Pages

Kelebihan dan Kisah Janggut Pada Zaman Rasulullah s.a.w.


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Artikel atas dipetik dari "http://penpatah.blogspot.com"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Disini aku (Bayang Cerita) juga nak tambah sikit kisah janggut pada zaman Rasulullah yang aku pernah dengar ketika meluangkan masa bersama beberapa ustaz sambil minum:

Kisah bermula dimana ketika itu pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang (sekadar sehelai dua) sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Bertambah hairanlah beliau, lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda:

"Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?"


Lalu Baginda menjawab..
"Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s:
Dalam cerita ini, aku sedar bahawa kacaknya jika kita ada janggut. Sejak dari itu, aku tak pernah potong janggut aku. Memang tak pernah la. Gila nak potong? Nampak macam budak-budak weyhh... haha! Lagi satu, sebab aku sayang janggut ni. Lama simpan wooo.. :D


STK :)

Menguji Madu Asli atau Palsu

Ayuh! Cuba cara ini untuk ketahui samaada Madu yang anda peroleh adalah ASLI, atau PALSU


:p

Bluestacks - Android in PC! (Malay)


Assalamualaikum...

Ok, hari ni aku rasa sangat gembira kerana aku telah discovered sesuatu yang baru. Sesuatu yang telah lama aku cari untuk PC aku. Ceritanya bermula sejak aku mula berfikir, "Kalaulah ada sesuatu yang boleh buat PC pun ada Android?". Ya! Akan ada orang cakap, "Nak download apps Android boleh je guna website Google Play dari PC". Tapi bukan itu yang aku maksudkan.

Namun agak lama dari tu, dekat setahun juga lah sampai hari ini, aku telah berjaya menemui satu software yang manjawab persoalan aku. Terima kasih serta tahniah buat developer BLUESTACKS kerana telah mencipta software ini.

Ok lah, aku perkenalkan, BLUESTACKS!!!
(Ehm, ade gaya seorang pengacara tak?) :p


APA ITU BLUESTACKS?
BLUESTACKS merupakan satu software yang membolehkan anda untuk access Operating System (OS) Android tanpa memerlukan tablet atau smartphone. Ia ibarat PC anda mempunyai Android! Anda boleh memiliki pelbagai apps sebagaimana yang ada pada tablet atau smartphone anda.

Dibawah adalah gambar BLUESTACKS yang aku telah installed. Aku dapati bawaha BLUESTACKS juga mempunyai beberapa version. Version yang aku punya ni tak tahu lah yang ke berapa, tapi yang pasti bila aku buat research dalam internet, terdapat berlainan dari segi penampilan.

Aku tengah download Texas HoldEm Poker

Beberapa apps yang aku telah installed

Tujuan asal aku install software ni sebenarnya adalah kerana aku malas dah nak subscribe mobile internet. Kalau boleh aku nak bayar kat broadband je. So, dari situ aku boleh guna Whatsapp, Viber, Instagram dll.

Bagi mereka yang menggemari software ini, aku mudahkan korang untuk download software ni kat Bluestacks Download.



Sekian, terima kasih :)

Selamanya Harimau Malaya


Kita pernah kecewa,
kita pernah gagal.
Kita pernah jatuh,
kita pernah tumpas.

Tetapi itu tak bermakan kita tamat,
kerana kami (penyokong) masih disini.
Berdiri, bersorak, memberi sokongan.

Selamanya,
selamanya,
selamanya Harimau Malaya!!!

Jodoh vs Qada' dan Qadr

Assalamualaikum para muslimin dan muslimat... Untuk post kali ni aku nak bercerita tentang Jodoh vs. Qada' dan Qadr.

Sejujurnya aku mengambila masa yang agak lama untuk memahami erti Qada' dan Qadr ni sebab masa aku sekolah dulu, ustaz aku tak terangkan dengan jelas ertinya. Jadi, aku meng-inisiatif-kan diri aku untuk menggali, mengupas, serta mengorek apa itu Qada' dan Qadr yang kita sebagai umat Islam harus percaya. Pelbagai sumber dan cara aku gunakan untuk mendapatkannya.

Kita semua tahu bahawa dalam Rukun Islam, kita harus percaya pada Qada' dan Qadr. Namun ada persoalannya; Apa itu Qada' dan Qadr? Bagi mereka yang masih tertanya-tanya erti Qada dan Qadr, disini aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku peroleh.

Dah bersidia? Ayuh! Mari kita fahami dan ketahui erti Qada' dan Qadr. Bermula dengan Qada'.

------------------------------------------------------------------------------------

QADA':
Qada' dari segi bahasa membawa maksud "Hukum". Manakala dari segi syarak pula membawa maksud "Ketentuan atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas makhluknya sejak dari azali lagi".

Qada' terbahagi kepada dua, iaitu;

1) Qada' Mubram
--- Kententuan Allah S.W.T ke atas makhlukNya yang tidak boleh diubah.
--- Contohnya; Ajal maut seseorang jantina

2) Qada' Muallaq
--- Ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya tetapi boleh diubah dengan usaha dan ikhtiar manusia.
--- Contohnya; Seseorang yang gagal dalam peperiksaan boleh mencapai kejayaan sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh.

QADR
Manakala Qadr pula dari segi bahasa membawa maksud "Perlaksanaan", dan dari segi syarak membawa maksud "Pelaksanaan di atas segala ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya sejak dari azali lagi".

------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang aku nak kaitkan dalam konteks ini adalah tentang "jodoh" yang acap kali digunakan oleh ramai orang, dimana sering menggunakan ayat "Terimalah, kita memang tiada jodoh", atau "Kalau ada jodoh, kita akan bersama".

Ingin aku terangkan kat sini bahawa jodoh itu memang ketentuan tuhan, TETAPI ia dirujuk juga pada Qada' dan Qadr. Sila rujuk semula pada maksud Qada' Muallaq. Seharusnya kita harus berusaha kerana itulah yang Tuhan inginkan dari hambanya di dunia ini.

Oleh sebab itu, janganlah kita percaya pada jodoh sedangkan dalam rukun Islam tiada pun menyatakan untuk percaya pada jodoh. Malah, kita harus percaya pada Qada' dan Qadr.

Ada lagi satu cara iaitu dengan berserah. Berserah itu tidak bermaksud kita nantikan keputusan Tuhan, lepas tu kita duduk diam tiada usaha. NAMUN apa yang kita harus lakukan adalah BERUSAHA. Penting ya dalam dunia ini untuk kita berusaha. Lebih-lebih lagi jika ingin berjaya.

Aku harap post yang aku kongsikan ini dapat membantu mereka yang kurang jelas mengenai Qada' dan Qadr.

Sekian, Terima kasih.

Assalamualaikum :)

Be Positive


"Be positive"

Post kali ni aku nak sentuh mengenai kritikan bercampur sokongan. Dalam dunia ini, yang baik adalah positif dan yang jahat adalah negatif. Manakala yang sama rata pula adalah Neutral.

Kita ambil contoh terkini;
Piala Suzuki AFF 2012 semakin hampir dan ramai orang mengkritik pasukan bolasepak Malaysia yang lebih gah dikenali Harimau Malaya (HM) kerana persembahan mereka dalam beberapa perlawanan persahabatan yang kurang meyakinkan.

Anda rasa ingin kritik? Ya! Sudah pastilah anda ingin mengkritik kan? Tapi mengkritik itu janganlah hanya mengkritik kosong yang mampu menjatuhkan moral dan semangat pemain HM. Sebaliknya, kita harus mengkritik kearah positif dimana ia bukannya kritikan kosong, namun ada isi yang mengandungi cadangan atau sokongan supaya pemain dapat menjadikan iktibar.

Aku pun seorang atlit, aku pun faham dan dapat rasa bila ada terbaca kritikan negatif yang dilemparkan oleh sesetengah individu. Yang dilemparkan tidak langsung mengandungi kata-kata sokongan, namun terus dikritik untuk menjatuhkan moral dan semangat HM.

Jadi, marilah kita bersama jauhi kritikan negatif! Namun menggunakan cara Neutral (dimana dalam ktitikan negatif, kita campurkan dengan positif). Bukan Neutralisasi. Yang tu memang aku pangkah habis. Hahaha...

Ok, dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan; Selamat berjaya kepada Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012! Kita harus buktikan kehebatan kita! Kita harus pegang kata janji kita untuk negara iaitu "Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku". Gunakan kelebihan dilaman sendiri untuk mara keatas. Malaysia, JUARA!!!

Sebuah Kejayaan - Eskalator vs. Tangga

Biarpun escaltor itu nampak seperti tangga, namun ia tetap TIDAK sesuai untuk menjadi pepatah melayu yang menerangkan sebuah kejayaan kerana...


