Pages

Harimau Malaya Chant - Oi Oya Oi

Post kali ni aku nak share kreativiti aku dalam penulisan lirik pulak. hahaha. nak nak pulak masa tengah demam AFF Suzuki Cup 2014. Cerita dia masa aku tengah tengok cerita "Ali Baba dan 40 Penyamun", aku tertarik dengan lagu yang dinyanyikan penyamun-penyamun tu. Jadi aku terfikir macam mana kalau lagu tu dijadikan chant untuk Harimau Malaya?

Ni hasil yang aku dah karangkan. Kalau boleh diterima Ultras Malaya, sedap jugak dapat nyanyi kalau time nak masuk stadium.


Why? [Islam]

A British man came to Sheikh and asked:

"Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"

The Sheikh said:

"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"

British man said:

"Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth."

Sheikh replied:

"Our women are queens and queens do not shake hands with strange men".

Then the British man asked the Sheikh:

"Why do your girls cover up their body and hair?"

The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:

"If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?"

The British replied:

"The covered one."

The Sheikh said:

"That's how we treat and see our woman".

Tawar Hati

Pernah minum air yang tawar?

"Pernah"

Apa yang kau rasa?

"Takda rasa"

Macam itulah hati aku kat kau sekarang.

Kalau Sudah Ditakdirkan

Kita percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, mesti ada tujuan yang telah ditentukan oleh-Nya.

Dalam entri kali ni aku nak cerita pasal kawan aku dengan isteri dia yang mana isteri dia pun kawan aku jugak. Kawan masa belajar IPT dulu-dulu.

Cerita dia agak ringkas, cuma apa yang aku nak tekankan dalam cerita aku ni, mengenai susunan dan ketentuan yang telah ditentukan oleh-Nya untuk mereka berdua yang aku nampak.

Kawan aku yang lelaki ni, aku kenalkan dia dengan panggilan Ahmad, dan isteri dia, Siti. Ahmad dan Siti ni bukan nama sebenar dorang.

Kisah dia start masa aku belajar dulu, si Ahmad ni jenis yang boleh tahan perangai dia. Tapi kalau dengan awek2, perghhhh... tepuk tangan pun tak berbunyi! bukan main lembut lagi. Tapi tu lumrah lah dah kalau nama pun lelaki. Mesti lah nak berlembut dengan perempuan. Yang ni Siti ni pulak memang hot stuff orangnya. Jadi kegilaan kat satu batch masa tu termasuk sampai senior2 pun ada yang gilakan siti.

Dilajukan cerita, Ahmad pun terserempak macam mana ntah aku tak tahu, sampai kat rumah dia tanya kami kenal tak awek yang sekian-sekian (dia terangkan pasal Siti). Lama jugak kitorang fikir dan teka sebab pasal awek ni, kitorang pun nak tengok cantik dia macam mana yang diceritakan si Ahmad ni. Teka punya teka, sekali ada sorang ni kata dia tahu siapa yang dimaksudkan ahmad ni sebab dorang satu program.

Jadi sejak dari tu lah Ahmad mula rapatkan diri dengan Siti, search semua social network Siti. Zaman tu zaman Friendster, Myspace dengan Facebook. Twitter dan bagai2 ni tak terkenal lagi kat Malaysia. Ahmad ni pun mula lah add, kitorang sbg kawan ni pun ambil juga lah tahu dah nama pun kawan.

Dilajukan cerita lagi, dorang pun mula couple. Tapi sayangnya couple dorang tak lama sebab si Siti rupanya masih belum move on dengan ex dia. Yang si Ahmad ni pulak aku tengok dia punya tenang, tenang lah jugak, tapi dalam hati tu nampak macam tak ok. Ajak buat aktiviti bagai semua macam tak fokus. Last2 kecoh satu batch yang Siti dah putus dengan Ahmad.

Masa tu Ahmad ni pulak entah apa masalah dia berhenti study dengan ktorg. Dengar cerita dia masuk ke IPT lain dan dalam bidang yang sebenarnya dia nak. Kira masuk kat IPT kitorang ni mungkin sebab tak terima tawaran mana2 lagi. Fikir positif.

Dah lam jugak kitorang tak contact sebab dah tak belajar satu tempat kan, tapi ada jugak lah update sebab dah kawan dalam Facebook. Ada masa dia pun ada datang kat area kitorang ajak lepak. Tapi nampak macam biasa je. Dia pulak tak pernah tanya ktorang pasal Siti. Yang Siti pulak ktorang tengok dok sakan bercinta dengan laki lain, siap ada entah berapa kali konon frust bercinta.

