Pages

Three (3) easy steps on how to tackle a guy or a girl

Step 1:
Greet him/her politely with your sweetest smile.

Step 2:
Start conversation with your best words. Make sure she's not boring!


The third step is the most important step among above steps where this step will show you either you are success to tackle him/her or not.


Step 3:
When both of you are done with the conversation, one of you will move away to leave. Here is the important tip; the best way is that you let him/her go first. While he/she is walking off, YOU! quickly put your leg after his/her leg. Then, he/she will fall like a Durian. It's a TACKLE!


Well done! You're already tackle a guy or a girl only using 3 steps above. It is SO easy, right?

En. Wow...

Pada awal pagi 24hb March 2011 yang lepas dimana masa aku tengah ber-facebook kat office, tiba-tiba aku mendapat satu SMS dari rakan aku, Eroul Jr. dia telah men-invite aku join satu job iaitu untuk menjadi model/actor dalam assignment kawan dia (dimana juga kawan aku), Firul (Diploma in Broadcasting & Film), dalam sebuah VC berkonsepkan stop motion. bila aku dengar saja stop motion, dalam fikiran aku dah fikir, "pergh... generally, susah tu kalau nak siapkan dalam masa yang singkat". Tapi setelah diberi penjelasan bahawa VC itu hanya berdurasikan 2 minit campur lebih sikit saatnya, aku rasa ok melainkan nak sampai 6 minit. Confirm kene ambil masa 2 hari.

Jalan cerita dia agak menarik walaupun simple. Mengisarkan tentang cinta 3 segi yang tidak menjadi. Watak-watak nya adalah Eroul (aku sendiri), Myra (Adik Eroul Jr), dan Syakir (kawan Eroul Jr). Dalam cerita tu, aku digandingkan dengan Myra dimana kami adalah sepasang kekasih yang telah lama terpisah, kemudian kami ditakdirkan bertemu semula di satu tempat (Taman KLCC). Ketika bertemu tu, kami ibarat ingin bersama semula. Namun terhalang dengan kehadiran seorang pujangga lain (lakonan Syakir) yang membawa Myra pergi jauh dari aku. Aku yang kembali kecewa pusing ke belakang dan pergi setelah lama terpaku melihat Myra dibawa lari Syakir. Akibatnya, hajat aku dan Myra untuk bersama semula terlerai. Tidak lama aku beransur, tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seseorang dari belakang. kelihatan Myra yang menariknya. Dia ibarat telah membuat keputusan untuk terus bersama semula dengan aku dan meninggalkan Syakir. Kami pun bersama akhirnya dan kelihatan Syakir pula kecewa. Begitulah jalan cerita VC ini.

Dari Kiri: Eroul Jr., Firul, Syakir, Myra, dan aku yang tengah ambil gambar ni


Boleh tahan jugak penatnya sebab nak siapkan shoot VC dalam 1 hari yang bermula lebih kurang pukul 4:30PM sehingga 6:15PM, 26hb March 2011. Sepanjang pengambaran, semuanya berjalan lancar. Pemilihan tempat di taman KLCC juga memberi hiasan dan suasana yang padan dalam jalan cerita. bagus tuan dairekto (director) si En. Firul. haha

Setelah tamat pengambaran, kitorang semua pergi lepak minum kat food court sebelah entrance Aquaria. Dalam masa tengah lepak-lepak minum. aku dengan firul entah macam mana tiba-tiba terborak tentang muzik. dalam tengah kitorang berborak tu, aku tiba-tiba terdengar suara Myra yang bertanyakan tentang aku kepada Eroul Jr. lalu aku pun menoleh kearah mereka. Mereka memandang aku dan Eroul Jr memberitahu aku bahawa Myra lah seorang gadis yang pernah diceritakan kat aku, dimana dia meminati hasil karya lagu aku, terutamanya lagu "Hope". dia juga bagitahu yang lagu aku tu ada dalam handphone dia sekarang. setelah mendengar kata itu aku dengan pantas terkejut lalu berkata "wowwwww..... betul ke ni?". hahaha.


Lagu yang telah dicipta sekitar bulan Jun 2010


Iya lah, pertama kalinya aku mendapat tahu lagu aku sendiri di dalam handphone orang. kalau tak, selalunya aku tahu lagu-lagu orang lain yang akan ada dalam handphone orang. tapi ini tidak, lagu hasil ciptaan aku sendiri di dalam handphone orang. dia menyatakan bahawa dia benar-benar tertarik dengan rentak dan lirik lagu itu. masa tu aku betul-betul rasa terharu sangat. masa tu jugak aku macam tak percaya itu berlaku. terima kasih Myra kerana menyokong aku untuk terus berkarya dengan cara Myra yang memiliki lagu aku dalam handphonenya. :)

En. Mencuba


Berborak sakan di warung baba,
minum sahaja tiada makan,
Masa berupaya kita mencuba,
bila terhalang jd kenangan.

Pantun sana pantun sini,
orang disini datang ke sana,
bila tiba disambut seri,
ini hanya pembuka kata.


Ok, dah cukup. Nak pantun panjang-panjang pun aku bukan nya pandai sangat pantun ni. Main cakap je, janji ada format ala-ala pantun sikit. Haha.. Dalam post ini aku nak bercerita tentang "mencuba". Hahaaa... Mencuba apa? Ha... Tu yang nak kene baca lagi tu.

Sesi marah sekejap:
Ada orang kata aku ni seorang yang poyo sebab boleh dikatakan banyak juga aktiviti yang aku lakukan. Kalau dalam Facebook tu, orang akan tengok aku punya photo album kejap aku dengan gambar aktiviti ni, dengan gambar aktiviti ni, pastu dengan gambar aktiviti ni. Banyak juga komen yang aku dapat. Sampai gambar aku dengan aku punya gitar pun orang cakap aku ni poser. Pegang je lebih, ntah tahu main ke tak. Alamak dia cakap aku ni poser je? Tergolek-golek aku. Memang kata-kata itu keluar dari mulut, mulut itu sering digunakn untuk berkata atau makan. Baik kata, makanan pahala diberi. Buruk kata, makan penumbuk pun sedap bagi untuk tutup mulut. Cakap main lepas macam kau dah kenal dengan aku bertahun plak... hahaha.

Ok chill... serius-serius (tarik nafas). Aku ni merupakan seorang yang suka mencuba. Suka mencuba sesuatu aktiviti atau perkara yang aku rasa aku mampu lakukan mengikut ciri-ciri dan bentuk fizikal yang dikurniakan kepadaku. Sebab apa aku suka mencuba? sebab bagi aku, semua itu adalah pengalaman. berjaya atau tak? Itu tepi cerita. Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman untuk dikongsikan dan diceritakan jika diberi peluang. Selain itu, aku juga suka mencuba kerana aku ingin merasai perasaan orang yang telah melakukan aktiviti atau pekara itu.

Jika kita asyik melihat sahaja, tidak mencuba, buat apa kita bercerita pung-pang... pung-pang, tapi pengalaman takde. Bila orang beraksi, cerita lebat kita pun keluar tanpa menjiwai perasaan orang yang sedang beraksi itu. Itu kan namanya poyo lebih.

Jadi, janganlah rasa takut untuk mencuba. Bak kata orang lama; belum cuba, belum tahu. Manalah tahu percubaan kita itu menghasilkan sesuatu yang seronok. Lantas, ia boleh ditambahkan dalam aktiviti kita.

Selamat mencuba ya! Ingat! Mencuba tu jangan lupa cermin diri dulu. Kang tahap keupayaan kita mcm ni, tapi nak cuba yang memerlukan tahap keupayaan yang tinggi, boleh membawa kepada kemalangan. Salam...

En. Memilih


sejak aku single pada 29hb april 2009, ada yang cuba memikat aku atau pun sengaja bertanyakan ciri-ciri wanita yang diidamkan aku. aku pun bagitahu dorang sebab dorang nak tahu. kalau tak bagitahu nanti, dorang fikir aku sombong pulak. bila aku dah bagitahu, ada yang cuba mengisi borang. tapi malangnya aku telah menolak permohonan dorang. tapi setahu aku, memang aku tak pernah bagi borang pun kat dorang sebab aku tak nak mencari lagi. sebab apa? jeng3~ sebab sejak aku putus hubungan dengan teman wanita aku dulu, aku frust. yeah... siapa yang tidak frust kalau putus cinta kan? kalau korang tak frust tu, maksudnya korang tak serious la. haha.

masa aku frust tu, aku tidak bertindak terburu-buru. aku fikir secara positif lalu aku teringat kata-kata ibuayah aku masa aku zaman sekolah dulu. ayat dia macam ni "kalau nak bercinta, biarlah lepas belajar". haha... mesti korang pun pernah dengar ayat macam ni kan? tapi tu masa aku sekolah rendah. biasalah, budak-budak memang degil. masa sekolah menengah mula bercinta. sampai lah pada tarikh kat atas sekali tu, aku mula berfikiran matang. masa ni juga aku dah di universiti. yeah, dikatakan masih berpekerjaan "student" jika didalam apa-apa borang.

kehidupan aku semakin sukar. tidak seperti dulu dimana aku sepenuhnya ditanggung oleh keluargaku, pelajaran pun tidak seperti kini. kini hidup aku separa ditanggung, dan yang lain aku perlu bijak mengendalikannya. aku menuntut di sebuah universiti swasta sebagai mahasiswa bagi program jurusan diploma teknologi kejuruteraan dalam rekabentuk kapal. sepanjang hari aku berfikir mengenai hidup aku.

aku memikirkan; jika aku ada teman wanita, aku pasti perlu menambah satu ruang masa aku untuk teman wanita aku. manakala jika aku tiada teman wanita, aku tidak perlukan ruang. jadi aku telah memilih pemikiran aku yang kedua dimana aku mengutamakan kerjaya aku dahulu. tiba-tiba aku teringat semula kata-kata ibuayah aku.

tapi jikalau aku ingin mencari pun, mungkin sukar. sebab dalam fikiran aku sekarang, aku nak yang serious. ramai yang kata aku ni seorang yang memilih. sebab tu aku single sampai sekarang. tapi bagi aku, aku tak kisah apa orang nak kata. nak kata aku loser ke, sebab tiada teman wanita; walawei... cakap main lepas tak tengok latar belakang plak kan... panas-panas... tapi aku tetap chill. sebab bagi aku, aku kene tetapkan 1 level dalam memilih seseorang, sebab aku tanak bila dah berhunbungan pastu putus. ha... yang tu baru dipanggil LOSER!!!! hahaha :D

kita mesti berhati-hati untuk memilih. siapa kata memilih itu salah? banyak kali aku dengar orang cakap macam ni; "ala... you tu yang memilih sangat kot...". la pulak.. bagi aku, memilih la yang terbaik. sebab kita memilih yang terbaik untuk kita. jangan main cekup je. silap-silap tak lama lepas tu hampeh je. malu sudah. kalu boleh biarlah serious dan kekal smpai hujung nyawa, INSYA-ALLAH... Insya-Allah... Insya-Allah... You’ll find your way...

Unpredictable Day


Seperti yang aku pernah post di FB aku pada 2/3/11; "Dan bila ada hari kita perlu bergembira, itu lah hari Rabu :D", begitu indah bagi aku ayat itu bila pada hari tersebut aku telah ditegur dengan tidak sengaja bertemu setelah 2tahun 11bulan kami berpisah hubungan serta panggilan.

Ketika aku sedang berjalan seorangan di Plaza Sungei Wang, aku melalui dihadapan McDonald. Setiap kali aku melintasinya, aku akan mengingati pada seseorang yang bermakna bagi aku, kerana disitulah pertama kali kami bertemu, dan kali terakhir kami berjumpa. Aku berharap di hati agar dapat bertemunya lagi. Kerana dalam masa 2tahun aku single, ada juga masa aku cuba mencari dia di dalam FB serta dimana-mana yang aku tahu. Namun gagal. Ya, aku amat merinduinya.

Aku terus berjalan melintasi McDonald lalu naik ke tingkat 3 untuk menuju ke sebuah kedai muzik. Dalam perjalanan aku ke sana, tiba-tiba aku ditolak dari arah depan dimana ketika itu aku sedang menoleh ke kiri. Dalam masa aku merasa tolakkan itu ia mengingatkan aku pada seseorang yang hanya dia akan lakukan begitu untuk menegur aku.

Bila aku menoleh, aku terpaku. Aku bagaikan samar-samar melihat wajah seorang gadis didepan aku. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku menyambut salamnya dengan fikiran yang masih samar. Difikiran aku, aku bagaikan pernah bertemu sebelum ini. Bila dia berkata, aku mula teringat. Aku mengecam raut wajahnya. Kini dia sudah bertudung. Ayu kata hati aku. Dialah seseorang yang aku sentiasa ingat sebaik sahaja melintasi McDonald Plaza Sungei Wang. Dia telah berubah begitu drastik sekali.

Kami tidak sempat berbual lama. Yang aku tahu tentang dia adalah tempat kerjanya kini di Pavillion. Tidak lama itu dia meminta izin untuk beransur. Aku yang masih dalam terkejut mengikutkan sahaja kehendak dia tanpa banyak bertanya. Perasaan terkejut itu timbul kerana harapan aku untuk bertemunya kembali telah ditunaikan. Namun aku tidak tahu mengapa aku lupa untuk mengambil nombor telefonnya untuk berhubung. Aku termenung tanpa hala tuju sambil berjalan. Aku bagaikan seseorang yang telah kalah perjudian. Rasa begitu amat rugi! Dalam fikiran aku, hanya berkata "bilakah aku dapat jumpa dia lagi? Dan masa itu aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyambung semula persahabatan aku dan dia".

Aku meneruskan perjalanan aku dan menuju ke Pavillion untuk bertemu rakanku. Sekali lagi aku berharap agar aku dapat bertemunya kembali agar aku dapat meneruskan hubungan kami sebagai rakan yang telah terpisah begitu lama kembali seperti lalu. Di dalam hati aku, aku berkata; "adakah dia merasai apa yang aku rasa? Aku merasa seperti peluang yang telah aku temui, dibiarkan lepas dengan sengaja. Aku merinduinya". Bulu roma aku meremang rasa rindu. Hati aku sakit kerana rindu. Sakit itu kerana aku rugi!

Aku berjalan di sekitar Pavillion untuk bertemu rakanku sambil membiarkan mataku melilau ke sekeliling dengan harapan dapat melihat bayangnya lagi. Aku tidak akan membiarkan diri aku rugi lagi kerana sudah hampir 3tahun aku mencari dia. Dialah Siti Hakimah bt. Iberahim (Kim), merupakan pasangan paling lama aku pernah jalinkan. - Beavis

Drive-through ATM machine


A new sign in the Bank Lobby reads:

"Please note that this Bank is installing new Drive-through ATM machines enabling customers to withdraw cash without leaving their vehicles. Customers using this new facility are requested to use the procedures outlined below when accessing their accounts.
After months of careful research, MALE and FEMALE procedures have been developed.
Please follow the appropriate steps for your gender:

MALE PROCEDURE

1. Drive up to the cash machine.
2. Put down your car window.
3. Insert card into machine and enter PIN.
4. Enter amount of cash required and withdraw.
5. Retrieve card, cash and receipt.
6. Put window up.
7. Drive off.

FEMALE PROCEDURE

1. Drive up to cash machine.
2. Reverse and back up the required amount to align car window with the machine.
3. Set parking brake, put the window down.
4. Find handbag, remove all contents on to passenger seat to locate card.
5. Tell person on cell phone you will call them back and hang up.
6. Attempt to insert card into machine.
7. Open car door to allow easier access to machine due to its excessive distance from the car.
8. Insert card.
9. Re-insert card the right way.
10. Dig through handbag to find diary with your PIN written on the inside back page.
11. Enter PIN.
12. Press cancel and re-enter correct PIN.
13. Enter amount of cash required.
14. Check makeup in rear view mirror.
15. Retrieve cash and receipt.
16. Empty handbag again to locate wallet and place cash inside.
17. Write debit amount in check register and place receipt in back of checkbook.
18. Re-check makeup.
19. Drive forward 2 feet.
20. Reverse back to cash machine.
21. Retrieve card.
22. Re-empty hand bag, locate card holder, and place card into the slot provided.
23. Give dirty look to irate male driver waiting behind you.
24. Restart stalled engine and pull off.
25. Redial person on cell phone.
26. Drive for 2 to 3 miles.
27. Release Parking Brake.

Rancangan dan impian


Aku merupakan seorang yang suka merancang sesuatu perkara untuk masa depan aku lebih awal. Ini kerana aku mahukan sesuatu yang teratur. Ada setengah orang yang fikir aku ni berangan je lebih. Tapi aku kata "apa ada hal?". Orang yang tiada impian serta rancangan adalah orang yang mundur serta tidak terurus. Jadi aku endahkan kata-kata mereka yang cuba melemahkan aku. Hidup aku; aku yang rancang, tuhan menentukan.

Pelbagai faktor yang telah aku fikirkan termasuk keluarga aku, kerjaya aku, kerja aku, serta persiapan aku untuk menjadi ketua keluarga akan datang. Tanpa rancangan serta impian awal, pasti semua yang aku katakan tadi tidak akan menjadi. Sebab, dengan rancangan serta impian aku, aku belajar bersungguh-sungguh dikala aku muda ini. Supaya nanti semuanya akan berjalan lancar walaupun hidup ini ada naik dan turunnya, bagi aku itu adalah lumrah hidup.

Cerita Semasa Kecil - Perbualan Pertamaku

dulu masa aku kecil, aku adalah seorang yang sangat pendiam, pemalu, dan juga tidak berani. Biasalah, dalam keluarga aku masa tu, aku sorang je lelaki. Yang atas aku ngan bawah aku gadis-gadis.

