N dan handbrake dah lepas untuk double park. Mati kutu aku masa tu tak tahu nak buat apa dan buat aku kena pergi cari parking yang aku tak perlu nak lepas handbrake.

Macam-macam cara aku try tapi still tak boleh jadi. Aku ada tanya member aku yang kerja Perodua pun dia tak tahu. Sehinggalah satu hari ni aku teman abag ipar aku pergi angkat kereta baru dia, Alza. Kebetulan masa tu aku teringat pasal kejadian double park tu, lepas settle kereta abang ipar aku, aku pun terus tanya orang yang uruskan kereta abang ipar aku tu pasal double park.

Dia pun terangkan yang kereta aku tu kalau letak gear kat N memang tak boleh nak cabut kunci, KECUALI kalau nak double park;

1. Tegakkan steering supaya kalau orang nak alihkan kereta, senang gerak straight je.
2. Cabut kunci.
3. Tekan dan hold button "Shift Lock" sambil alihkan gear dari P kepada N.
4. Lepaskan button tadi dan lepaskan handbrake.

Settle... Sekarang aku dah boleh double park dan tak perlu pening-pening lagi!

Button "Shift Lock" kecil kat tepi tu

Ingat, bersyukurlah.

Sentiasa ingat;
dalam hidup ni kita hanya boleh merancang,
tapi Allah yang tentukan.
Sebab tu tak semua yang kau nak,
kau akan dapat.

Maka,
bersyukurlah dengan apa yang sudah dikurniakan oleh-Nya.
Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang.

Harimau Malaya Chant - Oi Oya Oi

Post kali ni aku nak share kreativiti aku dalam penulisan lirik pulak. hahaha. nak nak pulak masa tengah demam AFF Suzuki Cup 2014. Cerita dia masa aku tengah tengok cerita "Ali Baba dan 40 Penyamun", aku tertarik dengan lagu yang dinyanyikan penyamun-penyamun tu. Jadi aku terfikir macam mana kalau lagu tu dijadikan chant untuk Harimau Malaya?

Ni hasil yang aku dah karangkan. Kalau boleh diterima Ultras Malaya, sedap jugak dapat nyanyi kalau time nak masuk stadium.


Why? [Islam]

A British man came to Sheikh and asked:

"Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"

The Sheikh said:

"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"

British man said:

"Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth."

Sheikh replied:

"Our women are queens and queens do not shake hands with strange men".

Then the British man asked the Sheikh:

"Why do your girls cover up their body and hair?"

The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:

"If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?"

The British replied:

"The covered one."

The Sheikh said:

"That's how we treat and see our woman".

Tawar Hati

Pernah minum air yang tawar?

"Pernah"

Apa yang kau rasa?

"Takda rasa"

Macam itulah hati aku kat kau sekarang.

Kalau Sudah Ditakdirkan

Kita percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, mesti ada tujuan yang telah ditentukan oleh-Nya.

Dalam entri kali ni aku nak cerita pasal kawan aku dengan isteri dia yang mana isteri dia pun kawan aku jugak. Kawan masa belajar IPT dulu-dulu.

Cerita dia agak ringkas, cuma apa yang aku nak tekankan dalam cerita aku ni, mengenai susunan dan ketentuan yang telah ditentukan oleh-Nya untuk mereka berdua yang aku nampak.

Kawan aku yang lelaki ni, aku kenalkan dia dengan panggilan Ahmad, dan isteri dia, Siti. Ahmad dan Siti ni bukan nama sebenar dorang.

Kisah dia start masa aku belajar dulu, si Ahmad ni jenis yang boleh tahan perangai dia. Tapi kalau dengan awek2, perghhhh... tepuk tangan pun tak berbunyi! bukan main lembut lagi. Tapi tu lumrah lah dah kalau nama pun lelaki. Mesti lah nak berlembut dengan perempuan. Yang ni Siti ni pulak memang hot stuff orangnya. Jadi kegilaan kat satu batch masa tu termasuk sampai senior2 pun ada yang gilakan siti.

Dilajukan cerita, Ahmad pun terserempak macam mana ntah aku tak tahu, sampai kat rumah dia tanya kami kenal tak awek yang sekian-sekian (dia terangkan pasal Siti). Lama jugak kitorang fikir dan teka sebab pasal awek ni, kitorang pun nak tengok cantik dia macam mana yang diceritakan si Ahmad ni. Teka punya teka, sekali ada sorang ni kata dia tahu siapa yang dimaksudkan ahmad ni sebab dorang satu program.

Jadi sejak dari tu lah Ahmad mula rapatkan diri dengan Siti, search semua social network Siti. Zaman tu zaman Friendster, Myspace dengan Facebook. Twitter dan bagai2 ni tak terkenal lagi kat Malaysia. Ahmad ni pun mula lah add, kitorang sbg kawan ni pun ambil juga lah tahu dah nama pun kawan.

