Pages

Cerita semasa kecil 2



Seronok bila baca benda ni dan teringat balik kenangan zaman kanak-kanak. haha :D
 

Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.


Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 
 


Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 
 

Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.


Lukis burung guna huruf 'm'. 
 


Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 
 


Masa kecil fikir bentuk hati sebenar macam simbol love.
 


Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 
 


Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
 


Fikir dunia kartun memang wujud. 

Makan singgam (chewing gum). Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tattoo (sementara) kat tangan. 

Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.



Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

Susun kusyen dan buat seni binaan. 

Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki. 

Kawan terpijak kasut sekolah , lepas tu pijak kasut dia balik. 

Lepas habis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS, Titik-titik, buat karakter Digimon. 

Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya, tak bagi kawan tiup takut tumpul, gesel2 atas lantai kasi panas pastu kenekan kat kulit kawan. Itu style! haha 

Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak. (krik krik krikkk)

Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja. 

Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring. 

Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang. Dah besar sikit amek cecair kat lilin letak kat tangan biar sampai keras.



Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha 

Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu

Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin. 

Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ta Ya Pa Wau (dulu aku ingat orang cakap "Tayar Power")..haha 

Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut. 

Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa-rupanya atas katil! Hahahaha...

korang pernah alami tak? bagi komen sikit . juga ada tambahan lagi ke? :)


Copy dari Facebook

No comments:

Post a Comment