Nama aku Khairul Aizuddin Ridza. Orang ramai memanggil aku Eroul. Hari ini keadaan sejuk mengelilingi aku lagi. Mungkin sepanjang musim ini adalah hari sejuk bagi diri aku. Satu pagi yang hening, angin bertiup sayu dari arah depan ku. Jaket yang ku pakai tanpa membutangi ia berkibaran ke arah belakang. Gugusan daun kering yang terkumpul ditepi berterbangan bersepah. Aku menoleh kea rah seseorang yang berdekatan dengannya. Seorang pakcik menepuk dahinya melihat daunan kering itu berterbangan. Dalam perjalanan aku untuk menghadiri sebuah upacara kedamaian antara puak Ae dan puak Bie.
Kedamaian ini tercapai juga setelah hampir setahun puak yang aku join iaitu puak Ae, berselisihan faham dengan puak Bie. Hari ini juga, aku bersama sepucuk pistol yang diberikan oleh abang aku sebagai pertahanan sekiranya berlaku sesuatu yang tak terduga semasa kedamaian. Tapi didalam hati aku, aku berharap perkara itu tidak akan berlaku, dan aku yakin semuanya berjalan lancar.
Setibanya aku ke lokasi yang telah ditetapkan, kelihatan beratus orang berbaju hitam berkumpul. Aku juga berbaju hitam. Ini bermakna, aku bersama mereka. Tiada orang awam di restoran mamak itu. Orang awam yang berhampiran hanya mampu melihat keadaan yang kemungkinan pelik bagi mereka dalam situasi begini. Aku terus menuju ke arah abang ku untuk mempertahankan dia.
Tidak lama kemudian, kedengaran berpuluh kereta tiba dengan pantas lalu meletakkan kenderaan empat roda itu di hadapan gerai yang kami berkumpul. Beratusan orang berbaju merah keluar pantas dari setiap kenderaan. Itu adalah puak Bie. Ada yang tinggi, besar, kecil, dan rendah. Aku melihat pada adik-beradik puak aku, aku tersengih. Standing dengan apa yang aku bawa.
Seseorang dari puak Bie berjalan dihadapan sekali. Bermuka bengis. Menghampiri meja yang telah disusun panjang. Aku dan adik-beradik yang lain bersedia untuk keselamatan abang aku yang sedang duduk menanti abang puak Bie. Saingan mata antara adik-beradik puak Ae dan Bie begitu tajam. Abang puak Bie duduk di hadapan abang puak Ae. Pekerja restoran dipanggil untuk memesan air. Air minum kopi ‘O’ dipesan oleh kedua-dua pihak. Setelah pesanan dibuat, maka bermulalah perbicaraan antara dua pihak.
Aku tidak dapat focus pada perbualan dan pergerakan sulit yang dilakukan kerana aku asyik memerhati adik-beradik puak Bie yang pernah hamper ku tamat akan riwayatnya kerana dengan sengaja memukul aku. Hamper 10 minit perbicaraan, tiba-tiba kedengaran hentakan meja yang begitu kuat. Aku yang sedang berlawan mata tersentak lalu melihat apa yang berlaku. Abang puak Bie begitu marah. Aku idak tahu apa yang berlaku. Piring cawan kopi ‘O’ diterbalikkan olehnya, mata aku terbeliak besar. Seseorang dari puak Bie menjerit dengan kuat, aku melihat kepada orang yang menjerit itu.
Tiba-tiba meja dihadapan abang puak Ae dan puak Bie terbalik. Suasana huru-hara berlaku begitu pantas. Aku hanya dapat menarik abang puak ku kebelakang untuk mempertahankannya dan sempat menyerang beberapa orang dari puak Bie yang cuba menyerang abang ku. Aku berlari bersama lagi tiga adik-beradik ku mengawasi abangku menuju ke kenderaan yang kami naiki. Sementara adik-beradik yang lain mempertahankan diri. Aku memandu kereta keluar dari lokasi tersebut. Keadaan yang begitu riuh dan sesak dengan ratusan orang menyukarkan aku untuk pandu keluar dari kawasan itu. Lalu aku membuka tingkap di bahagian ku, dan menyeluk sesuatu dari dalam jaket ku. Ku mengeluarkan sepucuk pistol yang diberikan oleh abang ku, dan melepaskan sedas tembakkan ke udara.
Keadaan huru-hara yang riuh terhenti seketika dan orang ramai berlari untuk menyelamatkan diri. Jalan yang sesak terus lengang selepas tembakkan aku. Lalu aku menekan minyak dan bergerak laju meninggalkan kawasan itu. Dalam perjalanan pulang, abang ku memesan kepada ku untuk berjaga-jaga. Aku menganggukkan kepala tanda aku mengerti pesanannya itu.