Dilajukan cerita lagi, dorang pun mula couple. Tapi sayangnya couple dorang tak lama sebab si Siti rupanya masih belum move on dengan ex dia. Yang si Ahmad ni pulak aku tengok dia punya tenang, tenang lah jugak, tapi dalam hati tu nampak macam tak ok. Ajak buat aktiviti bagai semua macam tak fokus. Last2 kecoh satu batch yang Siti dah putus dengan Ahmad.

Masa tu Ahmad ni pulak entah apa masalah dia berhenti study dengan ktorg. Dengar cerita dia masuk ke IPT lain dan dalam bidang yang sebenarnya dia nak. Kira masuk kat IPT kitorang ni mungkin sebab tak terima tawaran mana2 lagi. Fikir positif.

Dah lam jugak kitorang tak contact sebab dah tak belajar satu tempat kan, tapi ada jugak lah update sebab dah kawan dalam Facebook. Ada masa dia pun ada datang kat area kitorang ajak lepak. Tapi nampak macam biasa je. Dia pulak tak pernah tanya ktorang pasal Siti. Yang Siti pulak ktorang tengok dok sakan bercinta dengan laki lain, siap ada entah berapa kali konon frust bercinta.

Lajukan lagi cerita dalam lebih kurang hampir 7 tahun jugak lah, sedar2 tiba2 si Ahmad dengan Siti ni dah bersama balik dan nak kahwin. Pergh, dalam 7 tahun tu aku rasa aku tengok apa yang dorang update kat Twitter (masa ni dah terkenal dengan twitter), yang di Ahmad dengan awek2 yg pelbagai, yang si Siti pun sama.

Jadi sekrang dorang dah pun berkahwin dan kami yang kawan2 dorang pun tak sangka sebab dorang pernah couple 8 tahun lepas, dan putus. Sudahnya jadi suami isteri.

Apa yang aku nampak kat sini:
Tuhan sengaja putuskan mereka untuk mengenali lebih ramai jenis lelaki dan perempuan untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman buat dorang berdua ni. Lain orang, lain cara bercinta. Sebelum kahwin tu aku dah nampak yang dua2 kawan aku ni bercinta dalam pemikiran yang matang. Sengaja dipisahkan demi kabaikan, dan disatukan demi kebahagiaan.

Itu je cerita aku nak kongsikan buat masa ni.

STK

Rindui Kenangan Bersama

Bukan aku tak mampu untuk teruskan bila kau pergi,
Cuma aku sayang.
Aku sayangkan setiap ikatan yang aku jalin,
Aku sayangkan setiap hati yang aku miliki.
Aku rindukan kenangan yang sudah dirakam.

Mulut berbicara belum tentu hati setuju.
Bicaranya aku mampu menerima,
Hakikatnya hati yang masih berdegil.

Respect Other People's Way of Thinking

Nak selesaikan sesuatu masalah,
Tak semestinya ada satu jalan,
Tak semestinya guna cara yang sama.

Ia ibarat kau kena cari equation bagi jawapan, 4.

Kau jawab 2 + 2,
Aku jawab 1 + 3,
Dia jawab 0 + 4,
Dorang jawab 1 x 4,
Kawan kau jawab 4 / 1.

Cara yang berbeza, tapi tujuan yang sama.
Iaitu untuk mendapatkan nilai 4.

Bukan, Aku Bukan.

Aku bukan pelakon untuk kau mengarah,
Aku bukan episod untuk kau berdrama.
Aku bukan semut untuk kau pijak,
Tapi aku manusia yang punya hati dan perasaan.

Hati Perantau

Ibarat seorang perantau.
menjelajah ke tempat org,
mengenali kehidupan setempat,
mengenali org kampung,
mencipta kenangan bersama.

Rasa dihati,
ingin menjadi penduduk tetap.
namun tidak kita sedar,
ada yg susah hati kehadiran ini.
menghasut semua agar membenci.

Aku terpaksa pergi.
aku merantau lagi.
walau berat diri ini.
disana masih dihati.

Tajuk: Kau Ilhamku

Berhenti menulis. Conteng karya. Campak dalam kotak. Simpan dalam kenangan. Ilham dah lari.

Renangi Dunia

berjuta manusia telah tenggelam,
tenggelam mereka dilautan dunia.
termasuk aku tak mungkin terlepas,
Kerana hasutan disambut meriah.

tapi berapa saja yang benar2 melihat?
melihat dunia yang terlalu halus.
aku menatap langit yang luas,
walau tenggelam aku tetap renangi.

tidak ku mahu lemas dan mati,
sebelum tiba masa aku berhajat.
mata ku putih tersenyum sinis,
langkahku kaku walau bercahaya.