Tapi itu bukan yang aku nak ceritakan dalam post ni. Yang tadi tu kira iklan kejap macam dalam VCD cetak rompak tu.. Haha. Dalam post kali ni aku nak cerita tentang pertama kali aku mula berbual dengan kaum yang digelar, "wanita". Jeng-jeng-jeng...

sejak aku lahir sehingga aku berumur 8tahun, kawan-kawan aku semuanya lelaki. jadi apa-apa kalau nak main petang-petang, aku akan main dengan kawan aku macam main lumba basikal, game, perang-perang, kejar-kejar, dll. pada usia kecil aku itu, aku ada suka kat seorang gadis ni. tapi aku sangat-sangat tak berani nak tegur sebab aku ni pemalu. kira kalau nak cakap je, mesti tergagap-gagap. asal nak cakap je dengan gadis, aku akan gagap. pastu mula lah jadi gila aku ni (malu). haha.


tapi semua tu berakhir ketika aku mula behijrah ke Sekolah Rantau Petronas (SRP - kini telah menjadi sekolah kerajaan), Kerteh, Terengganu. umur aku 10tahun. disana, cara dalam kelas aku masa tu; untuk mengelakkan dari pelajar lelaki yg bising serta nakal ni, cikgu telah menyusun kedudukan 2-2, iaitu lelaki dan perempuan bersebelahan untuk 2 meja yang bersambung.

nak dipendekkan lagi cerita (arahan direktor suruh pendekkan, jimat ruang), aku ni yg nakal dan bising kalau lepak dengan lelaki, terus menjadi sunyi sepi macam suasana taman yang hanya boleh dengar bunyi cengkerik je.

dari situlah, aku dah tak tahan sangat asyik duduk diam je, sampai jadi petak aku duk sebelah sorang awek ni. tiba-tiba awek tu tegur aku. aku pun tersentap terkejut, mula menjawab teguran dia sedikit-sedikit (kira gagap laj senang citer). haha. nama dia Aishah. dia ni suka melukis. jadi masa dia tegur aku tu, dia tegur sebab nak suruh aku komen tentang lukisan kartun yang dia lukis. banyak kali dia lukis, pastu suruh aku tengok. yelah, nak suruh sapa lagi kalau aku saje yang paling dekat dengan dia. aku yang tak biasa dengan lukisan ni pun sikit-sikit bagi komen.

dah banyak kali dia buat macam tu, aku pun dah mula biasa untuk berbual dengan dia, serta semua gadis-gadis. dalam masa aku dah pantas berbual, aku pun ada terikut-ikut dengan hobi Aishah yang suka melukis itu.

ada satu ketika, dimana ketika itu semua kelas tiada cikgu sebab cikgu semua pergi mesyuarat, aku dengan sengajanya mengeluarkan kertas lukisan bersaiz A3 (standard) dari bawah meja aku dan melukis satu watak kartun kecil. setelah melukis satu watak, kemudian aku menyerahkan kertas itu kepada dia. setelah dia melihat, dia pula melukis satu lagi watak dengan gaya kartun yang ibarat membalas gaya kartun yang aku lukis. kemudian dia senyum. aku pula dengan pantas memikirkan watak lain untuk membalas kartun dia. kami terus balas-membalas melukis kartun dalam satu kertas lukisan sehingga penuh. lukisan itu menjadi simbol kemesraan kami.

sehingga satu detik, aku terpaksa pulang semula ke selangor mengikut keluarga ku berpindah. lukisan itu aku berikan kepada dia tanda ingatan persahabatan aku dan dia. masa tu nak buat photostate untuk aku, memang susah la geng. budak-budak lagi... mana nak photostate? duit tahu nak beli ais-krim je. jadi aku pun meninggalkan dia tanpa menyatakan kepada dia. aku terus hilang.

kisah ni tidak akan pernah aku lupakan kerana ia adalah satu permulaan aku menjadi lelaki yang tiada segan untuk berbicara dengan kaum wanita lagi. aku harap lukisan itu masih ada lagi. walaupun bukan ditangan dia, namun diingatan dia pun jadi. kisah ini kadang-kadang buat aku terdiam dan tersenyum sendirian bila dikenangkan bagaimana aku mula hilang rasa segan untuk berbual dengan wanita.



Yang Benar,
BYGCRT

Cerita Semasa Kecil - Tidak Mengapa


dulu masa aku kecil, aku ada seoranag kawan baik. kitorang sering meluangkan masa bersama dengan bermain; PS1, bolasepak, lumba basikal, melepak, dll. keakraban kitorang sudah dilihat bagai adik-beradik oleh kawan-kawan yang lain. dimana aku ada, kat situlah ada dia. dimana ada dia, kat situlah ada aku. sampai kalau nak tuisyen pun kitorang bincang sekali. bila masa salah satu antara kitorang yang bosan, kitorang mesti cari antara satu sama lain untuk bergembira

sehingga ada satu hari, ketika aku sedang bosan, aku ingin mengajak dia keluar. secara kebetulan pula ketika aku keluar dari rumah, dia dah datang untuk ajak aku keluar pergi ke kedai membeli keropok (masa kecil... tu je lah yang tahu). jadi kitorang pun berjalan pergi ke kedai bersama sambil mula berbual kosong yang terlalu banyak tajuk dan ceritanya. ibarat filem yang tiada penamatnya. kitorang menggunakan jalan yang biasa digunakan oleh orang ramai.

sesudah membeli apa yang diinginkan, kami pun menuju pulang kerumah. dalam perjalanan pulang kerumah, dia mengajak aku pergi ke rumah dia untuk main game. Jadi aku pun tak kisah je sebab aku pun bosan kat rumah masa tu. Jadi kitorang pun berjalan mengikut jalan pintas supaya lebih cepat sampai, sambil meneruskan bual kosong kitorang dengan gelak tawa lagi.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tanpa sebarang tanda seperti hujan renyai-renyai. Kebetulan masa tu kitorang ada dekat depan rumah kosong (masa ni kawasan rumah aku masih baru, jadi banyak rumah kosong). Kitorang pun bergegas lari ke dalam rumah kosong tu untuk berteduh sementara tunggu hujan berhenti. kitorag pun sekali lagi terus menyambung semula perbualan kitorang smbil melihat langit yang asyik mendung saje. hujan lebat tadi terus mendatar tanpa ada sebarang tanda untuk berhenti.

