Pages

Hati Ini (bhg. dua)

angin meniup menegakkan roma,
hati di dada minta sesuatu.
lihatlah dia jika merindu,
maka si mata melihat dia.

bibir tersenyum kerana mata,
hati pun senang kerana mata.
jari menurut katanya sendiri,
diteruskan perjalanan melihat dia.


dalam melihat tiba terdiam,
diminta berhenti kata si hati.
degilnya jari ingin teruskan,
maka berperang dek hati dan jari.

bibir terdiam tidak berubah,
tetap tersenyum ikutkan mata.
hati menunduk berasa sedih,
jari terdiam dimarah mata.


mata membasah pipi menahan,
hati menangis ingin berlari.
dipujuk jari tidak berjaya,
terus terdiam kesemua mereka.

hati perlahan berkata-kata...

"dalam ini, mengapa aku?
mengapa aku yang selalu perit?
tidak cukupkah lembut yang ku beri?
dia pergi menyiksa aku.

tidak ku didik jasad ku ini.
untuk mendusta mahupun dayus.
telah ku jujur tidak dilihat.
mungkinkah kerna aku disini?!

wahai jasadku,
katakanlah! pinta dia melihat aku.
belah lah dadamu berikan padanya,
agar dilihat jujurnya aku.

namun tak daya ku begitu,
kerana enggan membunuh diri.
aku terdiam disini tidak beralih,
seperti kalian dapat melihat.

adakah indah dunia disana?
kerana aku tidak tahu.
aku dibiarkan didalam dada.
gelap gelita menanggung kamu semua"


mata, jari, bibir terdiam,
melihat derita si hati mereka.
pentingnya untuk fahami hati,
kerana ia mengawal semua

No comments:

Post a Comment