Eskalator itu memang laju dan cepat sampai ke tahap yang tinggi, namun ada kurang baiknya andai kita menggunakan jalan pintas untuk berjaya kerana pengalaman itu tidak kita lalui seperti mereka yang menaiki tangga.

Ketika kita menaiki tangga, kita akan merasai dua situasi iaitu "susah dan senang" dimana kita adakalanya kita bersemangat, gembira, penat, putus asa, dan sakit kerana terjatuh. Namun itulah yang sepatutnya kita hadapi untuk menjadi seseorang yang benar-benar berjaya kerana, PENGALAMAN.

Ketika kita sedang asik menaiki tangga, kita akan melihat ada mereka yang terduduk mengeluh. Berputus asa untuk meneruskan perjalanan. Itulah yang akan menjadi pengajaran buat kita. Andai kata kita merasai seperti mereka yang kita pernah lihat, janganlah kita berputus asa kerana ujian sentiasa berada dimana sahaja.

Isu Makna lagu Oppa Gangnam Style

Penyebaran satu VC Korea melalui media sosial begitu laju ibarat virus yang disebarkan dari satu kawasan kecil, sekelip mata telah tersebar ke seluruh negara. Itulah impak yang telah diberikan oleh PSY dengan lagu hitnya, Oppa Gangnam Style. Menakjubkan bukan?

Pada satu hari ketika aku sedang online Facebook, aku ada ternampak sorang kawan Facebook aku kongsi satu video yang tertulis PSY - Oppa Gangnam Style dengan captionnya; "Awesome!". Padamulanya aku tak buka link tu sebab aku tengok dia punya thumbnail macam kartun. Bagi aku mungkin ia video mengarut. Tapi! Link video tu makin lama makin memenuhi news feed Facebook aku. Jadi aku pun mula lah buka link tu untuk tengok apakah yang dorang kagumkan dengan video ni. Mungkin lawak, hebat, atau sesuatu yang mengujakan :O

Thumbnail yang aku maksudkan itu

Bagi aku video tu biasa je. Cuma ada lah gaya-gaya tarian yang melucukan atau menarik perhatian sesetengah pihak yang menyebabkan ia tersebar luas. Itu aku tak kisah lah sebab dah kreativiti PSY walaupun ada sedikit persamaan dengan irama lagu "LMFAO - I'm Sexy And I Know It".

TAPI! ada tapi pulak... Apa yang tapi ni? Haaa... Baru-baru ni timbul pulak kontroversi tentang lagu tu. Masa aku dengar isu tu, aku jadi pelik. Serious pelik kaw-kaw punye. Isu yang aku maksudkan tu adalah isu mengenai lagu tersebut dikatakan konon menghina Islam. Eh, apekejadahnya ada pihak yang mengatakan begitu? Sumpah aku cakap pihak tersebut bangang gila khinzir punya.

Aku bukannya nak mempertahankan lagu tu sedangkan aku pun tak la minat sangat dengan Kpop ni. Cuma aku tak suka dengan perangai manusia yang sebegini rupa. Orang macam ni la yang jenis suka menjatuhkan seseorang yang maju. Senang cerita, dengki la...

Sebagai contoh aku bagi; ada seorang yang berjaya dengan hanya menjual kereta, ada pulak seorang insan ni cakap kereta tu diperbuat dari kulit khinzir.. Eh! tak ke bangangkah insan tersebut? Macam tu lah tindakan jenis manusia begini.. Kalau tak suka pun, tak perlu lah sampai mengeluarkan kata sebegini. Sumpah nampak sangat kebodohannya. Ada otak tapi takde connection kat mulut. Sebab tu mulut main lepas cakap je.

Jom ikuti perbualan yang mencetuskan kontroversi ini pada link dibawah ini. Secara tidak langsung mampu menjelaskan apa yang kabur dimata anda. Kalau kabur jugak, maknanya korang rabun la tu. hihihi

Gambar bersaiz PANJANG:

Kata aku:

Ia amat memalukan. sebelum nak berkata tu, bentang-bentanglah otak tu luas-luas.. Fikir dari semua segi dan kaji dahulu.. Bukan main terus kongsi je dengan perkara yang tak sahih. Ni lah contoh manusia yang suka menjatuhkan sesuatu dengan alasan yang tiada kena mengena.. Salam...



Hentaman kepada Man. City

Aku merupakan penyokong Man. City. Namun dalam sokongan aku, ada sahaja aku lihat yang menghentam juara Liga Perdana Inggeris 2011/2012 itu. Ada yang mengatakan bahawa Man. City curi semua bintang bola. Ada yang aku tengok beberapa penyokong kelab lain menyatakan "Kami tak beli bintang, kami lahirkan bintang".

Memamng betul.. Aku setuju sangat. Tapi dah kalau dipinang oleh kelab lain, pemain tu pula setuju, nak buat macam mana kan? Nak salahkan pemain tu? Suka hati dia lah nak pergi ke kelab mana. Mungkin dia ada impian dan tujuan dia sendiri. Mungkin dia percaya dengan kelab itu.

Bagi manager pula, biarlah dorang nak beli pemain banyak mana pun termasuk bintang bola. Eh, kalau kau jadi manager dan banyak duit pun memang kau nak beli bintang-bintang lah. Jangan nak ego sangat. Nama pun nak menang. Ini nak hentam, tak buka otak luas-luas untuk berfikir. Aku main game FIFA Manager dan 'Be A Lagend' dalam PES, aku faham lah macam mana strategi nak menang dan impian setiap pemain.

Kalau nak berkata tu, biar berfikir panjang.

Kata BC: Juara EPL 2011/2012


Dengan akhirnya perlawanan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad, 13 Mei 2012 yang lepas, kesemua pasukan yang bertanding bermain begitu sengit sekali terutamanya buat dua kelab djiran dari Manchester iaitu Manchester City dan Manchester United. Keputusan perlawanan yang dilabelkan sebagai perlawanan yang dramatik itu amat cukup memuaskan bagi penyokong-penyokong juara liga Inggeris tahun 2011/2012 iaitu, MANCHESTER CITY... Aku sebagai penyokong Man. City berasa teramat-amat puas hati apa bila jaringan terakhir buat Man. City pada minit ke 92 memberikan impak yang cukup mendalam kepada kawan-kawan aku yang menyokong Man. Utd.

Ketika Man. City sedang asyik dipijak-pijak oleh kelab milik Tony Fernandez, QPR, pelbagai ejekan telah dihentam kepada aku. Tapi aku tenang je. Aku percaya kepada beberapa pemain utama City iaitu; David Silva, Yaya Toure, Voncent Kompany, Sergio Aguero, dan Carlos Tevez yang telah membuat kata semangat sebelum perlawanan tersebut (baca Goal.com). Jaringan untuk keputusan seri dari tandukan Edin Dzeko telah memuaskan aku dan aku harap hanya 1 lagi jaringan diperlukan. Pada ketika tamatnya masa tambahan buat United, aku masih melihat City dalam seri. Namun, kesedihan aku tidak sampai seminit apabila sepakkan kencang dari Sergio Aguero telah menyelamatkan City untuk menjulang piala di rumah sendiri setelah 44tahun gagal untuk juara.

Lepas aku tengok jaringan tu, memang riuh rendah la kedai makan tu dengan beberapa penyokong City yang dari tadi asyik menahan ejekkan penyokong United. Keputusan itu buat aku terharu dan bangga sejak mulanya aku terjebak dalam EPL ni 2 tahun lepas dengan aku memilih City sebagai kelab sokongan aku. #together forever with Man. City. GLOOORY GLORY MANCHESTER CIITY!!!

Makna Tahi Lalat

Memang telah ditakdirkan Tuhan bahawa setiap apa yang dikurniakan kepada hamba-Nya mempunyai isi tersirat. Isi tersirat yang terletak pada setiap manusia semuanya bagai penyamaran yang sukar untuk dikenal pasti oleh individu tersebut selain melakukan kajian. Isi tersirat ini banyak kategorinya. Dalam post aku kali ni aku nak kongsi isi tersirat yang hadir dari satu tanda yang dipanggil Tahi Lalat.

Ramai orang melihat Tahi Lalat ini sebagai tanda kecantikan. Memang benar. Namun disebalik tanda kecantikkan itu juga mempunyai isi tersirat yang menerangkan personaliti seseorang. Dibawah ini adalah senarai tanda Tahi Lalat yang terletak pada seluruh tubuh manusia. Mari kita menilai Tahi Lalat kita dan ketahui makna kedudukan Tahi Lalat kita. Pasti seronok bila kita sudah tahu serba sedikit personaliti kita melalui tanda ni. Kemudian boleh lah korang tahu personaliti orang lain. Hahaha... Enjoy!



