Pages
Ujian Dalam Kesetiaan
Entri kali ni aku nak bercerita tentang fakta dan lumrah hidup dalam kategori percintaan. Dalam bercinta, ujian datang dari pelbagai jenis. Banyak sangat ujian. Sampai ada orang yang tak kuat semangat boleh bawak bunuh diri wooo... TAK ELOK tu ya. INGAT! DOSA BESAR kalau kita bunuh diri. Peringatan untuk rakan-rakan serta diri sendiri. Bunuh diri ni ibarat; kita tak menghargai peluang yang telah Tuhan berikan kepada kita dimana kita dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya.
Berbalik pada topik asal, aku petik satu jenis ujian dari banyak-banyak ujian yang aku tak nyatakan pun; iaitu ujian dalam kesetiaan. KESETIAAN, kesetiaan ini selalu sangat orang kaitkan dalam percintaan. Asal cinta je, mesti ada kesetiaan. Asal kesetiaan je, mesti dikaitkan dengan cinta. Betul... memang betul sesangat.
Jadi, aku nak kongsi sikit dari sudut pemerhatian di sekeliling aku yang boleh aku kaitkan dalam kesetian ni. Perkara ni juga pernah berlaku pada aku. Bukan aku kata aku asyik nak memerhatikan orang je, tapi diri aku sendiri sama je. Aku mengaku bahawa aku pun pernah hadapi perkara begini. Dan perkara ni mengajar aku bagaimana untuk setia.
Aku banyak melihat bila seseorang tu (tak kira lelaki atau perempuan) dah memiliki pasangan yang terbaik buat masa itu; kira pasangan dia masa tu memang pakej habis lah. Cantik/kacak. Sebelum dapat pasangan macam tu mesti dalam hati pasang niat; "Kalau dapat dia ni... memang aku tak kan pandang lelaki/perempuan lain lah". Maka hubungan pun berjalan seperti biasa...
Namun, harus diingati bahawa dalam hidup ini ada ujiannya tidak kira dalam apa jua kategori dan ia hadir dari pelbagai segi. Antara ujian yang aku maksudkan adalah kemunculan watak ketiga dalam hubungan korang samaada kat korang, atau si dia. Watak ketiga ini wujud dengan perwatakan yang cukup menarik dan mungkin lebih menarik dari pasangan yang korang miliki ni dimana dulu korang rasa dialah yang terbaik. Watak itu dimunculkan untuk menguji kesetiaan percintaan korang. Kalau korang lemah dan mahu bersama watak baru itu, aku rasa korang sedang menipu diri sendiri.
Kejadian ini pernah berlaku pada aku dan aku mengaku aku pernah tipu diri aku sendiri. Jadi dari sejak itu aku mula menilai diri aku. Apa kesilapan aku. Setelah lama memerhati, aku sedar bahawa aku harus belajar setia walau pun gadis secantik Neelofa nak mengurat aku. Kihkihkih... kalau korang, mesti korang cakap "Weyh! Rugi lah kau tak teriman gadis secantik Neelofa". Kalau korang rasa pasangan yang korang miliki tu terbaik, hargailah dia. Jangan nanti menyesal kerana watak ketiga yang mungkin hadir seketika sahaja. Dunia ini milik Dia. Segelanya mungkin akan terjadi. Tiada perkara yang tak mungkin terjadi.
Sekian Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment