Pages

Kempen Pilihan Rayu : "Pembulian Siber"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat Malaysia.

Sempena PRU yang tak lama lagi menjelang ni, aku selaku wakil Parti Sampai Pagi nak berkempen sikitlah. Harap apa yang aku kempenkan ni dapat membuka mata, dan minda si macai2, si bangang2 yang berada kat luar sana. Bagi yang bukan macai2 atau bangang2 tu, tak payah la buka semua tu lagi. Aku cuma nak ucapkan tahniah je la sebab dah berfikir dengan bijak serta beri semangat dan sokongan padu terhadap kempen aku ni. Dalam teks ucapan aku ni, aku tak tidur malam 2 hari beb. Sebab fikirkan strategi mcm mana nak sedarkan macai2 dan bangang2 kat luar sana tu.

Hari demi hari aku termenung, sambil ditiupi angin sepoi2 bahasa ibunda, dilindungi rimbunan daun pokok apple, nasib aku baik sebab takde apple yang jatuh atas kepala. Kalau tak, aku dah keluarkan aku punya law macam Isaac Newton.

Baiklah, kita mulakan. Kempen yang aku nak hujahkan ni bertajuk, "Hentikan Pembulian Siber!". Haaaa... Apa itu pembulian siber? Dalam bahasa internasionalnya, ia berbunyi Cyber-bullying, tiada kaitan dengan Cyberjaya mahupun Cyber Cop (zaman kanak-kanak generasi aku, tahu lah cerita Cyber Cop ni. Memang layan! Stylo! Haha). Krik krik krik..

Ok, dunia pernah digegarkan dengan kes kematian akibat pembulian menerusi bermacam cara serta sudut. Dalam teks aku kali ni, aku nak gossip pasal pembulian dari segi siber. Pembulian jenis ini bergerak secara halus iaitu melalui teknologi moden seperti telefon bimbit, komputer riba, lama sosial, dan lain-lain. Jenayah ini juga boleh dikategorikan sebagai penyalah gunaan teknologi dimana ia digunakan untuk membuli orang.

Bagi aku (dan mungkin secara majoriti manusia di dunia) mahu membanteras jenayah ini. Namun aku percaya bahawa jenayah ini sukar untuk dibanteras kerana teknologi dunia ni terlalu luas penggunaannya. NAMUN! Kita yang membangkang jenayah ini mampu mematahkan tindakkan si bangang2, serta macai2 yang cuba melakukan jenayah ini.

Mangsa-mangsa pembulian ini selalunya akan menerima banyak cacian, makian, kutukkan, sindiran, dan kritikan yang tak membangun menerusi teknologi seperti SMS, email, IM, social network, edaran poster atau gambar si mangsa yang telah di-edit yang ber-caption-kan sesuatu yang buruk kepada semua manusia di dunia ini. Ia boleh dikategorikan sebagai membuli apabila si mangsa tidak menimbulkan apa-apa kesalahan pun, namun ada macai yang sengaja mempermainkan mangsa dengan bertujuan; dia ingat dia hebat sangat serta untuk keseronokkan.

Dari sudut pandangan aku, macai2, bangang2 macam ni selalunya bertindak seperti berikut kerana cemburu dengan pencapaian atau kelebihan yang dimiliki mangsa. Lagi-lagi mangsa yang lemah. Kalau tak lemah, sure-lah macai2, bangang2 tu kena buli balik.

Aku percaya mungkin ramai diantara manusia pernah menonton atau mendengar berita atau cerita dari mana-mana media massa mengenai kes kematian akibat pembulian siber. Bagi yang tak pernah tu, aku ada sediakan satu video untuk tatapan anda. Hayati.



Dah tengok? Baguslah. Video ini pun menerangkan situasi sebenar dan menjelaskan apa itu pembulian siber. Amacam? Suka tak kalau perkara macam ni berlaku mungkin dalam ahli keluarga korang atau sesiapa yang korang sangat rapat serta sayangi? Jawapannya...... PASTI TIDAK! Ya!!! TIDAK!!!

Anda! Kamu kamu kamu.. Masih belum terlambat untuk mematahkan niat jahat si macai jika anda dapat rasakan bahawa seseorang itu dibuli menerusi teknologi. Ayuh! Bantulah mereka. Cegah buli, kasi pijak sama itu pembuli dengan cara "PSYCHO" (cara tenang). 

Disini juga aku lampirkan sekali satu poster yang menjawab persoalan "Bagaiman nak tolong mereka yang menjadi mangsa pembulian siber ni ya?". Psssttt.... Poster ni aku yang design. Hehe... Cantik tak? Krik krik krik..




AYUH! Kita sama-sama hentikan pembulian ini. Tak kira dari segi apa pun jenis buli tu, KITA BULI BALIK!! Haha.. Ape barang buli jenis ni. Tak puas hati? Nak fight? Jom la one-by-one.. Baru lelaki sejati...



STK

Undilah saya untuk PRU nanti.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment