Pages

Jodoh vs Qada' dan Qadr

Assalamualaikum para muslimin dan muslimat... Untuk post kali ni aku nak bercerita tentang Jodoh vs. Qada' dan Qadr.

Sejujurnya aku mengambila masa yang agak lama untuk memahami erti Qada' dan Qadr ni sebab masa aku sekolah dulu, ustaz aku tak terangkan dengan jelas ertinya. Jadi, aku meng-inisiatif-kan diri aku untuk menggali, mengupas, serta mengorek apa itu Qada' dan Qadr yang kita sebagai umat Islam harus percaya. Pelbagai sumber dan cara aku gunakan untuk mendapatkannya.

Kita semua tahu bahawa dalam Rukun Islam, kita harus percaya pada Qada' dan Qadr. Namun ada persoalannya; Apa itu Qada' dan Qadr? Bagi mereka yang masih tertanya-tanya erti Qada dan Qadr, disini aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku peroleh.

Dah bersidia? Ayuh! Mari kita fahami dan ketahui erti Qada' dan Qadr. Bermula dengan Qada'.

------------------------------------------------------------------------------------

QADA':
Qada' dari segi bahasa membawa maksud "Hukum". Manakala dari segi syarak pula membawa maksud "Ketentuan atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas makhluknya sejak dari azali lagi".

Qada' terbahagi kepada dua, iaitu;

1) Qada' Mubram
--- Kententuan Allah S.W.T ke atas makhlukNya yang tidak boleh diubah.
--- Contohnya; Ajal maut seseorang jantina

2) Qada' Muallaq
--- Ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya tetapi boleh diubah dengan usaha dan ikhtiar manusia.
--- Contohnya; Seseorang yang gagal dalam peperiksaan boleh mencapai kejayaan sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh.

QADR
Manakala Qadr pula dari segi bahasa membawa maksud "Perlaksanaan", dan dari segi syarak membawa maksud "Pelaksanaan di atas segala ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya sejak dari azali lagi".

------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang aku nak kaitkan dalam konteks ini adalah tentang "jodoh" yang acap kali digunakan oleh ramai orang, dimana sering menggunakan ayat "Terimalah, kita memang tiada jodoh", atau "Kalau ada jodoh, kita akan bersama".

Ingin aku terangkan kat sini bahawa jodoh itu memang ketentuan tuhan, TETAPI ia dirujuk juga pada Qada' dan Qadr. Sila rujuk semula pada maksud Qada' Muallaq. Seharusnya kita harus berusaha kerana itulah yang Tuhan inginkan dari hambanya di dunia ini.

Oleh sebab itu, janganlah kita percaya pada jodoh sedangkan dalam rukun Islam tiada pun menyatakan untuk percaya pada jodoh. Malah, kita harus percaya pada Qada' dan Qadr.

Ada lagi satu cara iaitu dengan berserah. Berserah itu tidak bermaksud kita nantikan keputusan Tuhan, lepas tu kita duduk diam tiada usaha. NAMUN apa yang kita harus lakukan adalah BERUSAHA. Penting ya dalam dunia ini untuk kita berusaha. Lebih-lebih lagi jika ingin berjaya.

Aku harap post yang aku kongsikan ini dapat membantu mereka yang kurang jelas mengenai Qada' dan Qadr.

Sekian, Terima kasih.

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment