Pages

Kempen Pilihan Rayu : "Pembulian Siber"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat Malaysia.

Sempena PRU yang tak lama lagi menjelang ni, aku selaku wakil Parti Sampai Pagi nak berkempen sikitlah. Harap apa yang aku kempenkan ni dapat membuka mata, dan minda si macai2, si bangang2 yang berada kat luar sana. Bagi yang bukan macai2 atau bangang2 tu, tak payah la buka semua tu lagi. Aku cuma nak ucapkan tahniah je la sebab dah berfikir dengan bijak serta beri semangat dan sokongan padu terhadap kempen aku ni. Dalam teks ucapan aku ni, aku tak tidur malam 2 hari beb. Sebab fikirkan strategi mcm mana nak sedarkan macai2 dan bangang2 kat luar sana tu.

Hari demi hari aku termenung, sambil ditiupi angin sepoi2 bahasa ibunda, dilindungi rimbunan daun pokok apple, nasib aku baik sebab takde apple yang jatuh atas kepala. Kalau tak, aku dah keluarkan aku punya law macam Isaac Newton.

Baiklah, kita mulakan. Kempen yang aku nak hujahkan ni bertajuk, "Hentikan Pembulian Siber!". Haaaa... Apa itu pembulian siber? Dalam bahasa internasionalnya, ia berbunyi Cyber-bullying, tiada kaitan dengan Cyberjaya mahupun Cyber Cop (zaman kanak-kanak generasi aku, tahu lah cerita Cyber Cop ni. Memang layan! Stylo! Haha). Krik krik krik..

Ok, dunia pernah digegarkan dengan kes kematian akibat pembulian menerusi bermacam cara serta sudut. Dalam teks aku kali ni, aku nak gossip pasal pembulian dari segi siber. Pembulian jenis ini bergerak secara halus iaitu melalui teknologi moden seperti telefon bimbit, komputer riba, lama sosial, dan lain-lain. Jenayah ini juga boleh dikategorikan sebagai penyalah gunaan teknologi dimana ia digunakan untuk membuli orang.

Bagi aku (dan mungkin secara majoriti manusia di dunia) mahu membanteras jenayah ini. Namun aku percaya bahawa jenayah ini sukar untuk dibanteras kerana teknologi dunia ni terlalu luas penggunaannya. NAMUN! Kita yang membangkang jenayah ini mampu mematahkan tindakkan si bangang2, serta macai2 yang cuba melakukan jenayah ini.

Mangsa-mangsa pembulian ini selalunya akan menerima banyak cacian, makian, kutukkan, sindiran, dan kritikan yang tak membangun menerusi teknologi seperti SMS, email, IM, social network, edaran poster atau gambar si mangsa yang telah di-edit yang ber-caption-kan sesuatu yang buruk kepada semua manusia di dunia ini. Ia boleh dikategorikan sebagai membuli apabila si mangsa tidak menimbulkan apa-apa kesalahan pun, namun ada macai yang sengaja mempermainkan mangsa dengan bertujuan; dia ingat dia hebat sangat serta untuk keseronokkan.

Dari sudut pandangan aku, macai2, bangang2 macam ni selalunya bertindak seperti berikut kerana cemburu dengan pencapaian atau kelebihan yang dimiliki mangsa. Lagi-lagi mangsa yang lemah. Kalau tak lemah, sure-lah macai2, bangang2 tu kena buli balik.

Aku percaya mungkin ramai diantara manusia pernah menonton atau mendengar berita atau cerita dari mana-mana media massa mengenai kes kematian akibat pembulian siber. Bagi yang tak pernah tu, aku ada sediakan satu video untuk tatapan anda. Hayati.



Dah tengok? Baguslah. Video ini pun menerangkan situasi sebenar dan menjelaskan apa itu pembulian siber. Amacam? Suka tak kalau perkara macam ni berlaku mungkin dalam ahli keluarga korang atau sesiapa yang korang sangat rapat serta sayangi? Jawapannya...... PASTI TIDAK! Ya!!! TIDAK!!!

Anda! Kamu kamu kamu.. Masih belum terlambat untuk mematahkan niat jahat si macai jika anda dapat rasakan bahawa seseorang itu dibuli menerusi teknologi. Ayuh! Bantulah mereka. Cegah buli, kasi pijak sama itu pembuli dengan cara "PSYCHO" (cara tenang). 

Disini juga aku lampirkan sekali satu poster yang menjawab persoalan "Bagaiman nak tolong mereka yang menjadi mangsa pembulian siber ni ya?". Psssttt.... Poster ni aku yang design. Hehe... Cantik tak? Krik krik krik..




AYUH! Kita sama-sama hentikan pembulian ini. Tak kira dari segi apa pun jenis buli tu, KITA BULI BALIK!! Haha.. Ape barang buli jenis ni. Tak puas hati? Nak fight? Jom la one-by-one.. Baru lelaki sejati...



STK

Undilah saya untuk PRU nanti.
Assalamualaikum :)

Kenapa Dorang Buat 'Fake Account'?


Selama aku terjebak dalam dunia social network seperti yang ramai orang tahu; Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Formspring, Foursquare, dan blablabla lagi, banyak sebenarnya aku jumpa akaun tipu yang aku terjumpa masa search. Kalau nak ikut english education nya, 'Fake Account/Fake Profile' la.