Ayat yang aku Bold-kan dibawah ni merupakan aku punya personaliti :)

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14-Betis kanan= Suka berhibur, boros
15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21-Kening kanan = Cerdas dan cekap
22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31-Pada hidung= Banyak rezeki
32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36-Tumit kiri= Baik budi
37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38-Alis kiri= Ramai yang suka
39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42-Jari kaki kanan= Suka menolong
43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50-Pipi kanan= Ramai teman
51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53-Ubun-ubun= Kurang jujur
54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
82-Telinga kiri atau kanan= Berpendidikan, berakhlak mulia dan sangat bagus

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=382939541727724&set=a.203941439627536.47502.203826349639045&type=1&ref=nf

Celcom X2, JIMAT GILLER!

Post kali ni aku nak jadi ala-ala telco promoter la pulak. Dulu nak jadi promoter tak kesampaian sebab aku ni tak seberapa nak kacak. Hihihi... Ok serious, apa yang aku nak promote ni adalah telco Celcom dengan plan nya iaitu X2. Aku ni sebenarnya baru lagi guna plan ni. Dulu aku dah guna Celcom. But then bila plan Celcom dulu agak terabur dan Hotlink mula berjaya manarik minat aku, aku mula bertukar. Bertukar kepada apa? Ha... Bukan bertukar jadi Ultraman, tapi mestilah Hotlink. Hehe.. Agak lama aku guna Hotlink ni. Bertahun-tahun jugak lah. Sampai banyak kali diberi ganjaran kerana kesetiaan aku dengan mereka. Tapi masa tu tak setia pulak dengan gadis. Hohohoho... Joking!

Namun klimak cerita aku dengan Hotlink mula hadir. Hotlink pula mula membuat masalah dari pelbagai segi termasuk acap kali mengalami gangguan network coverage, serta ketidak imbangan bayaran kredit. Hati aku mula gelisah, tidak tenteram, bimbang, serta bingung untuk menguruskan perbelanjaan yang aku telah asingkan hanya untuk membeli topup.



Sampai satu ketika sedang aku asyik berborak dengan kawan aku, tiba-tiba dia cakap; "Pergh... memang jimat pakai Celcom plan baru ni". Aku pun tersentap. Jadi aku tanya kawan aku tu pasal Celcom. Bila aku fikir-fikir balik, memang jimat gila la kalau guna Celcom X2 ni. Tambahan pula masa ni aku memang tengah tension dengan Hotlink yang tak menentu. Jadi tak lama dari tu aku mula bertukar kepada Celcom X2. Sanggup tu aku berbincang dengan gadis aku untuk sama-sama tukar ke Celcom X2. Hahaha... Gambar kat atas perenggan ni menjelaskan kadar bayaran X2 berbanding telco yang lain. Selamat mengkaji :)

Beri Anak Kecil Peluang


Acap kali aku melihat di dada-dada akhbar memaparkan berita mengenai kehilangan anak kecil, pembunuhan anak kecil, penderaan anak kecil, dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan anak kecil. Kenapa anak kecil? Aku menggelarkan perilaku yang keterlaluan ini sebagai jenayah . Aku sebak melihat berita macam tu. Kenapa kita mesti mahu melibatkan anak kecil yang masih baru mahu mengenal dunia?

Kita kena faham bahawa mereka baru mahu kenal dunia ini bagaimana. Aku kadang-kadang keliru, siapakah yang yang baru kenal dunia? Kalau korang nak salahkan anak kecil, korang fikir dulu diri korang masa kecil dulu macam mana? Sama sahaja! Mahu mengajar itu ada hadnya. Bukan sehingga ada pendarahan atau lebam-lebam pada badan!

Aku ada adik angkat kecil yang kini berusia 5 tahun. Ya, aku akui memang sukar untuk menjaga. Tapi aku tidak pernah sekali mendera dia. Kerana aku tahu siapa aku, dan siapa dia. Berapa had kekuatan aku, dan berapa had kekuatan dia boleh terima. Sampai mana dia mampu bertahan. Sebab itu agama kita mengajar untuk bersabar. Belajar untuk bersabar! Walau nakal atau degil mana pun dia, ketahui tahap pengajaran yang mereka boleh terima. Kalau kau, si anu dan si polan yang tidak mahu terjerumus dalam jenayah ini; jangan nak berangan untuk ada anak kecil. Nak sangat tunjuk kekuatan, carilah insan yang sama level, bukan anak kecil! Mereka yang menunjukkan kekuatan begitu, ibarat pengecut yang tidak boleh menerima kekalahan.

