Pages

Sementara Masih Ada


Dulu masa sekolah aku selalu keluar melepak dengan kawan-kawan aku. Aku selalu luangkan masa bersama kawan-kawan lebih dari family aku. Aku degil, aku pernah bergaduh dengan ayah aku sebab nak keluar lepak. Lepak, bersuka-ria di kelab-kelab walau parent aku tahu dan rasa kecewa kat aku, aku masih tak kisah. Masa tu aku pentingkan kawan lagi dari family aku.

Makin hari aku rasa makin jauh ibarat ada jurang diantara hubungan aku dengan family aku. Sampai satu masa bila aku terlalu susah, rupanya tak semua kawan aku yang selalu aku luangkan masa, dapat bantu. Aku segan untuk meminta tolong dari parent aku. Tapi keadaan semakin terdesak membuatkan aku minta juga pertolongan dari dorang. Disebabkan sayangnya dorang kat aku, dorang tolong.

Sejak dari itu aku mula tekad membuat keputusan untuk kurangkan melepak ('kurangkan' ya, bukan 'tak') dan lebihkan pada keluarga aku. Walau sedegil mana pun aku, senakal mana pun aku, aku percaya "mana ada ibu bapa yang tak sayangkan anak". Cuma sikap kesedaran itu perlu ada pada setiap insan.

Mungkin perubahan aku menimbulkan tanda tanya dalam fikiran dorang, tapi aku harap dorang faham. Kini aku lebih suka lepak dengan keluarga aku. Aku lebih suka tolong ibu bapa aku sebab aku percaya satu hadith yang bunyinya lebih kurang macam ni; "Anak yang tolong mengurangkan beban ibubapanya, Insya-Allah akan ditolong Allah S.W.T". Sejak dari itu aku mula mendidik diri aku untuk terus meluangkan masa lebih bersama keluarga aku bila aku balik Selangor.

Baru-baru ni aku ada terjumpa dengan seorang senior aku yang kehilangan ayahnya beberapa bulan lepas. Dia kerja bawah ayah aku di sebuah syarikat perkapalam. Mula-mula tu aku tak tahu, tapi bila tiba-tiba dia cakap "kau kira masih beruntung lagi bro. Walau macam mana pun aku tetap cakap kau masih beruntung". Masa dia cakap macam tu aku jadi pelik. Dia pun mula cerita. Dari cerita yang dia bagitahu kat aku, aku dapat rasa kesedihan yang dia rasa. Aku dapat tafsirkan bahawa dia belum puas meluangkan masa bersama arwah ayahnya. Ini lebih menyedarkan aku lagi.

Aku sebenarnya dah tak kisah kalau orang nak cakap aku ni sombong bila diajak lepak, aku selalu cakap "sibuk", sebab aku tahu aku dulu dah terlalu sibuk melupakan keluarga aku, kali ini aku nak sibuk meluangkan masa bersama dorang sementara dorang masih ada.


Salam..

Imajinasi: Terjatuh

Assalamualaikum pembaca! :)

Okeh, untuk post kali ni aku nak ajak korang berimajinasi sikit. Imajinasi yang aku nak ajak korang bayangkan ni adalah tentang kehidupan kita. Bukan apa, imajinasi ni bagus. Bak kata Albert Einstein; "Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere". So... Dah lapangkan fikiran? Jom! Kira berimajinasi! Jeng, jennng-jeng-jeng, jennng-jeng-jeng, jennng-jeng-jeng... (berlatar suarakan lagu Darth Vader :D

*Krik krik krikkk...

Kejatuhan hidup ini ibarat satu situasi dimana ketika kita sedang terjatuh ke dalam satu lubang yang gelap dan terlalu dalam. Sangat dalam dan jauh ke dalam yang memang dalam yang teramat dalam. Dalamnya itu tak dapat kita bayangkan walau kita fikir sedalam mana pun kerana ia memang dalam seperti sepanjang perjalanan hidup kita. Haaa... Tu dia... Bertapa dalamnya dan jauhnya perjalanan hidup kita. Lubang yang bergitu dalam tersebut turut dikelilingi tangan dan akar kayu (faham2 je lah. Macam dalam movie tu..) yang tersedia membantu kita untuk naik semula.

Disaat kita mula jatuh itu, kita tersentap, meronta-ronta, dan buntu kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita dibawah. Semasa meronta itu kita lihat diatas, jalan keluar kita semakin jauh meninggalkan kita. Tapi kita sedar dan tahu bahawa setiap yang jatuh mesti ada cara untuk naik. Kita melihat sekeliling kita, terdapat tangan-tangan dan akar pokok tersedia pada dinding lubang itu.

Disini kita mula menilai diri kita, jika kita mahu bangkit semula, sudah pasti kita akan berpaut pada tangan atau akar yang tersedia. Jika tidak, Sudah pastilah kita akan jatuh dan terus terjatuh sehingga lenyap jalan keluar dari mata kita.


Maka, berpautlah pada tangan-tangan jika kita nilai diri kita ini tidak kuat untuk naik bersendirian, dan berpautlah pada akar pokok jika kita nilai diri kita ini mampu untuk naik sendirian tanpa bantuan orang lain.

Sekian, itu sahaja yang aku nak ajak korang ber-imajinasi tentang hidup ni. Hehehe...