setelah lama kitorang tunggu kat rumah kosong itu, kitorang pun membuat pilihan untuk meredah je hujan yang lebat tu. dalam perjalanan kitorang pulang dengan basah kuyup akibat efek dari air hujan tadi, tiba-tiba kitorang terserempak dengan satu longkang yang nak kata besar, masa kecil-kecil dulu besar lah. sekarang bila dah besar kalau tengok, dah tak besar kot. arus air dalam longkang itu sangat laju. kitorang rasa takutgila nak lintas sebab sebelum ni lintas masa takde air, tak takut. ni rasa takut sebab tengok air yang sangat deras itu lalu. dengan bunyi yang kuat dari arus tu, ditambah pulak dengan sisi-sisi longkang yang sedikit licin.

lebih kurang macam ni lah longkang tu


kalau kitorang nak patah balik guna jalan mula-mula kitorang lalu, ambil jarak yang jauh pulak. jadi akhirnya kitorang pun membuat keputusan untuk teruskan perjalanan kitorang dengan merentasi longkang itu dengan menggunakan teknit lompatan. tapi kitorang masih terdiam sebab memikirkan cara untuk lompat. tidak lama kemudian aku cuba lompat. dengan usaha dan keyakinan aku, aku berjaya lepas longkang tu. yang tinggal sekarang adalah kawan aku. dia agak tidak yakin. tapi aku terus memberi kata-kata untuk meyakinkan dia sambil menghulur tangan aku dari seberang.

dalam masa dia mencari jalan dan aku yang terus memberi kata keyakinan untuk dia, tiba-tiba dia tergelincir dari sisi longkang sana dan terjatuh dalam arus air yang deras tadi. aku tersentap lalu menjerit memanggil nama dia kuat-kuat sambil mengejar dia yang sedang mengikut arus itu. syukur kepada-Nya, dia sempat berpaut pada satu kayu besar yang tersangkut disitu. aku menghulurkan tangan aku dan cuba sedaya upaya menarik kawan aku dengan melawan arus yang deras.

sedang aku usaha dan bertahan untuk menarik dia, tiba-tiba aku terdengar satu seretan tayar kenderaan dari arah belakang aku. aku menoleh sedikit ternampak seorang pakcik turun dari kenderaan itu lalu terus bergegas kearah kitorang. pakcik itu membantu aku yang menahan tangan kawan aku tadi untuk naik keatas jalan. kawan aku terdiam. aku juga terdiam. lalu dia dibawa pulang kerumah oleh pakcik tadi. aku pula berjalan sendirian pulang dengan diri yang basahg kuyup.

sehari dia tak datang sekolah. esoknya disekolah baru dia datang, seperti biasa aku menyapa dia untuk bertanya khabar. namun dia tidak membalas sapaan aku. tiba-tiba dia menjauhkan diri dari aku. aku terdiam dan tertanya-tanya. kenapa tiba-tiba dia begini? tidak penah pulak sepanjang kitorang kawan, dia macam ni. jadi aku pun bersendiri dan bersama kawan yang lain.

sehingga satu hari, ada seorang rakan aku menceritakan kat aku tentang dia. pada malam setelah kejadian itu, mak dia tanya kat dia; bagaimana perkara ni boleh terjadi? dia menjawab, aku yang menolak dia dan membiarkan dia dibawa arus sehingga ada seorang pakcik membantu menarik dia keatas jalan. kemudian mak nya menyuruh dia jangan berkawan dengan aku lagi.

selepas mendengar penjelasan itu aku terus terdiam. sakit juga hati aku bila perkara sebenarnya tidak diceritakan. pelbagai rasa kecewa aku rasa sehingga aku berkata dalam hati, "bagaimana jikanya aku tiada kat situ? bagaimana jikanya aku tidak mengejar dia yang dibawa arus deras itu? dan bagaimana jikanya aku tidak mencapai tangannya dan bertahan agar dia tidak hanyut?".

kitorang terus tidak bertegur sapa sehingga kini. setiap kali jumpa, dia tidak memandang aku. inikan pula membalas lambaian aku. dia terus merendahkan aku. tidak tahu kenapa dan apa puncanya. aku masih ingat kisah itu sehingga kini kerana sakitnya hati ni bila dituduh begitu. betula kata orang; "buat baik tidak dipandang, buat jahat dikata-kata, buat baik ada yang dengki, buat jahat lagi dimaki"

Valentine's Day


10hb Febuari 2011,

Aku telah terima satu soalan daripada seorang yang berlainan agama ketika aku sedang asyik melayari internet di office (tempat praktikal). Dia tanya kat aku;

"When is valentine's-day ya?"

Jadi aku pun jawab,

"this upcoming tuesday which is 14th February."

Kemudian dia tanya aku lagi,

"That valentine's-day ya, haram ka?"

Aku terdiam kejap dengan sedikit senyuman sambil terus melihat laptop aku, dan mula menjawab,

"To me, Valentine's-day is ok to celebrate. There's no wrong to celebrate. Some people said it's 'haram' because nowadays lots of problem like pembuangan bayi or sumbang mahram happened on Valentines-day. Actually, it's depend on the individual. If, the individu take it nicely, it will be nice. While if not, it will be bad. Plus, why should we celebrate it? We love our mate once a year ah? No... We love our mate everyday".

Jadi orang tu pun mengangguk-anggukkan kepala dia beberapa kali dan beredar dari kawasan aku. Tak tahulah dia faham ke tak aku cakap tadi. English aku pun bukan power. Kat office aku ni memang kene speaking. Jadi macam tu lah gaya aku bercakap dengan dia tadi. Mungkin dia ingin tahu tentang kenyataan yang sebelum ini pernah diketengahkan dalam media massa. Takpelah, kitakan 1 Malaysia. :)

Submarine in Google.com

Awal pagi ni aku masuk office, aku terus buka laptop untuk tengok email dulu sebelum buat kerja lain. lepas aku buka internet browser, aku terkejut tengok Google (home internet browser aku) punya homepage untuk hari ni. memang sebelum ni homepage dia banyak keluarkan gambar-gambar cantik untuk tulisan "Google" atas search bar tu. tapi yang kali ni punya lagi cun. nak pulak boleh main-main. first time aku tengok benda ni. tak taw lah kalau sebelum ni ada kan. tu lantak lah. janji bagi aku, ni first time aku tengok. hehehe... jadi akibat seronok bermain dipagi hari, aku telah men-decide untuk merekod aksi aku main.

kat bawah ni adalah video yang sempat aku rekod:

Recorded 8th February 2011

En. Bersendirian 2

Dulu masa aku baru lepas broke-up, memang susah untuk aku terima punca nya. 29hb Januari 2009, adalah yang terakhir aku couple untuk ketika ini. Kemudian aku cuba menenangkan diri. Pada mulanya memang begitu janggal kerana selalunya aku sering SMS/call. Tetapi setelah berpisah, aku hanya melihat handphone aku yang kosong itu dengan wajah yang muram. Memang aku ada ramai kawan, tapi takkan nak manja dengan kawan pulak. Hahaha...

