Pages

Beri Anak Kecil Peluang


Acap kali aku melihat di dada-dada akhbar memaparkan berita mengenai kehilangan anak kecil, pembunuhan anak kecil, penderaan anak kecil, dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan anak kecil. Kenapa anak kecil? Aku menggelarkan perilaku yang keterlaluan ini sebagai jenayah . Aku sebak melihat berita macam tu. Kenapa kita mesti mahu melibatkan anak kecil yang masih baru mahu mengenal dunia?

Kita kena faham bahawa mereka baru mahu kenal dunia ini bagaimana. Aku kadang-kadang keliru, siapakah yang yang baru kenal dunia? Kalau korang nak salahkan anak kecil, korang fikir dulu diri korang masa kecil dulu macam mana? Sama sahaja! Mahu mengajar itu ada hadnya. Bukan sehingga ada pendarahan atau lebam-lebam pada badan!

Aku ada adik angkat kecil yang kini berusia 5 tahun. Ya, aku akui memang sukar untuk menjaga. Tapi aku tidak pernah sekali mendera dia. Kerana aku tahu siapa aku, dan siapa dia. Berapa had kekuatan aku, dan berapa had kekuatan dia boleh terima. Sampai mana dia mampu bertahan. Sebab itu agama kita mengajar untuk bersabar. Belajar untuk bersabar! Walau nakal atau degil mana pun dia, ketahui tahap pengajaran yang mereka boleh terima. Kalau kau, si anu dan si polan yang tidak mahu terjerumus dalam jenayah ini; jangan nak berangan untuk ada anak kecil. Nak sangat tunjuk kekuatan, carilah insan yang sama level, bukan anak kecil! Mereka yang menunjukkan kekuatan begitu, ibarat pengecut yang tidak boleh menerima kekalahan.

Ingatlah, mereka baru mahu kenal dunia... beri mereka peluang... Si pembunuh atau penculik, fikirkan jauh-jauh... Pada mulanya YA! Kau telah merancang agar mudah untuk lari dari anggota keselamatan. Lambat laun akan kantoi jugak. Persis pepatah melayu; "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".

Tolonglah sayangi anak kecil. Beri mereka peluang untuk melihat dan merasai bagaimana gembiranya ketika zaman kanak-kanak. Siapa tahu jika dididik atau diberi layanan yang berpatutan, bila dewasa kelak dia merupakan insan yang berguna untuk kita?

Akhir kata, aku pernah terdengar kata yang menarik telinga aku. Bunyinya lebih kurang macam ni; "Sesungguhnya manusia yang gagah adalah manusia yang berjaya mengawal kemarahannya"



STK.