Aku terus berenang mencari arah,
yang sebenarnya terpampang didepan mata.
ingin ku capai darat yang suci,
namun diuji jutaan ombak.

ada masa ku dihempap ombak,
sehingga mencecah ke dasar laut.
mengelupuh aku mengejar nyawa,
mengaut air agarku timbul.

ada masa ku berjaya kedarat,
namun tergelincir dek sisa yang lalu.
Aku tertanya "apa yang aku perlu lakukan?"
"bersabar dan usaha" hatiku bisik.

begitulah dunia bagai orbit di langit,
begitulah dunia bagai paksi si bumi.
inilah hidup yang sentiasa berputar.

- Original by BayangCerita

Cerita semasa kecil 2



Seronok bila baca benda ni dan teringat balik kenangan zaman kanak-kanak. haha :D
 

Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.


Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 
 


Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 
 

Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.


Lukis burung guna huruf 'm'. 
 


Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 
 


Masa kecil fikir bentuk hati sebenar macam simbol love.
 


Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 
 


Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
 


Fikir dunia kartun memang wujud. 

Makan singgam (chewing gum). Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tattoo (sementara) kat tangan. 

Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.



Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

Susun kusyen dan buat seni binaan. 

Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki. 

Kawan terpijak kasut sekolah , lepas tu pijak kasut dia balik. 

Lepas habis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS, Titik-titik, buat karakter Digimon. 

Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya, tak bagi kawan tiup takut tumpul, gesel2 atas lantai kasi panas pastu kenekan kat kulit kawan. Itu style! haha 

Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak. (krik krik krikkk)

Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja. 

Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring. 

Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang. Dah besar sikit amek cecair kat lilin letak kat tangan biar sampai keras.



Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha 

Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu

Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin. 

Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ta Ya Pa Wau (dulu aku ingat orang cakap "Tayar Power")..haha 

Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut. 

Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa-rupanya atas katil! Hahahaha...

korang pernah alami tak? bagi komen sikit . juga ada tambahan lagi ke? :)


Copy dari Facebook

C'est La Vie (BAB 1): Mellisa Lee

*** Babak bermula di perhentian bas berhampiran sebuah pasar raya The Curve, Damansara. ***

            Kelihatan dua wanita sedang turun dari teksi. Sinaran matahari memancar terik di atas kepala Mel dan rakannya, Ayu, membuatkan mereka tidak dapat menahan. Mereka yang baru sahaja sampai lantas berlari memasuki pasar raya tersebut. Sebaik sahaja memasuki pasar raya itu, mereka terus berdiri di kawasan pintu masuk untuk menanti seseorang.

Ayu     : Boyfie kau dah sampai ke Mel?
Mel      : Tak tau la Yu. Tapi kita lambat kan? Dia kata nak jumpa pukul 12.
             Sekarang dah pukul 1. kita lambat satu jam.
Ayu     : (tersengih) Macam biasa la lepas ni... Mesti boyfie kau tu membebel je.
Mel      : (ketawa) tau tak ape Yu. Kena lah aku buat-buat dengar. Tapi
              sebenarnya aku nak jumpa dia ni, ade hal penting.
Ayu     : (bermuka pelik) Hm? Hal ape tu? Tentang kau nak pindah ke?
Mel      : (menganggukkan kepala) A’ah Yu. Dia tak tahu lagi. Lagi pun, ayah
             aku baru bagi tahu pagi tadi dan kami akn bergerak hari sabtu ni.
Ayu     : hah?! Sabtu ni?! Awalnya… tinggal lagi dua hari je untuk kau ada kat
             Shah Alam… (Ayu bermasam muka)
Mel      : (mengangguk sambil bermasam muka juga) Yap! Aku pun tak tahu nak
             buat macam mana, Yu. Ayah aku pun bukan nak bagi tahu awal-awal.
Ayu     : Urm… tak ape la. At least kau jangan lupakan aku ok? (senyum)
Mel      : (senyum) Tak nak la. Aku nak lupakan kau juga… (ketawa)

(ayu bermasam muka)

Mel      : (bermuka manja) Alalala… kau ni pun ayu... Tak kan la aku nak lupakan
              bestfriend aku yang sorang ni pulak kan… Selama ni pun kau je yang aku
              ajak. Jangan risau la. Keep in touch ok? (senyum)
Ayu     : Humph! Mengada lah kau Mel. (sambil mencuit pinggang Mel) hah! Ambil
             kau. Bergurau dengan aku je yang kau tahu kan. (ketawa)
Mel      : Eh! Kita ni boleh bersuka-ria pula kat sini.
Ayu     : (dengan laju membalas) A’ah kan. Ape cer boyfie kau? SMS lah dia.
Mel      : (tersengih) hehe… Jap aku SMS dia.

Mel mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan, lalu memberikan SMS kepada teman lelakinya. Disamping itu, Ayu menuju ke kedai baju berdekatan pintu masuk dan membelek-belek baju disana. Setelah Mel selesai menghantar SMS, dia menuju ke Ayu untuk menemani.

Tidak lama kemudian. Telefon bimbit Mel berbunyi SMS. Lalu dia mengeluarkan ia dan membaca SMS itu.