Jadi aku terus mencuba dan membiasakan diri aku untuk hidup bersendirian. Ada rakan aku yang mencadangkan aku untuk mencari pengganti, namun aku tersentap seketika kerana teringat pada kisah lama yang membuatkan aku tidak boleh terima cadangan rakan aku tu.

Mulai itu, aku sering cuba menyesuaikan diri dengan berhibur bersama rakan-rakan. Bila rakan-rakan sibuk, aku pula buntu. Jadi aku mengambil jalan untuk cuba melaluinya bersendirian, termasuk menonton wayang. Lagi sekali, memang susah pada mulanya. Tapi aku percaya pada lumrah hidup yang menyatakan, "kita akan biasa bila kita sentiasa laluinya dan pernah melaluinya".

Kini aku telah terbiasa. Aku hanya menanti jodoh tiba. Pengalaman ini telah banyak mengajar aku "walau apa pun yang terjadi, kita jangan putus asa. Teruskan hidup, dan bersabar. Biar pun mengambil masa begitu lama, pasti ada hikmahnya".

En. Pelik

Bila orang bertanyakan apakah hobi utama aku, aku akan menjawab; bermain gitar, kerana kemana sahaja aku menetap, aku akan membawa gitar. Tetapi sebenarnya disebalik bermain itu, aku akan terus menyimpan isi yang tersirat sehinggakan sesiapa yang membaca blog ini sahaja yang akan tahu isi tersirat itu.

Aku mula mendalami serba sedikit tentang muzik ketika umur aku 12 tahun dimana aku hampir merekodkan beberapa lagu dibawah seorang komposer kumpulan 90-an. Aku telah melepasi sesi rekod kasar, namun tergendala akibat masalah yang tertentu.

Ketika itu aku mula cuba dengan perlahan untuk menulis lagu aku sendiri kerana di dalam fikiran aku, aku kagum dengan hidup mereka sebagai komposer. Ia bagaikan satu keunikan pada seseorang yang mempunyai minat dan kreativiti dalam seni ini.

Lagu "She" yang ditulis pada tahun 2009


Sejak dari itu, aku mula gemar melihat sekeliling aku dan cuba berkarya sedikit dalam fikiran aku. Agar tidak lupa, aku mencatat serba sedikit di dalam telefon bimbit aku. Ada kalanya aku mencuri masa seketika dimana yang sunyi, aku akan merekod rentak difikiran aku dengan menggunakan cara "humming".

Memang agak sukar, kerana untuk menulis lirik yang berkualiti, harus ada makna dan jalan ceritanya. Itu adalah cara aku menulis. Oleh sebab itu kebanyakkan lagu hasil tulisan aku, punyai cerita disebaliknya.

Lagu aku penuh dengan cerita tentang pengalaman aku. Yang majoritinya adalah dalam kisah percintaan. Ada yang bertanya, "kisah lagu itu ditulis untuk siapa? Gadis yang mana?". Aku tidak mampu menjelaskannya kerana itu adalah rahsia aku. Lagu aku adalah untuk mengongsi cerita dan pengalaman.

Cuma aku suka berkata begini:
"you tak tahu dan takkan pernah tahu yang kebanyakkan lagu i tulis adalah tentang you dan juga untuk you. Sebab i taknak kisah you dengan i dilupakan. Dan bila i tiada nanti, mungkin lagu ini boleh menceritakan segalanya. Tataplah gambar i yang terakhir, dan dengar lah suara i yang terakhir."

Memang ramai yang pelik dan ada yang membuat muka bila tahu hobi aku sebenarnya adalah begini. Biarpun apa orang nak kata, aku adalah aku. Aku tidak mengejar nama, cuma aku ingin bercerita, dan cerita aku cara begini

En. Bersendirian

Ketika aku membuat kerja sambilan disebuah restoran, ramai pelanggan yang telah aku layani. Kebanyakkan yang datang juga adalah dalam berpasangan. Yang aku mampu berikan, hanyalah senyuman apabila melihat sepasang kekasih sedang bergurauan di depan mata ku ketika aku sedang menanti pesanan mereka.

Kadang aku teringat semula ketika zaman aku masih punyai kekasih. Namun itu semua telah aku tahan untuk sementara kerana aku penat. Aku penat memikirkan nya. Dari aku runsing memikirkan tentang itu, lebih baik aku fikirkan tentang tanggungjawab aku diusia sekarang. Walaupun adakalanya aku berasa sunyi, dan cemburu, aku sentiasa menyediakan topeng senyumku agar perasaan muram tidak mampu menguasai perasaan ku.



Kadang juga aku termenung jauh, bertanyakan pada diriku, "Eroul... Eroul. Bila la kau nak ada teman wanita?". Kemudian tiba2 sunyi. Tiada jawapan yang dikeluarkan oleh hati ku. 29hb Januari 2011, genaplah aku 2 tahun membujang. "Kenapa begitu lama membiarkan diri aku membujang?", Itu lagi soalan yang ditanya pada diri aku sendiri. Namun ia terjawab; "terlalu banyak untuk difikirkan sehingga runsing untuk membuat pilihan.

Terlalu banyak cerita yang berlaku sehingga tiada titik noktahnya". Aku kini bukan seperti dulu, yang dikatakan playboy. Jika hari ini aku putus, pasti esok kan ada yang baru. Tapi itu cerita hitam putihku.

