Pages

Surat Untuk Dia

Kenapa I rapat dengan you?

Hurm, berat bagi I untuk jawab soalan tu you. I bukan berat nak jawab sebab ia rumit, tapi I berat nak jawab sebab terlalu banyak faktornya. Tapi memandangkan bukan selalu I berpeluang untuk menjelaskannya, dalam nota ni I akan menjelaskan kat you semuanya dan jujurnya kenapa I mahu rapat sangat dengan you.

Ok, first time I kenal adik you petengahan tahun 2007, I rasa sangat seronok sebab I tertarik dengan penampilan dia. Sungguh cantik. I ada rasa suka dengan dia. Tapi masa tu dia dah ada boyfriend. Jadi apa yang kitorang mampu buat masa tu, I dengan adik you menjadi sepasang scandal. Masa ni I masih jahat lagi. Ada sedikit perwatakkan sebagai seorang playboy. Hahaha.

Tapi berkenalan dengan adik you betul-betul menarik hati I untuk kenal dia dengan lebih rapat. Maksud I, termasuk kenal dengan you, dan satu keluarga you. Sampai ada satu masa dia pernah dengan sengaja merapatkan I dengan you. Tapi I segan. Yela, I pun masa tu tak kenal you sangat dan you pun dah ada boyfriend.

Ingat lagi tak masa kali pertama I datang raya rumah you tahun 2008? Itulah first time I nampak you dan mak you kenal siapa Eroul disebalik cerita yang adik you pernah ceritakan kat mak. Tapi sebenarnya itu adalah kali ketiga I jumpa dengan adik you sebab sebelum ni I pernah jumpa adik you, tapi I tak nak tunjuk muka kat keluarga you sebab I ni seorang yang pemalu sikit. :)

I masih ingat masa tu you mungkin tak lihat I langsung. Mungkin you tak perasan kehadiran I sebab masa tu you dengan boyfriend you sekali. Tapi I tak kisah tentang itu sebab tujuan I datang pun untuk mengikat tali persaudaraan antara I dengan keluarga you. I sebenarnya sangat segan masa tu. Tapi I telah bertekad untuk kenalkan diri I kat keluarga you. Yup! I gembira. Sebab mak berikan layanan yang baik kat I untuk kali pertama berjumpa.

Tidak lama kemudian pada awal tahun 2009, I agak berdiam diri seketika dengan adik you dan mak. Masa ni I sudah selesa dan rapat dengan keluarga you termasuk dengan mak. Punca I berdiam diri masa tu adalah sebab I telah berpasangan dengan seorang gadis. Tidak lama dengan gadis tu, I begitu sakit sekali dan I tak tahu secara tiba-tiba I rasa nak ubah diri I. I cakap kat diri I yang lepas ni I tak nak cari girlfriend yang hanya couple untuk memegang status dan menunjuk sahaja. I mahu cari seseorang yang benar-benar ingin bercinta dengan I. Bukan untuk jangka masa yang singkat, tapi untuk jangka masa yang sangat lama. Sebab sebelum ni, I tak pernah berfikir macam tu pun. Sebelum ni, kalau I putus hari ini, esok atau lusa confirm I ada gadis yang baru. Tapi itu dulu punya cerita.

Selepas itu juga adik you ada cari I. I tak tahu apa puncanya, rupanya mak bagitahu I yang adik you dah broke up dengan boyfriend dia. Jadi I pun… faham-faham lah you kan kalau I pernah suka dengan dia, semestinya I mahukan dia. Hehehe… I tahu serba sedikit masalah adik you dengan ex-boyfriend dia sebab sebelum ni adik you pernah kongsi cerita dengan I. Tapi peluang I untuk bersama adik you tak kesampaian apabila tiba-tiba I dapat tahu yang adik you dah ada boyfriend baru dan I pernah dengar tentang pujangga itu dari adik you sendiri sebelum ini. Tapi bagi I, itu bukan masalah besar kerana takdir telah menentukannya dan I harus menerima dan tempuhinya.

Jadi I mendiamkan diri semula kerana I agak sibuk dengan pembelajaran I. Namun ada satu ketika, I tiba-tiba terfikir tentang ingin tahu antara banyak-banyak kenalan wanita I, yang mana satukah yang paling rapat dengan I. Agak lama I fikir tentang ni, akhirnya I dapati bahawa mengenali adik you adalah yang terbaik dan paling rapat daam hidup I sebab antara adik you dengan I, kami tak pernah sama sekali berselisihan faham, bergaduh mulut dan lain-lain. Ia ibarat semuanya berjalan lancar dalam persahabatan kami. Lebih-lebih lagi bila I diberi peluang untuk kenali dia dengan lebih rapat termasuk mengenali mak, you, dan adik paling kecil you. Tambahan pula, kenali adik you juga adalah satu-satunya kenalan yang I rapat dengan kesemua ahli keluarganya. Tak ada kenalan I yang lain yang I rapat dengan keluarganya. Dan tidak lama itu you mula muncul dalam cerita I apabila kita saling tegur-menegur dan bertukar nombor talifon melalui satu laman sosial. Tambahan pula, adik paling kecil you juga mula mengenali I. I seronok sangat kerana semuanya melayan I dengan baik. Bagaikan sudah wujud satu keluarga.

