berjalan aku melihat dunia.
pelbagai rentak aku renungkan.
ada yang suka, ada yang duka.
tidak ku tahu, mana yang perlu.
jika ku suka, ada yang lihat,
namun dilihat hanya poketku.
jika ku duka, ada yang undur,
namun diundur kerna dihina.
apa sukar mereka kesusahan?!
atau tidak pernah sekali merasa?
hidup sebenar bukannya senang,
jika yang senang, sebelumnya berat.
terus lagi aku berjalan,
singgah sebentar untuk secawan.
menanti masa ku tiada lagi,
masih melihat dunia yang nyata.
sebelum berlalu ku harap sesuatu,
agar dirimu rasa apa yang ku rasa
No comments:
Post a Comment