Kini aku sedar, di dalam usia ini, aku perlu bersedia, mendidik diri aku supaya manjadi lebih matang fikiran dan tingkah lakunya. Bila ditanyakan "apakah sebenarnya yang dicari mu dalam bercinta?", aku akan menjawab, "aku ingin mencari cinta wanita, bukan mencari nafsu wanita". Aku bukan itu lagi. Aku telah lemah dengan mereka setelah aku sedari, mereka adalah insan yang sebenarnya diciptakan berhati lembut seperti tisu, lelaki pula adalah keras dirinya untuk melindungi mereka. Jika kita berkasar, pasti tisu itu akan koyak, maka hancurlah hati si wanita itu. Bukan mudah untuk mencari yang tulus, kerana aku semakin dewasa.

Aku, handphone, dan telko

ketika aku sedang berehat, teringat pulak aku masa dulu2 first time aku guna handphone tahun 2001. Masa tu nokia 3310 memang top kaw2. Paling hebat lah tu. Ada yang model 3315 tu, siap dengan aplikasi untuk buat lukis, pastu boleh la buat screensaver. Wallpaper belum wujud lagi... Hahaha.

Nak cerita tentang phone, macam-macam boleh cerita sebab dalam jangka masa yang singkat iaitu selama 10tahun ni, perubahan teknologi begitu cepat. Banyak yang bertambah seperti telko, dan juga jenama phone.

Kalau nak cerita tentang telko pulak, haaaa... Untunglah yang ada pada generasi sekarang. Lahir-lahir je, macam-macam plan telah diwujudkan oleh syarikat telko. Termasuk plan mesej, plan telefon, dan juga yang terbaru ni, plan internet seperti maxis buat. Masa dulu; TM, Celcom, Maxis, dengan Hotlink. Semua berlainan company. Sekarang banyak yang dah combine. Contohnya Hotlink dengan Maxis.

Dulu-dulu, kalau nak topup, paling murah pun RM30! Wow... Aku mengharapkan ayah aku je. Tu la, gedik sangat nak ada phone masa sekolah. Hahaha...

Cerita tentang kredit; dulu-dulu takde plan. Kalau call, boleh dikatakan 25sen/min untuk telko yang sama. Belom cerita tentang SMS yang 10sen/sms untuk telko yang sama juga. Tak macam sekarang... Macam-macam plan ada. SMS untuk telko yang sama, ada yang 1sen/sms, ada pulak yang free kalau ada subscribe plan.

Untunglah... Aku pun turut merasa keuntungan dan bersyukur atas perubahan yang begitu hebat dalam dunia teknologi ini. Begitu menyanjungi kehebatan mereka yang menggunakan akal dan ilmu yang telah dituntut. Mungkin korang boleh menjadi salah seorang antara mereka yang disanjung tinggi di dunia ini. Jutawan dude! Hahaha. Maka, ayuhlah kita berusaha untuk memajukan diri kita demi agama, bangsa, dan tanah air.

Wah, macam berpolitik pulak aku. Hihihi. :p

Hot Ticket

Masa aku tengah lepak dengan kawan-kawan aku, memang seronok bila berborak kosong ni kan? iyalah, macam-macam topik kami boleh layan termasuk lah tentang sukan, ekonomi, sejarah, dan lain-lain. sorang buka topik je, yakin dan pasti berjuta ayat boleh dikeluarkan dalam borak-borak tu.

kalau ikut kiraan matematik tambahan kelas 4, boleh la nak dikira satu topik, yang lepak ada 5 orang, sorang satu bagi seribu ayat. tapi yang fail nye aku nak buat karangan seribu ayat tu, bila ada la pulak sorang kawan kami ni buka citer tentang Hotlink Hot Ticket Topup. siapa yang tak pernah cuba topup tu kan? memang rugi lah. hahaha.. aku pun pernah cuba.



memang masyuk nak layan mesej free beribu, buat call percuma pagi untuk jangka masa yang agak lama. tapi ape point kalau bagi orang yang single macam aku ni? tu yang aku rasa rugi kalau aku beli. aku cakap ni pun sebab aku pernah beli. perghhh... last-last aku bagi orang lain mesej/call guna phone aku siot... pemurah gila aku. haha.

Sifat Tahun Kuda



Sebelum ini aku ada post tentang sifat juga iaitu Sifat November dimana siapa yang lahir pada bulan November. Dalam post yang ni pula, aku ingin mengongsi sifat yang lahir pada tahun Kuda pula. Dimana aku juga lahir pada tahun ini. hehehe... :)

Sifat positif:
- Mudah disayangi,
- ghairah,
- berdikari,
- intelek,
- kreatif,
- optimis,
- kuat,
- baik hati,
- suka bergaul,
- tegas,
- lojik,
- aktif,
- spontan,
- ceria,
- terus terang,
- serba boleh,
- ingin tahu

Sifat negatif:
- Cemas
- tidak tetap hati,
- ingkar,
- tidak bijaksana,
- mementingkan diri,
- mudah terpedaya,
- tidak konsisten,
- panas baran,
- suka bergaduh,
- suka menyendiri,
- suka jaga tepi kain orang,
- tidak serius,
- sombong,
- lalai



Diadaptasi dari sumber Wikipedia

Di Sebalik Bola



Ujang merupakan satu majalah lawak yang terbaik yang pernah aku baca berbanding dengan majalah yang lain. kalau komik pulak, aku suka komik lawak seleb yang dibuat dibawah majalah Utopia tu.

dalam post ni aku bukan nak kongsi tentang kesukaan aku membawa lawak, tapi aku nak kongsi satu artikel yang agak best dibaca tentang bola dari majalah Ujang.

Diadaptasi dari majalah Ujang siri 396


Walaupun bola itu sering disepak, ditampar, ditendang, dipukul dan dibaling, tapi percayalah bola itu tidak akan sesekali membalas perbuatan korang.

Bola juga mampu membuatkan bini korang membuat muka seposen bila mana rancangan drama bersirinya digantikan dengan siaran langsung bola sepak

walaupun korang tak pernah duduk semeja dengan pemain bola dan bercerita hal peribadi diorang, tetapi korang tetap akan menyokong diorang macam dah kenal lapan belas tahun.