“Baby, I dah kt food court bwh ni. Cpt2 dtg. I ada order your fav drink J

Mel terseyum lalu dia segera menarik Ayu yang sedang asyik mencuba pakaian di badannya.

Ayu     : (terkejut) Eh! Eh! kenapa dengan kau ni Mel. Sudah macam kena kejar
             anjing je. (sambil memberikan baju yang dicuba tadi kepada promoter
             yang melayannya)
Mel      : (berjalan laju sambil menarik tangan Ayu dan memandang terus ke
              hadapan) Boyfie aku lah… dia ada kat food court bawah tu. Dia
              dah order kan air kegemaran aku.
Ayu     : (memerli) Nampak sangat kau tengah haus ni. Haha..
Mel      : Diamlah kau.

Mereka menuju ke escalator untuk ke food court yang terletak di bahagian bawah pasar raya itu.

Dengan berjalan laju, mereka pantas tiba di meja dimana teman lelaki Mel menunggu mereka. Secara tidak disedari oleh Joe, teman lelaki Mel, air kegemaran Mel yang sedang ditenungnya itu, dirampas oleh Gadis dengan cepat.

Joe       : (terkejut) hah?!
Mel      : (tersengih melihat Joe sambil duduk ditepi Joe) hehehe… lawak la muka
              you terkejut byBoleh tak you ulang balik mimik muka you yang tadi…
              please hubby… (Mel merayu manja kepada Joe dengan membuat muka
              sambil mengenyitkan mata berkali-kali)

Joe yang dalam kemaluan, sahaja memberikan mimik muka terkejut nya tadi seketika kerana terlalu malu.

Ayu     : (menyelit) Alalalalaaaa... Encik Johari Fitri ni… malu-malu la tu.
             Menyampah aku tengok.
Mel      : (tersengih) ala… nape kejap je you buat…hehehe (sambil mencubit
             pipi Joe)
Joe       : (mengeluh kerana dibuli oleh teman wanitanya sambil membuat muka)
              baby… you ni… malu lah I. Orang lain pandang je. Haih…
Mel      : Ala... Marah pula abang Joe kita ni. Hehehehe… (tersengih lagi) hah
              you, I nak jumpa you ni sebab nak bagitahu you hal penting…
Joe       : (bermuka pelik) ha, You nak bagitahu hal ape yang penting tu baby?
Ayu     : (melihat Mel)
Mel      : Hurm… Macam ni… Ayah… Pagi tadi…Dia bagitahu baby… Yang
             semua keluarga kena pindah…
Joe       : Ha? Pindah? You nak pindah mane baby?
Mel      : Tak tahu ayah… Ayah tak bagitahu pun nak pindah mane.
Joe       : Kalau dekat je, takpe. I pun boleh datang lawat you.
Ayu     : (menyelit) A’ah kn! Aku pun tak adalah rindu kau nanti. Boleh aku
             panggil member-member kita, buat rombongan pergi rumah kau, Mel.
             Hehehehe (tersengih)
Mel      : (melihat Ayu) Hish! Engkau ni. Mengarut je keje ko. (bertukar arah
              melihat Joe) Hurm…Itu lah… Nanti la baby tanya ayah k.

Ayu hanya memerhatikan Joe dan Mel berbual antara satu sama lain dengan mata yang asyik menukar arah penglihatannya kearah Mel dan Joe.

Joe       : Bertolak bila?
Mel      : Tadi ayah bagitahu yang malam ni baby kena kemas barang-barang.
              And sabtu ni bertolak.
Joe       : (dengan pantas membalas serta terkejut) uit! Sabtu ini?! Cepatnya.
              Lagi berapa hari je tinggal. Habis, holiday kita tu macam mana baby?
Ayu     : (menyelit lagi) holiday??? Ha…. Korang plan tak ajak aku kan
             Macam ni la korang… Aku bakal pengapit korang pun tak ajak…
             Merajuk lah (Ayu marajuk sambil membuat muka merajuknya)
Mel      : (menoleh kearah Ayu sambil menunjukkan isyarat jari telunjuk di bibir)
             Shhh! Nantilah aku plan dengan ko. Aku dengan Joe kan tengah
             berbincang ni. Kalau tak malas bagi kau ikut lagi kang…
Ayu     : (sambil tersengih) Hehehe… Maaf tuan puteri Mellisa Lee…
Mel      : (menyambung perbualannya dengan Joe) Sabarlah hubby… Kan baby
             tak tahu lagi baby pindah mane nanti. Sabar ok? Malam nanti baby
             bagitahu hubby.

Joe hanya tersenyum kepada Mel menunjukkan bahawa dia terima kenyataan teman wanitanya itu. Tiba-tiba telefon bimbit Joe berbunyi panggilan masuk. Mel dan Ayu sekadar memerhati kerana tidak mahu mengganggu perbualan Joe.

