PERHATIAN:
Cerkon(cerita kontot) ini adalah kebetulan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Ini hanyalah adaptasi sebuah mimpi yang cambest ;-P
Di suatu pagi yang hening , Matahari memancarkan sinar UV ke arah sebuah hospital besar di daerah Wilayah Strawberi. Antara beribu tingkap yang terbina di sekeliling hospital itu, hanya sebuah tingkap sahaja yang sering tertutup sejak dari mula dihuni pesakit wad itu. Pesakit yang merupakan seorang gadis remaja dalam lingkungan 20 tahun tidak pernah mengalah untuk melawan sakit yang menimpanya itu. Sakit kanser yang dialaminya amat sukar untuk diubati. Pihak hospital telah berusaha untuk mengubatnya, namun tiada seorang pun yang berjaya sehingga dia diberitahu bahawa dia hanya mampu untuk hidup selama satu bulan. Berita itu tidak dapat diterimanya lalu menyebabkan dia sering mengalirkan air mata yang penuh bermakna untuk kali terakhir dia menangis.
Dia dibenarkan pulang ke rumah setelah diberitahu khabar sedih itu. Doctor menasihatinya agar mengurangkan keluar di siang hari kerana kesan dari sinaran UV matahari amat merbahayakannya. Ketika dalam perjalan pulang ke rumah, dia secara tidak sengaja terlihat sebuah kedai cakera padat yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, iaitu sebelum dia dimasukan ke hospital selama 15 bulan. Dia meminta kakaknya,yang selalu membawanya kemana sahaja sejak kedua ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu, untuk berhenti di kedai cakera padat itu. Dia yang sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke kedai, berjalan teragak-agak kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke kedai baru itu. Dia melihat sekeliling. Tanpa berkata apa-apa. Sehingga dia terserempak dengan seorang pelayan di kedai itu. Pelayan itu yang menuju ke arahnya lalu bertanyakan sesuatu kepadanya. Namun gadis itu terkaku. Beberapa saat kemudian, gadis itu mengambil cakera padat lagu yang berhampiran dengannya lalu menyerahkan ia kepada pelayan tersebut. Pelayan lelaki yang kacak itu tersenyum dan memberitahu bahawa dia suka akan lagu-lagu yang ada di cakera padat kompilasi lagu indie yang telah diambil oleh gadis itu. Gadis itu hanya mampu tersenyum malu ;-) . setelah dibelinya cakera padat itu, gadis itu melangkah keluar dari kedai itu dengan penuh gembira. Dia keluar sambil memeluk akan plastik yang mengandungi cakera padat itu. Dia dapat merasakan bahawa dia telah suka akan pelayan itu. Tetapi gadis itu enggan memberitahu perasaannya itu kerana ditakuti pelayan itu tidak membalasnya.
Apabila tiba dirumah, gadis itu terus menyimpan cakera padat yang dibelinya tadi kerana dia tidak mahu berasa sedih. Dia tahu bahawa dia tidak akan lama didunia yang sementara ini. Dia harus bergembira sahaja sepanjang hari. Sejak dari itu, setiap hari gadis itu pergi ke kedai cakera padat yang sama untuk membeli cakera padat supaya dia dapat berbual dengan pelayan lelaki yang kacak itu. Setelah sebulan dia meninggal dunia, kakaknya pula yang sering ke kedai itu atas permintaan gadis itu. Pelayan lelaki itu lalu bertanya kepada kakak gadis itu tentang adiknya. Kakak gadis itu memberitahu bahawa adiknya telah meninggal dunia dan membawa lelaki itu ke bilik adiknya itu. Sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam bilik gadis itu, dia terkejut melihat cakera-cakera padat yang dibeli oleh gadis itu dari kedainya tidak dibuka. Lelaki itu menangis. Kakak gadis itu pelik lalu bertanyakan mengapa lelaki itu menangis?
Lelaki itu menjelaskan bahawa dia telah meniggalkan sepucuk surat cintanya yang penuh dengan puisi manis di setiap cakera padat yang dibeli oleh gadis itu supaya gadis itu tahu akan cintanya terhadap gadis itu amat teguh.
cewahhh
ReplyDeletegiler sedeyh citer..