Pages

Cerita Semasa Kecil - Perbualan Pertamaku

dulu masa aku kecil, aku adalah seorang yang sangat pendiam, pemalu, dan juga tidak berani. Biasalah, dalam keluarga aku masa tu, aku sorang je lelaki. Yang atas aku ngan bawah aku gadis-gadis.

Tapi itu bukan yang aku nak ceritakan dalam post ni. Yang tadi tu kira iklan kejap macam dalam VCD cetak rompak tu.. Haha. Dalam post kali ni aku nak cerita tentang pertama kali aku mula berbual dengan kaum yang digelar, "wanita". Jeng-jeng-jeng...

sejak aku lahir sehingga aku berumur 8tahun, kawan-kawan aku semuanya lelaki. jadi apa-apa kalau nak main petang-petang, aku akan main dengan kawan aku macam main lumba basikal, game, perang-perang, kejar-kejar, dll. pada usia kecil aku itu, aku ada suka kat seorang gadis ni. tapi aku sangat-sangat tak berani nak tegur sebab aku ni pemalu. kira kalau nak cakap je, mesti tergagap-gagap. asal nak cakap je dengan gadis, aku akan gagap. pastu mula lah jadi gila aku ni (malu). haha.


tapi semua tu berakhir ketika aku mula behijrah ke Sekolah Rantau Petronas (SRP - kini telah menjadi sekolah kerajaan), Kerteh, Terengganu. umur aku 10tahun. disana, cara dalam kelas aku masa tu; untuk mengelakkan dari pelajar lelaki yg bising serta nakal ni, cikgu telah menyusun kedudukan 2-2, iaitu lelaki dan perempuan bersebelahan untuk 2 meja yang bersambung.

nak dipendekkan lagi cerita (arahan direktor suruh pendekkan, jimat ruang), aku ni yg nakal dan bising kalau lepak dengan lelaki, terus menjadi sunyi sepi macam suasana taman yang hanya boleh dengar bunyi cengkerik je.

dari situlah, aku dah tak tahan sangat asyik duduk diam je, sampai jadi petak aku duk sebelah sorang awek ni. tiba-tiba awek tu tegur aku. aku pun tersentap terkejut, mula menjawab teguran dia sedikit-sedikit (kira gagap laj senang citer). haha. nama dia Aishah. dia ni suka melukis. jadi masa dia tegur aku tu, dia tegur sebab nak suruh aku komen tentang lukisan kartun yang dia lukis. banyak kali dia lukis, pastu suruh aku tengok. yelah, nak suruh sapa lagi kalau aku saje yang paling dekat dengan dia. aku yang tak biasa dengan lukisan ni pun sikit-sikit bagi komen.

dah banyak kali dia buat macam tu, aku pun dah mula biasa untuk berbual dengan dia, serta semua gadis-gadis. dalam masa aku dah pantas berbual, aku pun ada terikut-ikut dengan hobi Aishah yang suka melukis itu.

ada satu ketika, dimana ketika itu semua kelas tiada cikgu sebab cikgu semua pergi mesyuarat, aku dengan sengajanya mengeluarkan kertas lukisan bersaiz A3 (standard) dari bawah meja aku dan melukis satu watak kartun kecil. setelah melukis satu watak, kemudian aku menyerahkan kertas itu kepada dia. setelah dia melihat, dia pula melukis satu lagi watak dengan gaya kartun yang ibarat membalas gaya kartun yang aku lukis. kemudian dia senyum. aku pula dengan pantas memikirkan watak lain untuk membalas kartun dia. kami terus balas-membalas melukis kartun dalam satu kertas lukisan sehingga penuh. lukisan itu menjadi simbol kemesraan kami.

sehingga satu detik, aku terpaksa pulang semula ke selangor mengikut keluarga ku berpindah. lukisan itu aku berikan kepada dia tanda ingatan persahabatan aku dan dia. masa tu nak buat photostate untuk aku, memang susah la geng. budak-budak lagi... mana nak photostate? duit tahu nak beli ais-krim je. jadi aku pun meninggalkan dia tanpa menyatakan kepada dia. aku terus hilang.

kisah ni tidak akan pernah aku lupakan kerana ia adalah satu permulaan aku menjadi lelaki yang tiada segan untuk berbicara dengan kaum wanita lagi. aku harap lukisan itu masih ada lagi. walaupun bukan ditangan dia, namun diingatan dia pun jadi. kisah ini kadang-kadang buat aku terdiam dan tersenyum sendirian bila dikenangkan bagaimana aku mula hilang rasa segan untuk berbual dengan wanita.



Yang Benar,
BYGCRT

No comments:

Post a Comment