Joe       : Hello Mat…
Mat      : Hello Joe, where are you?
Joe       : (tersengih) Eceh kau Mat, semangat je speaking dengan aku ni
              kenapa?
Mat      : Hehe… Saje je bro.. Aku ada hal nak bincang dengan kau ni.
              Kau kat mane?
Joe       : Hal? Hal ape? Aku dengan Mel and kawan dia ni. Kat The Curve.
              Kenapa?
Mat      : Kawan? Kirim salam aku kat kawan dia tu ek? Hehehe…
Joe       : Haha… Wak lu... Dia dah ada laki la (sambil mengenyit mata pada
             Mel dan Ayu tanda dia bergurau)
Mat      : Gurau je lah. Macam ini, kau boleh datang office sekarang tak? Orang
             dari Melbourne tu dah nak sampai     sini. Bos roger aku tadi minta aku
             pergi jemput orang tu kat KLIA. Jom teman aku Joe.
Joe       : Alamak! Kau ni pun Mat… Macam la tak boleh pergi sorang.
Mat      : Aduyai... Kau ni pun satu, aku mana lah tahu jalan nak pergi sana.
             Sebab tu aku ajak kau teman.

Joe mendiam seketika berfikir sambil melihat Mel. Mel dan Ayu yang tidak tahu apa yang dibualkan oleh Joe dan Mat hanya terpinga-pinga.

Joe       : Hurm… ok lah Mat, nanti aku hello-hello kau.
Mat      : Ok bro, aku sentiasa ready hello dari kau.
Joe       : Ok. (Joe mengakhiri perbualannya dengan Mat)

Sebaik sahaja Joe meletakkan telefon bimbitnya kedalam pocket seluar, Mel terus menyapa Joe.

Mel      : hubby, jom kita pergi jalan-jalan. Nak duduk sini lama-lama pun kita
             bukan makan. Baby nak cari baju.
Ayu     : (menyelit secara mengejut) Ha…! Betul tu... Aku pun rasa macam nak
             shopping je hari ni. hehehe…
Joe       : Tapi baby, I bukan tak nak teman you sayang. Tadi Mat call, dia minta
             I pergi office sekarang juga. Sebab bos suruh ambil client yang datang
             dari Melbourne kat KLIA. Mat tak tahu jalan nak ke sana, jadi dia minta
             I teman dia.
Mel      : Ala… Ambil lambat sikit tak boleh ke by…? (Mel bergurau)
Joe       : Ish! You ni. Nanti dibuang kerja pula hubby you ni.
Mel      : Hehe… Takde la by.  Baby gurau je la tadi. Hubby nak gerak sekarang
             ke?
Joe       : Kalau nak diikutkan kata Mat tadi, macam kena gerak sekarang.
Mel      : Kalau macam tu takpe lah by. You gerak dulu.. Nanti I dah nak balik I
              text you ok? (senyum kepada Joe)
Ayu     : (pantas menyelit) A'Ah Joe, tentang Mel ni kau janganlah risau... Aku
             kan ada. Aku akan jaga cinta kau ni baik-baik...
Joe       : (senyum) Kalau macam tu ok lah. I gerak dulu ya. Apa-apa just leave
             me a text and I will call you back. Ok dear? I pay for this.
Mel      : Ok by (senyum)

Joe beransur pantas sambil Ayu melambai-lambai kepadanya dan diperhatikan oleh Mel.

Mel      : Hah Ayu, jom lah jalan-jalan. Tadi cakap nak shopping kan?
Ayu     : Ala... Ingatkan Joe ada tadi... Boleh aku minta dia belanja upah
             temankan kau ni... (ketawa kecil)
Mel      : Eh, kau ni. Melebih dari aku nampak (Mel memerli)
Ayu     : (tersengih) Hihihi... Takde lah. Aku gurau je... Jom lah. Banyak aku nak
             shopping ni.

Mel dan Ayu beransur dari medan selera untuk pergi membeli belah.

*** BABAK TAMAT ***
*** Babak baru bermula setelah Mel dan Ayu selesai membeli belah ***

Kelihatan mereka sedang berjalan menuju keluar dari pusat membeli-belah sambil membawa beberapa beg dari hasil pembelian mereka. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Mel berbunyi. Bapa Mel, Mr. Lee, membuat panggilan. Dengan pantas Mel mengangkat panggilan itu.