Setelah menghantar abang ku pulang, aku mendapat satu SMS kecemasan dari adik beradik ku. Aku bergegas menuju. Sebaik sahaja sampai ke lokasi, kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di atas jalanan yang basah. Aku menghentikan kenderaanku. Aku menghampiri lelaki itu, aku dalam perjalanan menuju kea rah lelaki tersebut, aku melihat sekeliling untuk mencari adik beradik ku. Namu tiada siapa yang dapat ku lihat. Hanya keluhan sakit dari lelaki itu. Setelah aku berada hamper dengan lelaki itu, aku mencangkung, lalu menarik bahu lelaki itu yang sedang meniarap. Sebaik sahaja aku menarik, aku tersentak. Satu tumbukan pantas menuju ke pipi aku. Aku terjatuh kebelakang. Rupanya lelaki itu adalah orang yang pernah memukul aku iaitu dari puak Bie.
Lalu lelaki itu bangun menghampiri aku yang terbaring. Sudut mata aku menangkap bayangan orang yang keluar dari satu sudut yang gelap. Aku menoleh padangan aku, aku melihat seorang adik beradik ku dipegang oleh beberapa orang puak Bie. Muka adik beradik ku dilumuri darah dengan parut calar-calar yang hamper mengelilingi seluruh mukanya. Aku menjerit namanya. Tanpa disedari, aku dipukul oleh lelaki tadi dengan sebatang kayu baseball. Aku terpusing meniarap. Didalam telinga aku, kedengaran tapak kakinya menghampiri aku. Bebelan lelaki itu hanya mengungkit kisah lama yang tidak dia puas hati. Aku cuba bangun. Tetapi belakang aku dipijak lelaki itu dengan kaki kanan sambil diletaknya kayu bet di atas kepala aku. Aku terdiam.
Di dalam hati aku, aku memikirkan apa yang harus aku lakukan. Aku memejam mata dan mengimbau perjuangan aku. Aku membayangkan keadaan lelaki itu. Tidak lama aku memejam mata, aku bertekad untuk membalas tidakkan mereka. Aku bertekad, apa yang akan terjadi, aku berserah pada-Nya. Aku memusingkan badan aku dengan pantas dan menahan kaki lelaki itu lalu aku menumbuk di bahagian belakang pelipat lututnya. Sebaik sahaja aku menumbuk pelipatnya, aku masih memegang kaki kanannya. Dalam keadaan masih berbaring, aku tidak ternanti-nanti, kaki kiriku menyepak pelipat kaki kirinya, lalu aku mengangkat kaki kanan ku dan membidas ia ke dada lelaki itu. Lelaki itu tumbang akibat hilang keseimbangan. Aku bangun laju dan menyentap bet dari tangan lelaki itu.
Ahli puak Bie yang lain cuba menyerang aku. Namun terhenti apabila aku terpaksa mengeluarkan pistol yang berada didalam jaket aku. Aku megacukan kearah setiap seorang. Dalam masa yang sama, lelaki tadi bangun dengan perlahan. Aku bertukar arah penglihatan berulang kali antara ahli puak Bie yang lain, dengan lelaki itu.
Tiba-tiba kami semua digegari oleh beberapa das tembakkan. Semua tertunduk. Aku pelik. Sedangkan aku tidak melepaskan tembakkan walaupun sedas. Aku melihat sekeliling. Seorang gadis menghampiri aku. Aku gementar kerana tidak ku kenal dari baying gadis itu. Dalam masa yang sama, aku bertambah runsing apabila sekeliling aku dan gadis itu menjadi kabur. Kini aku hanya melihat dirinya sahaja. Puak Bie tidak lagi aku kelihatan. Aku masih melihat gadis itu untuk mengesan pergerakkan jikalau aku mengenalinya.
Semakin dia menghampiri, aku dapat mengecam. Aku bagaikan mengenali pergerakkan gadis itu. Aku tergama apabila dia sudah hamper dengan aku. Dia memanggil aku dan berkata sesuatu. Aku tersentak. Mengapa dalam situasi begini, dia boleh berkata begitu? Tidak lama kemudian, aku tamat riwayat disana kerna gadis itu berkata “ADIN! Bangun! Dah pukul berapa ni!”. Rupanya aku didalam mimpi ku. Ibu ku datang mengejutkan dengan mengetuk pintu beberapa kali sebelum datang mengejutku. TQ
No comments:
Post a Comment