Lajukan lagi cerita dalam lebih kurang hampir 7 tahun jugak lah, sedar2 tiba2 si Ahmad dengan Siti ni dah bersama balik dan nak kahwin. Pergh, dalam 7 tahun tu aku rasa aku tengok apa yang dorang update kat Twitter (masa ni dah terkenal dengan twitter), yang di Ahmad dengan awek2 yg pelbagai, yang si Siti pun sama.

Jadi sekrang dorang dah pun berkahwin dan kami yang kawan2 dorang pun tak sangka sebab dorang pernah couple 8 tahun lepas, dan putus. Sudahnya jadi suami isteri.

Apa yang aku nampak kat sini:
Tuhan sengaja putuskan mereka untuk mengenali lebih ramai jenis lelaki dan perempuan untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman buat dorang berdua ni. Lain orang, lain cara bercinta. Sebelum kahwin tu aku dah nampak yang dua2 kawan aku ni bercinta dalam pemikiran yang matang. Sengaja dipisahkan demi kabaikan, dan disatukan demi kebahagiaan.

Itu je cerita aku nak kongsikan buat masa ni.

STK

Rindui Kenangan Bersama

Bukan aku tak mampu untuk teruskan bila kau pergi,
Cuma aku sayang.
Aku sayangkan setiap ikatan yang aku jalin,
Aku sayangkan setiap hati yang aku miliki.
Aku rindukan kenangan yang sudah dirakam.

Mulut berbicara belum tentu hati setuju.
Bicaranya aku mampu menerima,
Hakikatnya hati yang masih berdegil.

Respect Other People's Way of Thinking

Nak selesaikan sesuatu masalah,
Tak semestinya ada satu jalan,
Tak semestinya guna cara yang sama.

Ia ibarat kau kena cari equation bagi jawapan, 4.

Kau jawab 2 + 2,
Aku jawab 1 + 3,
Dia jawab 0 + 4,
Dorang jawab 1 x 4,
Kawan kau jawab 4 / 1.

Cara yang berbeza, tapi tujuan yang sama.
Iaitu untuk mendapatkan nilai 4.

Bukan, Aku Bukan.

Aku bukan pelakon untuk kau mengarah,
Aku bukan episod untuk kau berdrama.
Aku bukan semut untuk kau pijak,
Tapi aku manusia yang punya hati dan perasaan.

Hati Perantau

Ibarat seorang perantau.
menjelajah ke tempat org,
mengenali kehidupan setempat,
mengenali org kampung,
mencipta kenangan bersama.

Rasa dihati,
ingin menjadi penduduk tetap.
namun tidak kita sedar,
ada yg susah hati kehadiran ini.
menghasut semua agar membenci.

Aku terpaksa pergi.
aku merantau lagi.
walau berat diri ini.
disana masih dihati.

Tajuk: Kau Ilhamku

Berhenti menulis. Conteng karya. Campak dalam kotak. Simpan dalam kenangan. Ilham dah lari.

Renangi Dunia

berjuta manusia telah tenggelam,
tenggelam mereka dilautan dunia.
termasuk aku tak mungkin terlepas,
Kerana hasutan disambut meriah.

tapi berapa saja yang benar2 melihat?
melihat dunia yang terlalu halus.
aku menatap langit yang luas,
walau tenggelam aku tetap renangi.

tidak ku mahu lemas dan mati,
sebelum tiba masa aku berhajat.
mata ku putih tersenyum sinis,
langkahku kaku walau bercahaya.

Aku terus berenang mencari arah,
yang sebenarnya terpampang didepan mata.
ingin ku capai darat yang suci,
namun diuji jutaan ombak.

ada masa ku dihempap ombak,
sehingga mencecah ke dasar laut.
mengelupuh aku mengejar nyawa,
mengaut air agarku timbul.

ada masa ku berjaya kedarat,
namun tergelincir dek sisa yang lalu.
Aku tertanya "apa yang aku perlu lakukan?"
"bersabar dan usaha" hatiku bisik.

begitulah dunia bagai orbit di langit,
begitulah dunia bagai paksi si bumi.
inilah hidup yang sentiasa berputar.

- Original by BayangCerita