Mr. Lee : Hello Mel, Mel kat mana? Tadi papa call rumah, mummy bagitahu
               papa yang Mel keluar pergi Damansara. Kalau Mel ada lagi kat
               Damansara, boleh papa ambil.
Mel        : Ha... kebetulan ni papa. Mel dengan Ayu kat The Curve. Kami baru
               je selesai shopping. Boleh juga tu kalau papa nak ambil.
Mr. Lee  : Ok sayang. Mel tunggu di bus stop depan tu ya. Papa dah kat dekat ni.
Mel        : Ok papa. Bye-bye (Perbualan tamat)
Ayu        : Mel, papa kau ambil ya? Yes... Jimat la duit tambang aku. (tersengih
               sendirian)
Mel        : Kau ni dah kenapa Yu? Macam tak biasa je papa aku ambil.
Ayu       : Bukan tak biasa Mel... Memang dari tadi aku doa-doa papa kau dapat
               ambil. Boleh aku jimat duit untuk lepak malam ni. Jom Mel.
Mel        : Eh, pandai kau ya. Malam ni kau nak lepak mana?
Ayu        : Kat ajak lepak malam ni. Dia ada suruh ajak kau sekali. Jom lah Mel.
               Bila lagi nak jumpa kan.
Mel        : Kat?! Eh bila dia balik sini? Tak roger aku pun...
Ayu        : Bukan tak nak bagitahu kau Mel. Aku ingat nak buat surprise. Tapi
               tak jadi pula. Hihihi... (tersengih)
Mel        : Kau ni ada-ada je. Tapi betul juga tu kan. Lagi pun aku rasa last kita
               jumpa dia sebelum dia balik UK. Macam mana lah dia sekarang kan?
Ayu       : Tu... Kita tengok malam ni. Dia pun tak bagitahu aku banyak pasal dia
               kat sana. Dia suruh aku dengan kau datang je malam ni. Kat Pak Li.
Mel        : Ok set. Malam nanti aku ambil kau.

Kelihatan sebuah kereta berjenama mewah muncul didepan mereka.

Mel      : Ha, tu papa aku dah sampai. Jom lah. Panas ni.

Mereka segera menghampiri kereta tersebut dan menaikinya. Dalam perjalanan mereka pulang, Mr. Lee bertanyakan kepada mereka.

Mr. Lee  : Hai, shopping sakan nampak. Baru gaji ke?
Ayu       : Mel uncle... Dia baru gaji. Minta dia belanja makan, uncle. (Ayu menyelit)
Mel        : Amboi... Macam lah kau tak satu kerja dengan aku. Bulan ni gaji Ayu
               lebih sikit dari Mel papa... Sebab bos sayang dia lebih.
Ayu       : Eh mana ada... Bos kasi aku lebih sebab dia tergoda dengan muka aku
               yang cantik ni ya... (menyakat)
Mel        : Perasan... Aku saje je tak nak bodek bos sebab takut bos kasi aku
               sepuluh kali ganda dari bos kasi kat kau...

Mr. Lee tersengih melihat gelagat Mel dan Ayu yang bergurau.

Mr. Lee  : Ish, kamu berdua ni... Lucu lah. Sama je bagi uncle kalau lebih atau
               tak gaji tu... Janji jom kita minum dulu. Petang-petang ni sedap
               minum teh.
Ayu       : Yay! Uncle belanja?
Mr. Lee  : A'ah... Belanja kat rumah. Auntie ada buat teh tu. (tersengih)
Ayu       : Alaaa... (bermasam muka)
Mel        : Wekkk... (mengejek manja kat Ayu)

*** BABAK TAMAT ***
*** Babak baru bermula pada malam tersebut ***

Kelihatan Mr. dan Mrs. Lee sedang menonton televisyen. Mel muncul dari tingkat atas menurun tangga lalu terus menuju ke arah ibubapanya.

Mel       : Papa, mummy... Mel nak keluar jap dengan Ayu. Jumpa Kat. Dia baru
               sampai KL petang tadi.
Mrs.Lee: Kat? Wah, lama betul mummy tak dengar berita dia. Dia tak penat ke
               baru sampai, Mel dah ajak dia keluar? Bagi lah dia rehat dulu...
               Nanti-nanti boleh jumpa...
Mel      : Bukan Mel yang ajak mummy... Dia yang ajak kami jumpa malam ni.
              Takpe, nanti Mel balik... Mel cerita berita dia kat mummy ok? Hehehe..
Mr. Lee: Ha, keluar-keluar juga. Barang-barang nak pindah dah kemas belum?
              Esok last kemas ok? Lusa kita dah nak gerak.
Mel      : Hurm... Belum lagi papa... Kena pindah juga ke?
Mr. Lee: Mestilah sayang... Tak kan Mel nak tinggal sini sorang-sorang?
              Bukannya dekat rumah baru kita tu.
Mel      : Ok papa. Esok Mel kemaskan semua. Mel pergi dulu ya papa, mummy.
              Dah lambat ni. Bye-bye.
Mrs.Lee: Baik-baik jalan tu. Jangan balik lewat sengat...

Dari luar rumah kedengaran Mel menjerit, "Baik! I love you"

*** Babak terus ke lokasi Restoran Pak Li ***

Kelihatan Mel baru sahaja park keretanya lalu mencapai telefon bimbitnya untuk membuat panggilan sambil melihat cermin tengah untuk memperbetulkan sambutnya. Tidak lama itu perbualan menerusi telefon bimbit pun bermula.

