Ali dan Abu telah
memenangi percutian
selama 3 hari 2 malam
menaiki Europe Cruise.
Mereka menuju ke syarikat
tersebut untuk menebus tiket mereka.
Oleh kerana terlalu gembira,
Ali tertinggal kunci kereta
dalam keretanya.
Menyedari kesilapan itu,
lalu dia mencadangkan satu idea.
"Apa kata kita gunakan penyangkut
baju untuk buka pintu kereta?"
"Tak boleh!" jawab Abu selamba.
"Nanti orang fikir kita terlalu
benak... sampai gunakan penyangkut baju."
Tapi Ali penuh yakin.
"Hah! aku dah dapat idea.
Apa kata kalau kita guna pisau?
Kita potong getah pintu kereta ini,
kemudian kita masukkan jari untuk
tarik kunci tingkap."
"Tak boleh... Nanti oarng fikir kita hendak
curi kereta." Jawab Abu dengan tenang.
"Cepatlah fikir!" Jerit Ali.
"kita mesti fikir cepat,
hujan dah nak turun... sunroof
pulak terbuka tu!!!"
No comments:
Post a Comment