Assalamualaikum pembaca! :)
Okeh, untuk post kali ni aku nak ajak korang berimajinasi sikit. Imajinasi yang aku nak ajak korang bayangkan ni adalah tentang kehidupan kita. Bukan apa, imajinasi ni bagus. Bak kata Albert Einstein; "Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere". So... Dah lapangkan fikiran? Jom! Kira berimajinasi! Jeng, jennng-jeng-jeng, jennng-jeng-jeng, jennng-jeng-jeng... (berlatar suarakan lagu Darth Vader :D
*Krik krik krikkk...
Kejatuhan hidup ini ibarat satu situasi dimana ketika kita sedang terjatuh ke dalam satu lubang yang gelap dan terlalu dalam. Sangat dalam dan jauh ke dalam yang memang dalam yang teramat dalam. Dalamnya itu tak dapat kita bayangkan walau kita fikir sedalam mana pun kerana ia memang dalam seperti sepanjang perjalanan hidup kita. Haaa... Tu dia... Bertapa dalamnya dan jauhnya perjalanan hidup kita. Lubang yang bergitu dalam tersebut turut dikelilingi tangan dan akar kayu (faham2 je lah. Macam dalam movie tu..) yang tersedia membantu kita untuk naik semula.
Disaat kita mula jatuh itu, kita tersentap, meronta-ronta, dan buntu kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita dibawah. Semasa meronta itu kita lihat diatas, jalan keluar kita semakin jauh meninggalkan kita. Tapi kita sedar dan tahu bahawa setiap yang jatuh mesti ada cara untuk naik. Kita melihat sekeliling kita, terdapat tangan-tangan dan akar pokok tersedia pada dinding lubang itu.
Disini kita mula menilai diri kita, jika kita mahu bangkit semula, sudah pasti kita akan berpaut pada tangan atau akar yang tersedia. Jika tidak, Sudah pastilah kita akan jatuh dan terus terjatuh sehingga lenyap jalan keluar dari mata kita.
Maka, berpautlah pada tangan-tangan jika kita nilai diri kita ini tidak kuat untuk naik bersendirian, dan berpautlah pada akar pokok jika kita nilai diri kita ini mampu untuk naik sendirian tanpa bantuan orang lain.
Sekian, itu sahaja yang aku nak ajak korang ber-imajinasi tentang hidup ni. Hehehe...
No comments:
Post a Comment