Ingatlah, mereka baru mahu kenal dunia... beri mereka peluang... Si pembunuh atau penculik, fikirkan jauh-jauh... Pada mulanya YA! Kau telah merancang agar mudah untuk lari dari anggota keselamatan. Lambat laun akan kantoi jugak. Persis pepatah melayu; "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".

Tolonglah sayangi anak kecil. Beri mereka peluang untuk melihat dan merasai bagaimana gembiranya ketika zaman kanak-kanak. Siapa tahu jika dididik atau diberi layanan yang berpatutan, bila dewasa kelak dia merupakan insan yang berguna untuk kita?

Akhir kata, aku pernah terdengar kata yang menarik telinga aku. Bunyinya lebih kurang macam ni; "Sesungguhnya manusia yang gagah adalah manusia yang berjaya mengawal kemarahannya"



STK.

Wahai Lelaki

Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi Wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami

Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas

Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan

Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalam-Nya.

Sumber: Google search (lupa link dia)

Ujian Dalam Kesetiaan



Entri kali ni aku nak bercerita tentang fakta dan lumrah hidup dalam kategori percintaan. Dalam bercinta, ujian datang dari pelbagai jenis. Banyak sangat ujian. Sampai ada orang yang tak kuat semangat boleh bawak bunuh diri wooo... TAK ELOK tu ya. INGAT! DOSA BESAR kalau kita bunuh diri. Peringatan untuk rakan-rakan serta diri sendiri. Bunuh diri ni ibarat; kita tak menghargai peluang yang telah Tuhan berikan kepada kita dimana kita dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya.

Berbalik pada topik asal, aku petik satu jenis ujian dari banyak-banyak ujian yang aku tak nyatakan pun; iaitu ujian dalam kesetiaan. KESETIAAN, kesetiaan ini selalu sangat orang kaitkan dalam percintaan. Asal cinta je, mesti ada kesetiaan. Asal kesetiaan je, mesti dikaitkan dengan cinta. Betul... memang betul sesangat.

Jadi, aku nak kongsi sikit dari sudut pemerhatian di sekeliling aku yang boleh aku kaitkan dalam kesetian ni. Perkara ni juga pernah berlaku pada aku. Bukan aku kata aku asyik nak memerhatikan orang je, tapi diri aku sendiri sama je. Aku mengaku bahawa aku pun pernah hadapi perkara begini. Dan perkara ni mengajar aku bagaimana untuk setia.

Aku banyak melihat bila seseorang tu (tak kira lelaki atau perempuan) dah memiliki pasangan yang terbaik buat masa itu; kira pasangan dia masa tu memang pakej habis lah. Cantik/kacak. Sebelum dapat pasangan macam tu mesti dalam hati pasang niat; "Kalau dapat dia ni... memang aku tak kan pandang lelaki/perempuan lain lah". Maka hubungan pun berjalan seperti biasa...

Namun, harus diingati bahawa dalam hidup ini ada ujiannya tidak kira dalam apa jua kategori dan ia hadir dari pelbagai segi. Antara ujian yang aku maksudkan adalah kemunculan watak ketiga dalam hubungan korang samaada kat korang, atau si dia. Watak ketiga ini wujud dengan perwatakan yang cukup menarik dan mungkin lebih menarik dari pasangan yang korang miliki ni dimana dulu korang rasa dialah yang terbaik. Watak itu dimunculkan untuk menguji kesetiaan percintaan korang. Kalau korang lemah dan mahu bersama watak baru itu, aku rasa korang sedang menipu diri sendiri.

Kejadian ini pernah berlaku pada aku dan aku mengaku aku pernah tipu diri aku sendiri. Jadi dari sejak itu aku mula menilai diri aku. Apa kesilapan aku. Setelah lama memerhati, aku sedar bahawa aku harus belajar setia walau pun gadis secantik Neelofa nak mengurat aku. Kihkihkih... kalau korang, mesti korang cakap "Weyh! Rugi lah kau tak teriman gadis secantik Neelofa". Kalau korang rasa pasangan yang korang miliki tu terbaik, hargailah dia. Jangan nanti menyesal kerana watak ketiga yang mungkin hadir seketika sahaja. Dunia ini milik Dia. Segelanya mungkin akan terjadi. Tiada perkara yang tak mungkin terjadi.

Sekian Terima Kasih