Pages

Sementara Masih Ada


Dulu masa sekolah aku selalu keluar melepak dengan kawan-kawan aku. Aku selalu luangkan masa bersama kawan-kawan lebih dari family aku. Aku degil, aku pernah bergaduh dengan ayah aku sebab nak keluar lepak. Lepak, bersuka-ria di kelab-kelab walau parent aku tahu dan rasa kecewa kat aku, aku masih tak kisah. Masa tu aku pentingkan kawan lagi dari family aku.

Makin hari aku rasa makin jauh ibarat ada jurang diantara hubungan aku dengan family aku. Sampai satu masa bila aku terlalu susah, rupanya tak semua kawan aku yang selalu aku luangkan masa, dapat bantu. Aku segan untuk meminta tolong dari parent aku. Tapi keadaan semakin terdesak membuatkan aku minta juga pertolongan dari dorang. Disebabkan sayangnya dorang kat aku, dorang tolong.

Sejak dari itu aku mula tekad membuat keputusan untuk kurangkan melepak ('kurangkan' ya, bukan 'tak') dan lebihkan pada keluarga aku. Walau sedegil mana pun aku, senakal mana pun aku, aku percaya "mana ada ibu bapa yang tak sayangkan anak". Cuma sikap kesedaran itu perlu ada pada setiap insan.

Mungkin perubahan aku menimbulkan tanda tanya dalam fikiran dorang, tapi aku harap dorang faham. Kini aku lebih suka lepak dengan keluarga aku. Aku lebih suka tolong ibu bapa aku sebab aku percaya satu hadith yang bunyinya lebih kurang macam ni; "Anak yang tolong mengurangkan beban ibubapanya, Insya-Allah akan ditolong Allah S.W.T". Sejak dari itu aku mula mendidik diri aku untuk terus meluangkan masa lebih bersama keluarga aku bila aku balik Selangor.

Baru-baru ni aku ada terjumpa dengan seorang senior aku yang kehilangan ayahnya beberapa bulan lepas. Dia kerja bawah ayah aku di sebuah syarikat perkapalam. Mula-mula tu aku tak tahu, tapi bila tiba-tiba dia cakap "kau kira masih beruntung lagi bro. Walau macam mana pun aku tetap cakap kau masih beruntung". Masa dia cakap macam tu aku jadi pelik. Dia pun mula cerita. Dari cerita yang dia bagitahu kat aku, aku dapat rasa kesedihan yang dia rasa. Aku dapat tafsirkan bahawa dia belum puas meluangkan masa bersama arwah ayahnya. Ini lebih menyedarkan aku lagi.

Aku sebenarnya dah tak kisah kalau orang nak cakap aku ni sombong bila diajak lepak, aku selalu cakap "sibuk", sebab aku tahu aku dulu dah terlalu sibuk melupakan keluarga aku, kali ini aku nak sibuk meluangkan masa bersama dorang sementara dorang masih ada.


Salam..

No comments:

Post a Comment