Ketika siaran bola sepak berlangsung, bukan sahaja pemain yang sibuk, bahkan pekerja-pekerja kedai mamak turut sibuk melayan karenah pelanggan.

Oh, Myspace-ku




Jumaat, jam 0830:

Apa yang telah membuatkan saya gelak di pagi yang indah ini:
Setelah beberapa tahun tidak aktif dalam dunia Myspace, hari ini, saya dengan sengajanya telah mencuba masuk ke dalam akaun Myspace saya. "Wow!" Itulah respon pertama saya kerana Myspace masih sayangkan saya dengan tidak membuang akaun saya walaupun telah bertahun tidak aktif.

Kemudian saya menyambung respon saya itu dengan satu suara yang lantang berbunyi "Hahahahahahahahaha" apabila mata saya terpaku melihat, dari beribu rakan Myspace saya, hanya seorang sahaja yang online pagi ini. Jika tidak, sudah tentu beratus orang yang online.

Tambahan pula, saya tidak berminat dengan perubahan ia sekarang. Walaupun Facebook telah mengubah sistem profil nya, saya mampu menyesuaikan diri dalam beberapa minit. Yang penting adalah tidak rumit, iaitu, simple...



Yang benar,
Eroul

Sifat November




Dalam bosan-bosan ni, aku suka buat benda yang memang orang akan kata, "takde kerja ke ko?". ha... memang dah takde kerja, jadi aku pun main surf la kat dalam internet ni. bukan kat pantai ya, tu aku tak main. aku main skimboard je. haha.

ni aku nak kongsi bagi sesiapa yang lahir pada bulan November dimana mereka juga lahir pada bulan yang sama dengan aku. aku lahir pada 15 hari bulan, korang pulak bila? tapi kalau nak ikut kan kajian ini, tak semuanya ada pada diri kita, tapi sedikit sebanyak mesti ada.

Kajian mengenai bulan dan sikap yang aku post ni adalah hasil yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. aku suka dengan motivasi dia. mari kita mentelaah sifat-sifat kita :)

Sifat Bulan Lahir untuk bulan November ialah:

- Banyak idea dalam perkara.
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
- Berfikiran kehadapan.
- Berfikiran unik dan bijak.
- Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
- Pemikiran yang tajam.
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
- Sesuai jadi seorang doktor.
- Cermat dan teliti.
- Personaliti yang dinamik.
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
- Terlalu degil dan keras hati.
- Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
- Tak suka marah kecuali digugat.
- Mudah ambil berat terhadap orang lain.
- Pandai muhasabah diri.
- Cara berfikir yang lain dari orang lain.
- Otak yang sangat tajam.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Tidak hargai pujian.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
- Cuba sampai berjaya.
- Badan yang sasa.
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
- Suka duduk d irumah.
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
- Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
- Bercita-cita tinggi.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

26hb




Bila bercerita tentang tarikh, memang tak semua orang akan ambil tahu sangat. ingat lagi masa aku belajar mata pelajaran sejarah masa sekolah dulu. kalau tanya pasal tarkih, haha... kirim salam lah kalau aku nak senang ingat melainkan tarikh tersebut mungkin lawa bagi aku ke, atau ia penting bagi aku. hihihi :P

ok tu kalau bercerita tentang aku, ni aku nak kongsi sikit satu nombor dalam tarikh yang agak keramat bagi negara Indonesia. Ini bukan ciptaan atau ada unsur-unsur jahat, tapi aku hanya terkejut bila memang benar apa yang aku kaji ni, semua tarikh mesti melibatkan satu nombor iaitu, 26. list yang ada kat bawah ni adalah antara yang telah aku kumpul dan buat semakan tarikh, memang benar.

26 DISEMBER 2004,TSUNAMI DI ACHEH.

26 MEI 2006 GEMPA BUMI DI JOGJAKARTA.

26 JUNE 2009 GEMPA DI TASIK MALAYA.

26 OKTOBER 2010 TSUNAMI DI MENTAWAI.

26 OKTOBER GUNUNG MERAPI MELETUS.

26 DISEMBER 2010,GARUDA INDONESIA DILANYAK HARIMAU MALAYA

Dari Manakah Jodoh Kamu?



Diadaptasi dari filem "Syurga Cinta"


JOdoh datang dari tiga(3) bahagian;
Dari manakah jodoh kamu?

PERTAMA: Jodoh Dari Syaitan

Si lelaki dan si perempuan berkenalan,
Mereka berpegangan tangan,
Mereka melakukan maksiat,
Dan mereka bernikah.

KEDUA: Jodoh Dari Jin

Si Lelaki suka pada si perempuan,
Namun si perempuan pula tidak,
Si lelaki membomohkan si perempuan,
Agar mereka bersatu untuk bernikah.

KETIGA: Jodoh Dari Allah S.W.T

Si lelaki bertentang mata si perempuan,
Tentangan mata mereka,
Sehingga menusuk dalam kalbu,
Si lelaki dan si perempuan saling menyukai,
Mereka bernikah atas penerimaan perempuan.

Dunia Itu Ini

berjuta manusia telah tenggelam,
tenggelam mereka di laut dunia.
termasuk aku tak mungkin terlepas,
hasutan mereka disambut meriah.

namun berapa yang benar melihat?
melihat dunia yang begitu halus.
aku merenung buat seketika,
walau tenggelam ku tetap berenang.


tidak ku mahu lemas dan mati,
sebelum ku mati ada berhajat.
mata ku putih senyum ku manis,
langkahku indah ditemani cahaya.

ku terus berenang mencari tujuan,
tujuan sebenar ku ada disini.
ingin ku capai darat yang suci,
namun diuji jutaan ombak.


ada masa ku dihempap ombak,
sehingga mencecah ke dasar laut.
gelupuh aku mengejar nyawa,
mengaut air agarku timbul.

ada masa ku berjaya kedarat,
namun tergelincir ku jatuh semula.
tertanya aku apa harus ku buat?
bersabar usaha hatiku bisik.


begitulah dunia bagai orbit di langit,
begitulah dunia bagai paksi si bumi.
begitulah dunia bagai tawaf di Mekah.
inilah hidup yang sentiasa berputar.



BYGCRT