Mel      : Hello Yu, kau dah kat mana?
Ayu     : Aku ada kat dalam kedai ni. Dekat dengan cashier. Kau kat mana?
Mel      : Oh, ok aku ke sana. Aku dah kat parking ni. Baru je sampai.
Ayu     : Ok. Kat dah ada ni.
Mel      : Ok. Bye.

Mel keluar dari kereta. Babak terus berubah ke meja dimana Ayu dan Kat berada.

Kat       : Mel dah sampai ke?
Ayu     : Dah.. Dia ada kat parking tu. Kejap lagi masuk la tu.

Dari sudut pandangan menghadap ke luar kedai kelihatan Mel sedang berjalan masuk dan disambut oleh lambaian dari Ayu dan Kat. Mel membalas lambaian tersebut dan dia semakin hampir.

Mel      : Kat! Lamanya tak jumpa kau... (sambil memberi pelukkan pada Kat)
Kat       : Tahu takpe... Kau orang aku tengok makin cantik lo...
Mel      : Apa kurangnya kau... makin vogue gitu... (sambil duduk meletakkan
              handbagnya di kerusi sebelahnya)
Ayu     : Mana tak vogue nya Mel... Dah digelar model kat UK la katakan...
Mel      : Wah... Makin mengancam kau ya. Model apa tu? Product apa?
Kat       : Ish, takde lah... Kau orang ni... Aku biasa ja meh... Macam dulu-dulu
              lagi... Model untuk baju... brand biasa ja...
Ayu     : Sudah lah Kat... Aku tengok pakaian dan accessories kau pun aku dah
             tahu kau model brand ape...

Mel melihat pada pakaian serta anting-anting Kat

Mel      : Wah... LV ok... Kau model LV ke?

Kat menganggukkan kepala sekali tanda menjawab pertanyaan Mel.

Mel      : Kau ni Kat... Buat aku jeles je... Takde ke souvenir dari UK untuk kita
              orang?
Ayu     : Yela Kat... Tak kan takde bawak apa-apa untuk kami...
Kat       : Eh, apa pulak takde... Ini aku ada bawakan baju-baju and some LV's
              product yang kau orang tak jumpa kat Malaysia lagi ok... Special tak?
             (Kat memberikan beg kertas kepada Mel dan Ayu)
Ayu     : Kat... Thank you... (Ayu tersenyum lebar sambil membelek di dalam beg
             kertas itu)
Mel      : Terharunya aku kat kau Kat... Ingat juga kau kat kita orang masa nak balik
             sini kan... Eh, korang tak nak     makan minum ke? Aku belanja... (sambil
             meletakkan beg kertasnya disisi kerusinya.
Ayu     : Kenapa tak cakap awal-awal tadi Mel... Takde lah aku rasa berjimat
             malam ni. Hehehe (tersengih sambil mengangkat tangan memanggil
             pelayan restoran.

Kat hanya tersenyum melihat gelagat Ayu yang tak berubah sejak mereka mula berkawan dahulu

*** Babak baru bermula setelah mereka selesai menjamu selera ***

Mel      : (mengelap mulut dengan tisu) Kat, kau disana hidup macam mana ya?
              Dah jadi famous ni... Kau jalan kemana-mana mesti ada fans yang nak
              kan signature kau kan. Bestnya...
Kat       : Biasa je Mel... Cuma kalau nak keluar tu, kena lah ber-cover sikit. Kalau
              tak... Diserbu orang. Masa aku dalam flight nak ke sini pun, ada juga
              aku terfikir kalau gambar-gambar aku ada terpampang di bandar-bandar.
              Luckily aku tengok disini masih guna model lama.
Ayu     : Wow... Sampai macam tu sekali ya. Tapi aku rasa kat Malaysia ni kalau
              muka kau tak terpampang di mana-mana pun, (bercakap perlahan seperti
              berbisik) lelaki tetap jugak memandang-mandang kat kau, Kat... Hihihi...
              (tersengih)
Kat       : Eh, mana ada lo...
Mel      : Tak ada? Cuba kau tengok lelaki kat meja keliling kita, ada je yang tengok
              kat kau...

Kat melihat sekeliling dan kelihatan ada yang melihat dia.

