Pages

Renangi Dunia

berjuta manusia telah tenggelam,
tenggelam mereka dilautan dunia.
termasuk aku tak mungkin terlepas,
Kerana hasutan disambut meriah.

tapi berapa saja yang benar2 melihat?
melihat dunia yang terlalu halus.
aku menatap langit yang luas,
walau tenggelam aku tetap renangi.

tidak ku mahu lemas dan mati,
sebelum tiba masa aku berhajat.
mata ku putih tersenyum sinis,
langkahku kaku walau bercahaya.

Aku terus berenang mencari arah,
yang sebenarnya terpampang didepan mata.
ingin ku capai darat yang suci,
namun diuji jutaan ombak.

ada masa ku dihempap ombak,
sehingga mencecah ke dasar laut.
mengelupuh aku mengejar nyawa,
mengaut air agarku timbul.

ada masa ku berjaya kedarat,
namun tergelincir dek sisa yang lalu.
Aku tertanya "apa yang aku perlu lakukan?"
"bersabar dan usaha" hatiku bisik.

begitulah dunia bagai orbit di langit,
begitulah dunia bagai paksi si bumi.
inilah hidup yang sentiasa berputar.

- Original by BayangCerita