Pada akhir tahun 2009 ketika Hari Raya Aidilfitri, mengunjungi rumah you ibarat satu kewajiban bagi I kerana I mahu mengukuhkan pertalian ini walaupun hanya sebagai kenalan biasa. Pada masa ini I tidak Nampak you di rumah. I tidak tahu mengapa, dan jenis I, I tidak suka busybody. Mungkin nanti I akan tahu juga. Jadi I raya seperti biasa dilayani oleh adik you dan mak.

Lama you mendiamkan diri. Kini sudah tahun 2010. I hanya mampu mediamkan diri kerana I lebih suka begitu untuk menenteramkan diri I. Sampai satu masa, mak pertama kali meminta pertolongan I. I tidak keberatan untuk membantu kerana I telah menganggap mak seperti ibu kandung I sendiri. Walaupun mak meminta pertolongan dengan I dalam masa yang singkat, itu bukan halangan untuk I memberi bantuan. I sanggup korbankan masa dan usaha untuk membantu. Masa ni, mak nak melawat adik you yang ada kat PLKN berhampiran dengan pusat pengajian I. Ini saat yang begitu lucu bagi I kerana pelbagai perkara yang memalukan telah berlaku antaranya I tak mandi pagi, serta minyak kereta yang I pandu boleh habis pula. Hahaha.

Ketika menjemput you di Bidor, I terlihat you sedang membimbing satu cahaya. Seperti yang I telah bagitahu, I ini bukan jenis busybody. Jadi I tidak banyak bertanya walaupun dalam fikiran I ada yang tertanya-tanya. Pelbagai andaian I fikirkan tapi I hanya mendiamkan diri sahaja kerana bersama you juga ada seorang pujangga yang tidak I kenali. I terus memberikan bantuan kepada you dan semua. Setelah itu, I begitu puas hati dan gembira dapat membantu mak dan secara tidak langsung melepaskan sedikit rindu pada kamu semua.

Persoalan tadi terus bermain dalam fikiran I. sehingga satu detik I diberi peluang untuk bertanya, I bertanya kepada you dan you menjelaskan segalanya. Ketika ini, I begitu terpaku. Air mata I hampir mengalir namun I tahan. Satu badan I meremang bulunya. I sedih dan berniat untuk menjaga you. Mungkin I pernah terlepas cakap tentang I mahu menjaga you, tapi I tahu you tidak ambil serious kerana I juga sengaja berkelakuan seolah tidak mahu bagi you harapan. Jadi fikiran I mula memanjang tentang itu. Kerana I mula sayangkan you dan cahaya yang hadir.

Namun rasa hati I ada kalanya terganggu akibat perubahan emosi you. Tapi bagi I, itu bukan satu masalah kerana I fahami keadaan you. Walaupun ada kalanya juga yang menghalang pendekatan I untuk bersama dengan cahaya you, I hanya mampu bersabar. I rasa senang apabila you mengongsi masalah you dengan I kerana I tidak mahu you jatuh akibat tidak larat memikul bebanan yang mengganggu you. I rela memikul ia dari membiarkan you rebah.

Dan sampai suatu hari di bulan yang mulia, I berpeluang untuk besama cahaya yang semakin terang. Rasa sungguh gembira dan sayangnya I ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Kini hidup I bagaikan berubah serta-merta apabila I makin senang melawat you dan keluarga di sana dari melepak di Kuala Lumpur. Sehinggakan keluarga I memikirkan bahawa orang yang I temui ini adalah girlfriend I kerana mereka pernah menghantar I ke rumah you untuk hari raya pada tahun 2009. Tapi I hanya memberikan senyuman. I pernah berkata pada diri I, walau apa pun yang terjadi, I mahukan hubungan I dengan keluarga ini diteruskan. Walaupun dianggap sebagai keluarga angkat kerana I sayangkan semua. I tidak kisah jika I tak ada girlfriend, sebab I ada keluarga ini.

Inilah sebabnya kenapa I mahu rapat sangat dengan you. Tiada yang berhati hitam, namun semuanya kerana keikhlasan dari I untuk you. I doakan hubungan ini tiada titik noktahnya. Amin…



Yang Benar,
Eroul

No comments:

Post a Comment