Ayu     : Alalala... Blushing pulak kawan kita ni Mel... Tapi aku percaya satu hari
              nanti modeling kau akan berkembang kat sini jugak, Kat. Sebab kau
              bermula dari negara luar kan.
Kat       : Aku harap begitulah Yu. Sebab aku punya cita-cita pun memang mahu
              jadi model.
Mel      : Macam mana kau boleh jadi model kat sana ya, Kat?
Kat       : Aku pun tak sangka yang aku boleh terjebak dalam modeling ni dari
              program yang aku ambil disana. Ceritanya mula lepas aku kenal dengan
              boyfriend aku ni. Dia ambil program photography. Orang Malaysia juga.
              Aku balik ni sekali dengan dia. Gambar-gambar aku ada dia masukkan
              dalam portfolio dia. Jadi masa dia nak apply kerja, tak tahu macam mana
              boleh sampai ke company modeling. Jadi aku pun dah lama idamkan nak
              jadi model, aku pun ambil je. Lagi-lagi LV yang tawarkan kan...
Ayu     : Wah... Untungnya kau Kat... Best jadi kau
Kat       : Kau orang pula sekarang buat apa?
Mel      : Aku dengan Ayu satu tempat kerja. Kami bahagian seni reka grafik. Kerja
              biasa je, Kat...
Kat       : Eh, ok juga tu... Janji ada kerja kan? Model ni pun kerja tak menentu... Bila
              ada job, adalah. Kalau takde,   tu yang aku kena plan untuk back-up
              kerja aku.

Tiba-tiba kedengaran seperti ada sesuatu yang melanggar kerusi sebalah Mel. Kelihatan seorang lelaki terlanggar kerusi tersebut lalu terjatuh tas tangan Mel dan berselerak beberapa barang. Lelaki itu segera membantu Mel mengemas barang yang terjatuh sambil berkali-kali meminta maaf.

Lelaki  : Maafkan saya, awak. Maaf saya. Saya tak sengaja. Saya tengah rushing
             sampai tak perasan kaki saya terlanggar kerusi ni.
Mel      : Oh, it's ok. Lagi pun saya perasan awak dalam rushing tadi.

Setelah selesai mengemas barang, lelaki tersebut sekali lagi memohon maaf atas kecuaian dia dan memohon mengundurkan diri

Lelaki  : Maafkan saya sekali lagi atas kecuaian saya
Mel      : (sambil senyum) It's ok.

Lalu lelaki itu pun pergi sambil berjalan laju. Tiba-tiba Mel ternampak satu business card di atas lantai lalu mengambilnya.

Monolog dalaman Mel: Kad siapa pula ni? Bukan aku punya ni. Eh! (sambil
                                   memandang keluar kedai mencari lelaki tersebut, tapi
                                   malangnya dia telah hilang dari pandangan).
                                   Hm... Simpan saja lah.

Tiba-tiba Ayu mencelah

Ayu     : Wow... Lajunya laki tu jalan. Ada barang kau yang hilang tak Mel?
Mel      : Takde... (jawabnya ringkas)
Kat       : Takut juga kan kalau itu adalah satu taktik untuk mencuri barang.
Mel      : Takde lah. Semua ok.. (sambil Mel membaca alamat yang tertera pada
             kad tersebut)
Ayu     : Nasib baik ok. Kalau tak ok tadi, aku dah terajang mamat tu dah.
Kat       : (tertawa) Hahaha... Kau nak terajang macam mana Yu? Kau pakai skirt tu.
Ayu     : Aku baling lah apa-apa yang boleh aku baling...
Kat       : Kalau kena takpe Yu. Kalau tak dan kena orang lain macam mana?
Ayu     : Kalau macam tu, aku pun takde kat sini lah. Lari! Hehehe...
Kat       : Hahaha... Macam-macam lah kau ni Yu. Sama macam dulu.

Tiba-tiba Mel bertanyakan kepada Kat dan Ayu,

Mel      : Yu, Kat, Starclyde kat mana ya?
Kat       : Oh, itu di UK meh. Kenapa?
Ayu     : Kau nak ke UK pula ke Mel? Aku pun nak ikut...
Mel      : Ish, bukan lah... Saje je aku tanya...
Ayu     : Kenapa? Joe kena pergi sana?
Mel      : Takde lah. Aku tengok dalam Facebook ni ada orang post yang dia ada
              kat Starclyde. (sambil memegang     handphone untuk cover kad yang
              dipegang tadi.
Kat       : Starclyde dekat ja dengan kawasan rumah aku kat sana. Dia ada kat
              area mana?
Mel      : Tak tahu lah Kat. Dia just metion yang dia ada kat Starclyde je.
Kat       : Oh...
Ayu     : Eh, jom lah kita. Kemana kita lepas ni?
Kat       : Aku mahu balik terus. Mahu rehat... Esok boy aku nak ajak keluar...
              Dating... Jangan jealous you all...
Mel      : Eleh... Aku pun boleh dating ok...
Ayu     : Iya lah... Aku je la yang takde laki kan...
Mel      : Alalalala... Kau tu bukan takde laki... Tapi kau tu je yang jual mahal
              sangat... Bagi lah discount sikit lain      kali... (tertawa bersama Kat)
Ayu     : Hai... perli ye... eh, dah la jom kita. Kesian Kat tu nak rehat. Nanti dia
             report kat boy dia yang kita tahan dia malam ni macam mana? (tersengih)
Kat       : Ish, kau orang ni... takde lah sampai macam tu lo... Jom lah.
Mel      : Jom

Kelihatan mereka mula beransur dari meja dan pulang

*** BAB 1 TAMAT ***