Jalan cerita dia agak menarik walaupun simple. Mengisarkan tentang cinta 3 segi yang tidak menjadi. Watak-watak nya adalah Eroul (aku sendiri), Myra (Adik Eroul Jr), dan Syakir (kawan Eroul Jr). Dalam cerita tu, aku digandingkan dengan Myra dimana kami adalah sepasang kekasih yang telah lama terpisah, kemudian kami ditakdirkan bertemu semula di satu tempat (Taman KLCC). Ketika bertemu tu, kami ibarat ingin bersama semula. Namun terhalang dengan kehadiran seorang pujangga lain (lakonan Syakir) yang membawa Myra pergi jauh dari aku. Aku yang kembali kecewa pusing ke belakang dan pergi setelah lama terpaku melihat Myra dibawa lari Syakir. Akibatnya, hajat aku dan Myra untuk bersama semula terlerai. Tidak lama aku beransur, tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seseorang dari belakang. kelihatan Myra yang menariknya. Dia ibarat telah membuat keputusan untuk terus bersama semula dengan aku dan meninggalkan Syakir. Kami pun bersama akhirnya dan kelihatan Syakir pula kecewa. Begitulah jalan cerita VC ini.
Boleh tahan jugak penatnya sebab nak siapkan shoot VC dalam 1 hari yang bermula lebih kurang pukul 4:30PM sehingga 6:15PM, 26hb March 2011. Sepanjang pengambaran, semuanya berjalan lancar. Pemilihan tempat di taman KLCC juga memberi hiasan dan suasana yang padan dalam jalan cerita. bagus tuan dairekto (director) si En. Firul. haha
Setelah tamat pengambaran, kitorang semua pergi lepak minum kat food court sebelah entrance Aquaria. Dalam masa tengah lepak-lepak minum. aku dengan firul entah macam mana tiba-tiba terborak tentang muzik. dalam tengah kitorang berborak tu, aku tiba-tiba terdengar suara Myra yang bertanyakan tentang aku kepada Eroul Jr. lalu aku pun menoleh kearah mereka. Mereka memandang aku dan Eroul Jr memberitahu aku bahawa Myra lah seorang gadis yang pernah diceritakan kat aku, dimana dia meminati hasil karya lagu aku, terutamanya lagu "Hope". dia juga bagitahu yang lagu aku tu ada dalam handphone dia sekarang. setelah mendengar kata itu aku dengan pantas terkejut lalu berkata "wowwwww..... betul ke ni?". hahaha.
Lagu yang telah dicipta sekitar bulan Jun 2010
Iya lah, pertama kalinya aku mendapat tahu lagu aku sendiri di dalam handphone orang. kalau tak, selalunya aku tahu lagu-lagu orang lain yang akan ada dalam handphone orang. tapi ini tidak, lagu hasil ciptaan aku sendiri di dalam handphone orang. dia menyatakan bahawa dia benar-benar tertarik dengan rentak dan lirik lagu itu. masa tu aku betul-betul rasa terharu sangat. masa tu jugak aku macam tak percaya itu berlaku. terima kasih Myra kerana menyokong aku untuk terus berkarya dengan cara Myra yang memiliki lagu aku dalam handphonenya. :)