Dulu-dulu masa masih kuno, memang iya kan je akaun orang yang add atau terjumpa dalam 'search', biasalah... Apa gunanya social network kalau tak mencari kenalan lama atau kenalan baru. Baru 1Malaysia... Kikikih... Tu sebab lah namanya 'social networking'.

Ok berbalik pada tajuk utama, aku ni bukannya seorang yang tak concern pasal kawan-kawan beb. Aku jaga persahabatan aku dengan semua kawan aku. Jadi, sekian lama aku memerhati kawans aku dalam FB (current social network yang aku active) ni, kadang-kadang buat aku tertawa pun ada dengan corak permainan dorang (si pembikin akaun tipu) ni. Aku sedar bahawa majoriti mereka yang buat akaun tipu ni adalah untuk mempercepatkan jumlah rakan dorang dalam akaun dorang. Biasanya jenis orang-orang yang nak cepat ada kawan banyak kononnya untuk melawan sesetengah pihak bahwa dia memiliki jumlah rakan yang WOW! Haha...

* * * * *

Tapi malangnya terkantoi bila antara situasi ni BANYAK aku jumpa;

  • Dorang buat DP dorang dengan gambar yang wow... mengancam.. urghhhh... stim... je bila tengok. ada yang aaaaaa (terdiam sebab lawa), pastu DP tu akan buat orang lain nak 'ADD AS FRIEND'. pastu, bila dan banyak rakan, dia pun ok lah... guna gambar sebenar dia... baru tukar info dan blablabla... yang kantoinya, nama dia tak tukar (tak tahulah sama ada tak lepas nak tukar nama ke atau ape.
  •  Dorang buat DP, nak pulak DP dorang tu alahai... member rapat aku kot! selalu lepak shisha, joget sapel2 seret kasut sampai haus, sepak-menyepak, cintan-mencintan... pastu dia IM, perghhh... ayat nak macam B**** pulak. yang kantoinya, member aku tu xsuka IM, pastu aku rapat kaw-kaw. aku mestilah ada akaun kawan rapat aku tu. ish ish ish...

* * * * *

Dan dari itu, aku serba sedikit dapat detect samaada akaun tu FAKE/BETUL.

Bagi akaun yang BETUL akan macam ni:

  1. Gambar2 yang dia miliki banyak... Album pun banyak...
  2. Gambar2 atau video2 yang di-tag pun banyak gambar muka dia (yang pasti muka semua sama). TAKDE banyak gambar yang di-tag adalah gambar mengarut2 contohnya;'Sifat-sifat bulan sabit, bulan purnama, bulan dan bintang'.
  3. Info yang deberi pun logik.
  4. Wall dia pun meriah je dengan comment rakan-rakan yang kelihatan REAL. takde lah wall penuh dengan budak2 gatal.

* * * * *

Ada tujuan lain dorang buat FAKE akaun ni, antaranya;
untuk main game... tu je.. akan banyak jumpa orang macam ni dalam game berunsurkan POKER la. sebab aku selalu main. hahaha.. tapi aku punya akaun 100,000,000+++% ORIGINAL ya.

ok lah, tu je yang aku nak kongsi PANDANGAN aku. pada sesiapa yang terasa tu, aku bersiulan saja. sebab apa guna TIPU ni? siapa suka ditipu kan? ha..

Ki-ki-ki-kiyomi, Ki-ki-ki-kiyomi!

Kikiki-kiyomi! Haha..Comel kan? :D

Baru-baru ni dunia telah digemparkan dengan satu virus hand-flow untuk satu lagu Korea dari penyanyi indie mereka iaitu; Hari, yang bertajuk "Gwiyomi/Kiyomi" (Entah mana satu yang betulnya pun aku tak tahu).

Hari, penyanyi asal lagu Kiyomi

Lagu ni aku first perasan masa ada 2,3 orang kawan dunia-maya aku tweet-tweet dan share link dalam Facebook. Untuk pertama kali tu memang aku ni jenis tak layan sangat sebab bagi aku mungkin setakat buat muka comel.

Last-last masa aku tengah melepak dengan housemate aku, tiba-tiba member aku sorang ni pasang video "Gwiyomi/Kiyomi" ni, dan aku yang terdengar tu macam pernah nampak (nampak dalam imajinasi telinga. hahaha) perkataan "Gwiyomi/Kiyomi" ni, aku terus mula buat research.

Kalau bab mengkaji ni aku memang suka. Dua website utama yang aku akan guna adalah; google dan youtube. Masa ni lah aku baru taw rupanya video tu sebenarnya bukan setakat memberikan mimik muka yang comel dan cantik, NAMUN, sebagai penggemar muzik, aku tertarik dengan irama lagu hasil ciptaan Hari ni. Memang catchy campur comel. Muzik dia sangat comel. Lirik dia pulak masa aku baca (yang dah di-translate-kan la), biasa-biasa je. Hurm.. Comel la juga. Dan sejak dari tu, lagu ni dah sibuk bermain dalam fikiran aku. Damn...

Tahniah Hari yang telah mencipta lagu yang begitu comel ini. :)

Video yang aku paling suka. Comel. Dia merupakan selebriti Thailand.
Yang pastinya dia memang perempuan. Aku dah kaji dah. Jangan risau.
HAHAHAHA